Search This Blog

Showing posts with label Anak. Show all posts
Showing posts with label Anak. Show all posts

Jari Berinai

Fatiha berinai jari ...

Eehh ... Nape eak ???

Adik nak kawen ker ???

Ada org nak kawen ker ???

Hehehe ... Sesaje jer ... Uwan yg bubuhkan ...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Kantoi ...


Bebudak sekolah nih kantoi kena tangkap ponteng sekolah ... 
Pokcik yang naik motor belakang tu turut depa2 nih jalan kaki sampai ker sekolah ... 
Haisshh ... Apelah nak jadi ngan bebudak nih ...
Nauzubillah ... Mintak dijauhkan berlaku dalam keluarga saya ...

Selamat Hari Lahir Abang Ngah ...


SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-5 DIUCAPKAN KEPADA PUTERA KE-2 KAMI
MUHAMMAD DANIAL FATHULLAH B. SHAHDAN


Selamat Hari Lahir Abang Ngah ... Semoga sentiasa sihat n ceria selalu. Abang Ngah dah besar, kena jadi budak baik, dengar cakap ibubapa, jangan cepat marah, hormat orang tua, jangan degil .... Belajar rajin-rajin biar jadi orang pandai. Yang paling penting Jangan Lupa Solat ...

Kenangan2 2011

Ya Allah, Kau terangilah hati anak-anakku dalam mendalami ilmu dunia & akhirat.. Kau jadikanlah mereka anak-anak yang soleh & solehah, yang menjaga solat dan agamanya.. menjaga kebajikan kedua ibu bapanya.. menjaga kebajikan mereka yang memerlukan.. tidak sombong dan pandai menjaga diri.. Amin



Dah tak hensem ...

Kejadian berlaku senja tadi ...
Tengah aku sibuk2 masak ...
Anak2 huru-hara kat hall ...
Tiba2 Abang Ngah datang ngan mulut berdarah ...
Kena lutut kate nyer ...
Mengelabah jugak aku ...
Bila aku tengok gigi nyer dah longgar ...
Tapi aku tak berani nak tarik ...
Dengan menggunakan khidmat Big Boss ....
Kejap jer dah selesai ....
"Dah tak hensem ..."

SEBELUM KEJADIAN ...




SELEPAS KEJADIAN ..





Nak senyum pun malu2 jer ...
Sian Abang Ngah ...

Nauzubillah ...

Seperti biasa kegiatan di waktu malam adalah berblog walking ... Sedang2 berjalan2 maka terbaca lah kisah SEDIH ini ... Salam takziah ...Semoga ibu ini tabah menghadapi dugaan yang besar ini ...  

Nauzubillah jangan lah berlaku pada aku ... Tapi kuasa Allah tak terdaya kita melawan ... Ya Allah Ya Tuhan Ku ... Janganlah Engkau tarik anugerah paling berharga yang telah Engkau berikan pada hamba Mu ini ... 

Anugerah Paling Berharga ...
Muhammad Luqman Aliff b. Shahdan
8 tahun

 Muhammad Danial Fathullah b. Shahdan
5 tahun

 Nur Fatiha Nadhirah bt. Shahdan
3 tahun

Uiii seksi nyer anak dara nih ...

Makin nakal ...
Dah pandai nak pilih baju sendiri ...
Ikut suka dia jer ...

 Baru lepas bersuci ...

Nakal ...

Kasut Raya 2011


Kasut Abang Long ...

Kasut Abang Ngah


Kasut Adik ...

**Lebih 10 kali dah menerei ...

Tolong Ibu lah ...

Ari tu sambil lepak2 ngan anak2, aku sesaje tanya Fatiha ...

"Adik, kalau ibu mati cam ner ?'

"Adik tolong lah ..."

"Tolong ape ...??"

"Tolong ibu lah ..."

"Tolong ape ...??"

"Tolong ibu lah ... Atok tolong ... Uwan pun tolong ..."

"Yelah adik tolong ibu ape ...?"

"Tolong angkat ibu masuk kubur lah ..."

Terkejut jugak aku dengar jawapan anak aku nih ...

"Adik nangis tak nanti ... ?"

"Nangis lah ..."

"Nape nangis lak ...?"

"Yelah ... Adik dah tak de ibu ..."

"Habis tu adik nak tinggal ngan sape nanti ?"

"Ngan abah ler ...?"

"Kalau abah tak de ?"

"Ngan uwan lah ..."

