Search This Blog

Showing posts with label Luqman. Show all posts
Showing posts with label Luqman. Show all posts

Projek CNY ...

Maleh nak cite ... Tgk gambar jer lerrr ...

http://a5.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash1/182880_10150089117903878_658833877_6317409_7321723_n.jpg 
Camel

 
Nie jer yg Adik tak takut utk tgk lama2 ...

 
tapah pun ade ...

 
Udang ...

Toman bungo pn ade ...
 
 
Belida???
 
Elephant

Kesimpulan :-
 Susah tul nak amek gambar anak2 nih ... 
Hero2 terlalu teruja ... Heroin ku penakut rupe nyer ...

Aliff Lam Qamariah ...

Semalam aku tolong Luqman wat keje sekolah ... Ok jer , tak lah susah sangat pun ... Tiba subjek Pendidikan Islam, kena lak tang tajwid ... Haru biru dibuat nyer ... Dah ler Si Luqman nih salin ayat tak habis ... Surah lak tak tau surah aper ... Tulisan lak susah nak baca ... Kalau rumi oklah ... Nie tulisan jawi, ... Tapi aku dapat agak skit2 ... Soalan nyer adalah tentang tajuk di atas ... Aku pun ..."alamak" ... Dah lama tinggal mana nak ingat ... So pepagi nih sempat ler membuat ulangkaji sedikit dengan bantuan mr google ... dan juga kengkawan ... kehkehkeh ... Harap2 sempat ler menhabiskan homework Luqman before sekolah tengahhari nanti ... Bagus jugak dapat mengingat kembali mana yang dah lupe ... Meh kengkawan masa untuk mengingat kembali ...

***********************************************************************

Alif lam ma'rifah adalah dua huruf yang ditambah pada pangkal kata nama atau isim yang menentukan maksud perkataan itu dan lain lagi. Terdapat dua jenis kes bagi alif lam ma'rifah apabila bersambung dengan ejaannya iaitu qamariah dan syamsiah.

Alif lam qamariah ialah lam yang bersambung terus daripada empat belas huruf ini iaitu hamzah (ء), ba' (ب), jim (ج), ha' (ح), kha' (خ), 'ain (ع), ghain (غ), fa' (ف), qaf (ق), kaf (ك), mim (م), wau (و), ha' (ﮬ) dan ya' (ي). Ini diambil sempena perkataan al-qamar (ﺍﻟﻘﻤﺮ). Dari perkataan itu, jelas cara membacanya adalah tidak memasukkaan lam ke dalam huruf selepasnya tetapi mematikannya dengan jelas lalu menyebut huruf yang seterusnya.
http://www.mhijaiyah.co.cc/lam%20qomariyah.jpg

Alif lam syamsiah ialah lam yag bersambung dengan empat belas huruf ini pula iaitu ta' (ت), tha' (ث), dal (د), dzal (ذ), ra' (ر), zai (ز), sin (س), syin (ش), sod (ص), dhod (ض), tho (ط), zho (ظ), lam (ل) dan nun (ن). Ini diambil sempena perkataan asy-syamsiah (ﺍﻟﺸﻤﺴﻴﻪ). Dari perkataan tersebut, cara membacanya adalah dengan memasukkan ke dalam huruf selepas lam yang kebanyakkanya disabdukan dan lam tidak dibunyikan.
http://www.mhijaiyah.co.cc/lam%20syamsiyah.jpg

Huruf2 yang terlibat ...
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgkH0Gy9lfU0oS-lYyk5Mah8DqPkKzd8tfeR0tD6Mt1yN0hoK7tXaFZ6hy0ZgZ6eiRAnGgVBmVKv6GY-Y4WvLsGWNRZI-nVOpYOeEt_sZKQjEx9R3UnPOpaTSmFZNclM9n7aZsYA8IVzEI/s400/huruf+alif+lam+Qamariah+dan+Syamsiah.png

Mari Mewarna ...

Susah tul nak suruh belajar time2 cuti nih ... Tak de arah aku suruh lah mewarna ... Mewarna memang menjadi kesukaan nyer, tak dapat dinafikan memang suka mewarna sejak dari kecil lagik ... Adik2 jadi penonton jer ...

Aktiviti ari nie ...
 
Mari Mewarna ...
 
Dalam process ...
 
Hasil nyer ...
 
Jadilah daripada asyik tercongok depan tv ...
Tak pun asyik mintak nak main game kat komputer ....
Tak pun asyik mintak nak main game kat hp aku ...

Persoalan terjawab sudah ...


Jumaat, 19 November adalah hari terakhir persekolahan bagi tahun 2010 .... Tamat lah sudah setahun Luqman berada dalam tahun satu. Hari nie Hari Kecemerlangan Pelajar 2010, Sek. Keb. Gombak Setia ... Berdasarkan surat misteri (Klik Sini) ... Aku kena datang sekolah hari nih ...

Bila dah masuk dewan n dapat buku aturcara baru lah aku tau sebab musabab aku kena datang sekolah ... Rupe nyer Luqman nih jadi Top 10 (bukan Ben 10 tau ..) dalam keseluruhan Tahun 1 ... Wahhh ... Hebat Abang Long ... Ibu n Abah ucap tahniah kat Abang Long ... Tahun depan kena berusaha dengan lebih gigih lagi untuk mengekalkan kecemerlangan ...

Gambar2 semasa hari kejadian ...

 Susah tul nak amek gambar Abang Long nih ...

Macam nie lak aksi nyer ...
 Nih okay ler skit ... 
Kecik kecoet jer anak aku nih ...

 Bersama-sama peminat-peminat tegar ...

Main ngan kawan-kawan sementara menunggu giliran ...
 Naik pentas ...
Isshhh ... Apesal kabur lak gambar nih ...

Tersenyum bangga ...
Abaikan sampah yang bertaburan kat belakang tu ...

Hadiah yang diperolehi ...
Top 10 tau ... Bukan Ben 10 ....

Ya Allah, Kau terangilah hati anak-anakku dalam mendalami ilmu dunia & akhirat.. Kau jadikanlah mereka anak-anak yang soleh & solehah, yang menjaga solat dan agamanya.. menjaga kebajikan kedua ibu bapanya.. menjaga kebajikan mereka yang memerlukan.. tidak sombong dan pandai menjaga diri.. Amin

Aktiviti Sabtu ...

Walaupun hari nih Sabtu ... Tapi kami tak ke mana2 pun duk rumah jer ... Abah nyer keje ... So, aku layannnzz je lah bebudak nih ... Abang Long ngan Abang Ngah main komputer ... Fatiha main ABC ...

Aktiviti hari ini ... Layannzzz ...
 
Pandai jgk adik nih ...
 
Hampir siap ...
 
1... 2... 3... Lari ...
 
Gembira nyer ... Berlari-lari ke sana-sini ...
 
Rehat setelah penat ...
 
Abang2 tak de dalam gambar sebab tengah sibuk main game kat komputer ... Ibu nyer malas nak berjalan2 ...
 
 
 p/s :- ABC tu hadiah mak long bagi masa hari jadi Luqman yang ke berapa ntah ... Tak ingat ... Huruf2 hampir semua hilang, tinggal lah sikit saki-baki ...

Kad Laporan Luqman

Alhamdulillah ... Berkat usaha yang tak seberapa ... inilah hasil nyer ... Prestasi agak merosot jika dibandingkan dengan peperiksaan pertengahan tahun ... Tapi okay lah jika melihat kepada peratus nyer ... Abang Long, tahun depan dah masuk darjah dua, pelajaran makin mencabar, abang long kena lebih berusaha untuk mengekalkan prestasi ... Tahun depan masuk kelas 2 Amanah lak ...

Keputusan Peperiksaan ...
Peratusnyer ...

 Tapi bila aku selongkar beg Luqman ari nih ada lak surat cam yang kat bawah nie ...

 
Amende lak nie ... ???

Surat tu tulis Luqman akan dapat hadiah kecemerlangan ... Aku pun konpius jugak hadiah ape lak agak nyer ... Luqman bukan pekasa no. 1 satu pun ... Luqman peksa no.9 dengan peratusan 92.6% sahaja. Hadiah ape lah agak nyer ... ??? Tak pelah, datang jer ... Bukan jauh pun ...
Ya Allah, Kau terangilah hati anak-anakku dalam mendalami ilmu dunia & akhirat.. Kau jadikanlah mereka anak-anak yang soleh & solehah, yang menjaga solat dan agamanya.. menjaga kebajikan kedua ibu bapanya.. menjaga kebajikan mereka yang memerlukan.. tidak sombong dan pandai menjaga diri.. Amin

Anak2 Solat ...