Hmmm ...
Ni lah hasil jawapan budak tiga tahun ...

Best Nyer Tido ...


Best nyer dia orang nih tido ... 
Oooppsss yang hujung sana tak tido lagi, leka nengok tv ... 
Semenjak beli kelambu moden nih ... Dia orang nih berebut-rebut nak tido lam kelambu ... 

Hari Pertama Pose 2011

Seperti biasa siap2 untuk ke sekolah ...

Ibu : Danial, bangun mandi, gie sekolah ...

Danial : Emmm ... sambil mengosok mata ... Abang Long cuti Sekolah Agama ker ibu ..

Ibu : A'ah ...

Selesai mandi n bersiap ...

Ibu : Danial nak sarapan tak ? (saje tanya coz dia cakap nak pose ...)

Danial : Tak nak, Danial kan pose ...

Sambil berlenggang lenggok ke rumah uwan ... 
Kasut sekolah nyer kat umah uwan ...
Ibu pulak mengemaskan beg sekolah nyer ...

Danial : Ibu, kenapa tak bawak bekal ?

Ibu : Danial kan pose ... Pose tak leh makan, korek idung, korek telinga ...

Danial : Sambil tersengeh ... Nanti kalau kawan2 Danial makan ??

Heheheh ... Kejap nak pose kejap nak bawak bekal ...
Aku pun masuk kan lah bekal nyer dalam beg ...

Ibu : Apolah lah Danial nih, kate nak pose ...

Danial : Hehehe ...

Ibu : Danial pose tau hari nih ... Kalau tak larat jer baru makan n minum bekal ...

Danial : Ok ...

Anugerah ...

Anak adalah amanah Allah kepada ibu bapa yang perlu dididik supaya menjadi insan yang berguna.