Alhamdulillah ... Berkesempatan mengajar anak solat ... Luqman, Abang Long dah tujuh tahun ... Dah kena ajar solat ... Pergerakan semua dah tau, cuma masa duduk antara dua sujud ngan duduk tahiyat awal/ akhir jer tak berapa betul, ... Bila diajar; sakit kate nyer ...Syukur jugak banyak yang dia dah belajar kat sekolah ... Waktu2 solat, cara2 ambil air sembahyang, cara2 solat, bacaan2 lazim ... Banyak jugak lah membantu ...

Abg Long solat ...

Khusyuk ker tu ... ?
 
Posing dulu ...
 
Adik sujud ...
 
Harap2 kekal lah seumur hidup ... 
 
p/s :- abaikan keadaan sekeliling yang bersepah ...
-------------------------------------------------
 
Dalam sebuah hadith, Rasulullah SAW bersabda: “Apabila seorang anak telah mengenal kiri dan kanan, ajarlah dia bersembahyang“.Nabi Muhammad SAW menyuruh kita ajar anak solat sejak dari umur 7 tahun dan pukul kalau tidak solat bila umur 10 tahun.
Diriwayatkan daripada Amr bin Syu’aib, daripada ayahnya, daripada datuknya r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Perintahlah anak-anak kamu supaya mendirikan sembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan sembahyang ketika berumur sepuluh tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan). (Hadis riwayat Abu Daud).
Pukul itu pula bukanlah untuk menyeksa, cuma sekadar untuk menggerunkan. Janganlah dipukul bahagian muka kerana muka adalah tempat penghormatan seseorang. Allah SWT mencipta sendiri muka Nabi Adam. Selain itu kita juga dilarang menjatuhkan airmuka orang lain.
Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila salah seorang di antara kamu bertengkar dengan saudaranya maka hendaklah beliau menghindari dari memukul di bahagian muka
Dalam mendidik anak-anak, berlemah lembutlah, namun sediakan rotan di rumah (digantung) sekadar untuk mengertak kalau mereka malas beribadat. Dalam satu hadis lebih kurang maksudnya “ Tiada kebaikan/berkat rumah yang tiada rotan” Asuhlah anak-anak kita seperti kata pepatah “melentur buluh biarlah dari rebungnya” supaya akhlak anak jadi baik. Ini kerana “kuah tidak semestinya tumpah ke nasi”. Ada orang jahil yang lahir dari rumah ulama dan ada juga ulama yang lahir dari rumah orang jahil.

Saf kanak-kanak
Saf bagi kanak-kanak di dalam masjid ialah di belakang saf orang dewasa. Dalam hadith disebut,  “Adalah Rasulullah SAW mengatur saf lelaki di depan saf kanak-kanak dan saf perempuan di belakang saf kanak-kanak.” (Riwayat Muslim).Saf kanak-kanak adalah dibelakang kerana sembahyang mereka adalah sunat sahaja jika dibandingkan dengan sembahyang orang dewasa yang hukumnya fardhu.Pengasingan ini bukanlah kerana mereka belum berkhatan dan ada kotoran ‘kulup’. Ada pendapat yang mengatakan kanak-kanak boleh sembahyang dalam satu saf bersama orang dewasa kerana orang dewasa juga mengandungi najis dalam badan mereka. Sebenarnya ia bukanlah najis selagi masih berada dalam badan dan belum keluar dari badan. Lagipun Rasulullah sendiri yang mengatur saf kanak-kanak di belakang saf orang dewasa.

Exam Sekolah Kebangsaan Pulak ....

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs288.snc4/40762_444750523877_658833877_5394126_7522800_n.jpg 
Hari nih strat lah pulak exam sekolah kebangsaan ... Semoga Abang Long dilapangkan hati untuk menjawab soalan peperiksaan nanti ... Buat elok2 ... Semoga berjaya ...


Exam Sekolah Agama ...

Minggu nih Luqman exam Sekolah agama .... Susah nyer lah nak suruh belajar ... Nak suruh hafaz surah ...Tapi bila dibaca tu ok jer dia, ingat ... So, kengkawan dan sedara mara .... Doakan Luqman diterangkan hati untuk menjawab soalan peperiksaan sekolah agama okay ... Next week maybe sekolah kebangsaan lakss ... Lagi lah haru ...

 
Good Luck Abang Long ...

Bola Ben 10

Nie lah permainan terbaru bebudak tiga orang nih .... Asyik beli mainan jer ... Bola nih aku rembat kat kedai atuk rashid. Ada tiga sebenar nyer, aku beli sorang satu supaya tak bergaduh. memang cam tak berapa sesuai utk Fatiha, tapi kalau akau tak beli utk dia nanti ... Maka akan berlakulah pergaduhan ... Berebut-rebut lah nanti ... Maka tiga biji ler aku rembat, sebijik rege RM2 ... Haiisshhh, nape lah kedai tu ada kat situ ... Asyik kena pau ngan anak2 jer ...

Abang Long dah besar ....

SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-7 DIUCAPKAN KEPADA PUTERA SULONG KAMI
MUHAMMAD LUQMAN ALIFF B. SHAHDAN

Selamat Hari Lahir Abang Long ... Semoga sentiasa sihat n ceria selalu. abang Long dah besar, kena jadi budak baik, dengar cakap ibubapa, jangan cepat marah, hormat orang tua, jangan degil .... Belajar rajin-rajin biar jadi orang pandai. Yang paling penting Jangan Lupa Solat ...

Luqman dah okay ..


Alhamdulillah setelah 10 hari berpuasa, nengok pada keadaan Luqman bertambah bagus ... Tak de lah seperti memula pose ari tu ... Lembek melepek ... Tak de dah rayuan manja nak makan n minum ... Bangun sahur pun senang jer ... Makan pun dah bertambah laju ... Kena pandai2 alihkan perhatian dia ... Balik dr sekolah tu memang suruh dia relax jer, main game ker ... or tengok tv ... Suruh mandi pun tak mo ... lepas berbuka ala kadar, rehat jap baru dia nak mandi n solat maghrib, kalau mood baik ngaji sekali ... Lepas tu dia selongkar tudung saji balik ... Ape2 pun kena sabar. So far baru sehari jer dia berbuka pose tengahari, pose kedua ... Tahniah Luqman ...

Pose ...

Alhamdulillah ... Luqman berjaya pose penuh semalam. Pada awal nyer okay ... Cergas ... Sampai tengahhari, waktu nak pergi Sek. Keb. ada cam penat2 skit, aku pun suruh dia rileks dalam bilik, dia bantai main game kat hp, so, okaylah. Bila sampai masa nak suruh gie sekolah tu ada masalah skit, aku pun pujuk2 n mandi kan dia (besa mandi sendiri).

Waktu balik persekolahan di awalkan sejam, aku pun bersedia awal jugak, coz dah rasa mesti dia penat giler2. Memang tepat seperti yang di duga, jumpa jer aku tadi ... "Nah, ambik beg nih, Luqman penat..." ... Aku pun ambek ler ... Memang besa aku yang bawak kan beg dia pun (berat, wpun dah ikut jadual). "Ibu... Luqman nak minum air ... Dahaga sangat ...". Eisehmannn, cam ner nak pujuk nih, kebetulan lak husband pun baru balik, sebaik, husband aku ler yg pujuk coz tinggal beberapa jam jer lagi nak bukak pose... Sayang ...

"Luqman nak minum air sekarang jugak ...". Sayang jer, aku pujuk lagi, tanggal kan baju sekolah, pakaikan dulu baju rumah. Gaya cam mandi pun tak larat. Suruh dia baring sambil tengok tv. Husband aku pun bwk yang berdua tu jenjalan naik moto ... Luqman pun tertido, tak pelah ...

Aku pun menyediakan apa2 yang patut, sambil2 tu gie rumah abah aku tolong2 apa yang patut ( mak takde, ke Penang, tolong jaga baby adik aku, coz mak dia kena tahan wad, ada masalah skit). Penat jugak ke depan ke belakang ... Tapi tak pelah ... Dia orang tu lagi byk bersusah payah utk aku ... Tak terbalas rase nyer ... Husband aku ke Pasar Ramadhan membeli ape yang patut. Dah dekat nak azan baru kejut kan Luqman ... "Nak azan dah, nak mandi tak ?" ... Tiada jawwapan hanya gelengan kepala ..."Basuh muka ..."

Azan berkumandang ... Alhamdulillah ... Luqman berjaya pose penuh sehari, walaupun melepek. Harap dapat pose penuh sebulan. Bukak pose Luqman makan buah epal (tak suka kurma) ... Minum air teh o ... Lepas tu tak larat dah ... Rehat2 jap ... "Ibu... Mandikanlah Luqman..." ... "Okay, Tapi janji lepas nih kena makan tau ... Esok nak pose lagi nanti tak larat ...".."Okay, Luqman janji.."