- Gambar hiasan

Sesungguhnya anak yang dikurniakan Allah kepada suami isteri adalah suatu amanah dari Allah SWT. Anak bukanlah hak kita. Ia adalah hak Tuhan. Tuhan yang memberikannya kepada kita.Sekiranya anak itu hak kita, tentulah apabila kita berkahwin kita akan terus mendapat anak seperti mana yang kita kehendaki.Ada pasangan yang 10 tahun kahwin tetapi tidak juga mendapat anak. Ini kerana ia tidak mendapat keizinan dari-pada Allah. Sebaliknya, ada orang yang baru enam bulan saja kahwin tetapi sudah mendapat anak.Sedar akan hakikat bahawa anak yang dianugerahkan kepada ibu dan bapa itu adalah satu amanah daripada Allah. Maka menjadi tanggungjawab setiap ibu bapa menjaga amanah Allah itu dengan sebaik-baiknya.Sebagaimana anak wajib berbakti kepada ibu bapanya, ibu bapa juga bertanggungjawab memenuhi segala yang menjadi hak anaknya.Anak yang tidak melaksanakan tanggungjawab terhadap ibu bapa dianggap sebagai anak derhaka. Ibu bapa yang tidak melaksanakan tanggungjawab terhadap anaknya juga boleh dianggap sebagai derhaka. Tetapi orang tidak biasa menyebutnya derhaka. Mungkin istilah yang lebih tepat adalah berlaku zalim.Meneliti kisah yang berlaku pada zaman Umar al-Khattab menjadi khalifah boleh membuktikan adanya penderhakaan ibu bapa terhadap anaknya.Suatu hari seorang lelaki datang berjumpa Saidina Umar mengadu perihal anaknya yang didakwanya derhaka kepadanya. Umar memanggil anak yang di-katakan derhaka itu. Khalifah mengadili anak itu secara berhadapan dengan ayahnya.Dalam majlis pengadilan itu, si anak meminta khalifah menyatakan hak anak terhadap ayahnya. Khalifah Umar menyatakan bahawa: "Antara hak-hak anak terhadap ayahnya adalah ayah hendaklah mencari isteri yang baik untuk menjadi ibu kepada anak-anaknya yang bakal lahir ke dunia."Setelah anak itu lahir, hendaklah si ayah memberikan nama kepadanya dengan nama yang baik. Dan setelah anak itu besar, hendaklah diajar membaca al-Quran".Mendengar yang demikian, si anak lantas berkata: "Wahai Amirul Mukminin! Itu semua tidak ada yang dia laksanakan. Ibuku dicarinya dari orang Majusi. Namaku dibuatkan Jaklan dan aku tidak diajarnya membaca al-Quran".Khalifah Omar melihat ke arah lelaki yang membuat aduan sambil berkata kepadanya: "Apakah engkau datang ke sini untuk mengadu kelakuan anakmu? Ternyata engkau telah derhaka kepadanya sebelum dia derhaka kepada-mu. Engkau telah berbuat jahat kepadanya sebelum dia berbuat jahat kepadamu".Begitulah besarnya tanggungjawab ibu bapa terhadap anaknya. Sebelum anak itu lahir lagi, kita sudah mempunyai tanggungjawab terhadapnya.Kita mesti mencari ibu yang baik baginya. Kita mesti mencari wanita yang sihat, sempurna dan cantik. Lebih penting lagi, kita mesti mencari wanita yang solehah dan keturunan yang baik.Ketika anak berada dalam kandungan, kita wajib menjaganya dengan baik. Si ibu mesti memakan makanan yang baik lagi halal.Jika ibunya memakan benda-benda haram, ia akan menjadi darah daging bagi si anak dan akan mempengaruhi jiwanya setelah dewasa nanti.Apabila anak lahir, dia berhak untuk diazan, ditahnik, diberi nama yang baik, dicukur rambutnya dan dibuat akikah.Setelah anak itu nampak sudah faham akan sesuatu, dia mesti diajar mengaji, ditanam kepadanya masalah akidah, diajar masalah halal haram, mengerjakan solat dan sebagainya.Dengan kata lain, ibu bapa bukan saja diwajibkan memberi makan, minum, pakaian dan tempat tinggal kepada anak-anaknya. Malah lebih dari itu ibu bapa wajib mendidik dan memberi pelajaran agar mereka membesar dan menjadi orang yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.Sabda Rasulullah bermaksud: Setiap anak yang di-lahirkan adalah dalam keadaan bersih melainkan dua orang tua-nyalah yang bertanggungjawab mencorakkannya menjadikan Yahudi atau Nasrani atau Majusi. (riwayat Muslim dan Baihaqi)Daripada hadis di atas kita dapati peranan ayah dan ibu adalah amat besar untuk melahirkan anak-anak berperibadi dan berakhlak mulia. Anak-anak berada di sekolah kira-kira tujuh jam sahaja sehari.Dalam masa tersebut anak-anak berada di bawah pengawasan guru. Baki 17 jam lagi dalam hari tersebut, anak-anak berada di bawah penjagaan ibu bapa masing-masing.Sesungguhnya, anak yang masih kecil mudah dibentuk sesuka hati seperti halnya dengan tepung. Seorang tukang kuih yang sedang memegang tepung, sanggup membentuk tepung itu sesuai dengan kehendaknya.Begitu jugalah keadaan anak yang masih kecil. Dia masih mudah dibentuk, sama ada untuk dijadikan orang baik atau orang jahat.Dalam memperkatakan tentang pemberian pelajaran kepada anak-anak, satu perkara yang amat mendukacitakan kita ialah sikap dan tanggungjawab ibu bapa serta bentuk pendidikan yang diberikan kepada anak-anak.Tidak dapat dinafikan bahawa pada masa ini kesedaran ibu bapa terhadap kemajuan persekolahan anak-anak memang amat ketara sekali.Mereka rela membayar yuran persekolahan anak-anak hingga berpuluh-puluh ringgit untuk menjamin kejayaan masa depannya.Bagaimana pula halnya kalau kita bertanya tentang kemajuan pendidikan rohani khususnya kemampuan anak-anak untuk membaca al-Quran dan menulis tulisan jawi.Jawapannya adalah amat mengecewakan. Boleh dikatakan majoriti belia kini tidak tahu membaca jawi. Jika boleh pun bacaan mereka merangkak-rangkak.Para ibu bapa tidak sedikit pun merasa runsing dan bimbang dengan anak-anak mereka yang tidak boleh membaca jawi dan tidak tahu membaca al-Quran. Sumbangan ibu bapa terhadap perkembangan rohani anak-anak mereka adalah begitu rendah sekali.Hati mereka merasa begitu berat untuk memberi sumbangan atau hadiah kepada tok-tok guru yang mengajar al-Quran anak-anak mereka.Namun, mereka tidak memprotes atau bersungut tentang kadar yuran tuisyen anak-anak yang begitu tinggi.Melihat kepada keadaan ini, satu persoalan boleh diketengahkan. Apakah sikap ibu bapa sebegini boleh dianggap sebagai ibu bapa yang amanah dan bertanggungjawab terhadap anak-anak yang dianugerahkan Allah itu?Sedarkah para ibu bapa bahawa pendidikan sekular sedikit sekali dapat membantu dan menjamin hidup yang bahagia kepada anak-anak mereka di akhirat kelak.Sesungguhnya anak yang baik akan membawa manfaat kepada ibu bapanya. Dia akan meneruskan perjuangan ibu bapanya dan menolong mereka sesudah tua.Setelah ibu bapa meninggal dunia, anak itu akan mendoakannya dan meminta ampunkan dosanya.Menyedari hakikat bahawa sifat amanah adalah semulia-mulia sifat di sisi Allah SWT, maka menganggap barang amanah dengan sambil lewa dan cuai dikira sebagai satu perbuatan mencuri. Hukumannya adalah berdosa besar.Oleh itu awasilah anak dengan sebaik mungkin kerana anak adalah amanah Allah.