Bangun sahur pagi nih kelihatan agak bersemangat.

Ya Allah, kutkanlah semangat anak kecil ini untuk memenuhi tuntutan Mu ...

OP-TI-ONS

Semalam lepas Fatiha tido ... Aku online jap .... Bosan lah ... Aku main game ... Luqman pun tengok jugak sambil ngendeng-ngendeng nak main ... "Cepatlah ibu" ... "Asyik ibu jer ...." ... Akhir nyer tibalah masa yang diidamkan ... Dia main game Bubble Shooter ...Luqman nih pandai gak godek2 fungsi button yang ade ... Sekali aku tengok dia tukar skin game yang dia main tu ... "Cam ner Luqman buat...?" Dengan bangga nyer "Hahaha ... Ingat Luqman tak tau ker ... Tekan ler OP... TI... ONS... ( Sebutan dalam Bahasa Melayu ...)... Aku ngan Yang Terchenta ketawa geli hati ... "Mana Luqman tau ..." (Muka masam marah...) ..."Options lah ... bukan OP... TI... ONS... Huhuhu ...

Hisshhh ... Luqman nihhh ...

Geram lak ngan budak Luqman nih ... Tadi lepas mandi n solat maghrib dia nak gie umah uwan ... Aku sebenarnyer malas nak bagi pergi walaupun dekat jer ... Penat uwan nyer nanti ... Lagi pun esok dia ada exam kat Sekolah Agama dia (hari Isnin dah start dah..), esok subjek akhlak ... Ingatkan nak ler suruh dia baca (ibu yg bacakan sbnr nyer ) ... Skali dia minta izin drpd en. somi ... En. Somi lak bagi coz kesian ... Dalam pukul 9.00mlm aku pun panggil lah dia balik, nak study ler konon ... Aku main jerit jer dr rumah nih .. Skali mak aku cakap "Luqman dah tido ..." ... Laaa, hangin aku sekejap .... Tadi aku dah suruh dia bawak buku baca kat umah uwan " Laa, nanti Luqman balik ler baca ngan ibu.." Hampehhh ... Cam ner lah agak nyer dia nak jawab exam esok ... Harap2 dia ingat ape2 yang dia belajar kat skolah tu ...

Bahasa Arab

Cerita yang aku nak cerita nih dah nak basi dah .. Sejak akhir2 nih semacam tak de mood nak update blog ... Atas musibah yang melanda email ku tempoh hari ... Kejadian berlaku minggu lepas ...

"Abang Long, ada kerja sekolah tak ?"...

"Ada, dua ...."

"Bila nak buat ?"

"Jap lagi ... nak rehat dulu" ....

Aku pun tak kesah ler ... Biar dia rehat jap. Penat baru balik sekolah ... Sambil tu dia pun makan2 n minum2 skit ... Kelaparan balik dr sekolah ... Lebih kurang 8.30 mlm aku menyuapkan nasi kepada ketiga2 anak2 ku ... Macam burung masing2 ... Nganga jer ... Memang leh bg suap sendiri , tapi berjam2 ler jawab nyer ... n bersepah ler rumah nanti ...

"Abang Long, buat keje sekolah"...

"Ok ..."

Dia pun masuk bilik, bukak lampu n kipas tutup pintu ... Kalau tak tutup alamat nyer akan ada gangguan dari adik2 yang lain ... terutama Fatiha ..

"Ibu, ... Nie macam mana ? Luqman tak pandai lah .."

Aku pun amek ler buku yang Luqman pegang ... "Alamak.. Bahasa Arab lah ...." Hmmm ... Cam ner nih ... "Ibu tak tau ler Luqman, tunggu abah balik ler ... buat yang lain dulu ..."

"Mana leh langkau2 ... Ibu nie asyik tak tau jer ... Kenapa ibu tak belajar dulu ??"

"Masa zaman ibu dulu tak de subjek bahasa arab lagi ... Tak de cikgu bahasa arab kat sekolah" ..

"Hmmm ... Kalau cam tu kenapa ibu tak sekolah ngan Luqman ... Masuk ler kelas Satu Osman tu ..."

Hahahaah .... "toing" ... "toing" ... "toing"

Kena aku ngan Luqman hari nih ... Cam ner nak belajar bahasa arab nih ...
Ishhh ...Ishh ... Bebudak zaman sekarang nih ...