I LOVE YOU MOM

 
Nie hadiah Luqman bagi sempena Hari Ibu ... 
Abang Long beli kat sekolah ...

 
I LOVE YOU MOTHER ...
Nie kad Abang Long buat untuk ibu ... 
Tak sempat nak kaler ... Bersemangat nak bagi ...

 
"Along sayang ibu ... Selamat Hari Ibu ..."
Terima kasih Abg Long ... Sayang Abg long jgk ....

Terharu nyer ...
Abang Long belajar rajin2 yerrr ...
Hormat orang tua ...
Jangan lupa solat ...

Apakah itu ??

http://a6.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/221794_10150174130428878_658833877_6979863_3606435_n.jpg 
Apakah yg ada dlm botol tu ?

Ape tu ? Cube teka ? Sape buat ?

Sape lah punyer angkara .... Haiisshhh ....

@#$%^&*@#$%^&*@#$%^&*@#$%^&* @#$%^&*@#$%^&*@#$%^&*@#$%^&* 

"Ibuuu ... Nak roti ..."

"Nak buh kaya tak ??..."

"Tak ..."

Senyap beberapa ketika ...

"Ibuuu ... Tengok adik buat ape nih ..."

"Hah ...??? "

"Hehehehe ... Adik nak cicah ..."

Fatiha punye keje ... 
Dia pie masukkan roti dalam botol air kosong kita orang ... 
Padan lah senyap jer ... 
Makin nakal dah dak nie ...
Eiii ,,, geram nyer ... 

8 MEI 2011 ...

Hujung minggu ari tu ... Kami sekeluarga tak tau nak gie mana ... Nak buat outdoor aktiviti tak berapa sesuai memandangkan cuaca yang begitu panas ... Aku ajak ler jenjalan ke Wangsa Walk yang kami tak pernah sampai, padahal dekat jer ... Hmmm ... Bermulalah sesi menghabiskan duit, mengalir bagaikan air ...












Akhir nyer meraung-raung tak mo balik pulak dahh ...

Tips Anak Cemerlang ...

Aku dapat tips nih daripada seorang senior aku masa study dolu2 di UM ... Pernah jadi housemate aku sekejap ... Dah berjaya dengan cemerlang dah senior aku nih ... Semoga beliau terus berjaya dan tabah dalam menjalani kehidupan yang sementara ini ... Along ...

Meh kongsi bersama kengkawan sedikit tips yang diberi ... Semoga bermanfaat ...
_____________________________________________
Syukur kpd Allah!! Ramai yg tanyakan tips utk anak2 cemerlang. Sblm ni sy tak berani nak share sbb baru dua tahun anak2 kekal dgn keputusan cemerlang. Hari ni, sy kongsikan. Amalkan tiga perkara penting: 
1- Jaga pemakanan; pastikan makanan yg bersih, suci dan halal dan dimasak oleh orang yg solat. 
2- Pastikan anak2 kerjakan solat lima waktu. 
3- Pastikan anak2 mengaji al-Quran sekurang2nya 2 kali sehari. 
Ini disiplin tetap utk anak2. Sy tak paksa anak belajar tp sy paksa anak2 solat dan mengaji. Selebihnya, anak2 bebas bermain atau menonton tv tp anak2 akan tetap berikan perhatian pd pelajaran walaupun tak dipaksa. 
Cubalah! InsyaAllah!!
______________________________________
 Bila baca macam senang jer kan ... Hmmm ... Bila nak praktik kan dugaan sungguh ... Ya Allah, bantu lah hamba Mu ini ...

Daftar Sekolah Danial ...

Cam awal jer nak daftar Danial Sekolah Kebangsaan. Danial nih 5 tahun pun belom lagi ... Tapi tak pe daftar awal selesai awal ... Nanti dapat masuk kelas pertama ... Lepas cuti sekolah nanti nak daftar lah ... Leh jer kalau nak daftar online, tapi dah sekolah depan rumah ape ler salah nyer, berjalan kaki sebentar daripada duk terperok dalam rumah tu ... Danial jommm ...

http://a7.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/198003_10150106250938878_658833877_6506372_4265605_n.jpg

Projek CNY ...

Maleh nak cite ... Tgk gambar jer lerrr ...

http://a5.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash1/182880_10150089117903878_658833877_6317409_7321723_n.jpg 
Camel

 
Nie jer yg Adik tak takut utk tgk lama2 ...

 
tapah pun ade ...

 
Udang ...

Toman bungo pn ade ...
 
 
Belida???
 
Elephant

Kesimpulan :-
 Susah tul nak amek gambar anak2 nih ... 
Hero2 terlalu teruja ... Heroin ku penakut rupe nyer ...

Aliff Lam Qamariah ...

Semalam aku tolong Luqman wat keje sekolah ... Ok jer , tak lah susah sangat pun ... Tiba subjek Pendidikan Islam, kena lak tang tajwid ... Haru biru dibuat nyer ... Dah ler Si Luqman nih salin ayat tak habis ... Surah lak tak tau surah aper ... Tulisan lak susah nak baca ... Kalau rumi oklah ... Nie tulisan jawi, ... Tapi aku dapat agak skit2 ... Soalan nyer adalah tentang tajuk di atas ... Aku pun ..."alamak" ... Dah lama tinggal mana nak ingat ... So pepagi nih sempat ler membuat ulangkaji sedikit dengan bantuan mr google ... dan juga kengkawan ... kehkehkeh ... Harap2 sempat ler menhabiskan homework Luqman before sekolah tengahhari nanti ... Bagus jugak dapat mengingat kembali mana yang dah lupe ... Meh kengkawan masa untuk mengingat kembali ...

***********************************************************************

Alif lam ma'rifah adalah dua huruf yang ditambah pada pangkal kata nama atau isim yang menentukan maksud perkataan itu dan lain lagi. Terdapat dua jenis kes bagi alif lam ma'rifah apabila bersambung dengan ejaannya iaitu qamariah dan syamsiah.

Alif lam qamariah ialah lam yang bersambung terus daripada empat belas huruf ini iaitu hamzah (ء), ba' (ب), jim (ج), ha' (ح), kha' (خ), 'ain (ع), ghain (غ), fa' (ف), qaf (ق), kaf (ك), mim (م), wau (و), ha' (ﮬ) dan ya' (ي). Ini diambil sempena perkataan al-qamar (ﺍﻟﻘﻤﺮ). Dari perkataan itu, jelas cara membacanya adalah tidak memasukkaan lam ke dalam huruf selepasnya tetapi mematikannya dengan jelas lalu menyebut huruf yang seterusnya.
http://www.mhijaiyah.co.cc/lam%20qomariyah.jpg

Alif lam syamsiah ialah lam yag bersambung dengan empat belas huruf ini pula iaitu ta' (ت), tha' (ث), dal (د), dzal (ذ), ra' (ر), zai (ز), sin (س), syin (ش), sod (ص), dhod (ض), tho (ط), zho (ظ), lam (ل) dan nun (ن). Ini diambil sempena perkataan asy-syamsiah (ﺍﻟﺸﻤﺴﻴﻪ). Dari perkataan tersebut, cara membacanya adalah dengan memasukkan ke dalam huruf selepas lam yang kebanyakkanya disabdukan dan lam tidak dibunyikan.
http://www.mhijaiyah.co.cc/lam%20syamsiyah.jpg

Huruf2 yang terlibat ...
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgkH0Gy9lfU0oS-lYyk5Mah8DqPkKzd8tfeR0tD6Mt1yN0hoK7tXaFZ6hy0ZgZ6eiRAnGgVBmVKv6GY-Y4WvLsGWNRZI-nVOpYOeEt_sZKQjEx9R3UnPOpaTSmFZNclM9n7aZsYA8IVzEI/s400/huruf+alif+lam+Qamariah+dan+Syamsiah.png