Kisah kelmarin... Sekolah bebudak nie ada sukan tahunan... Acara wajib buat semua sekolah... Dah agak2 dua minggu bebudak nie berlatih... Lari lah, lompat tinggi, lompat jauh, kawad dan macam-macam lagi lah... Asal balik sekolah jer kepenatan... So, semalam kira kemuncaknya lah...
Awal pagi Danial dan Fatiha dah bangun bersiap-siap dengan baju rumah sukan masing-masing... Memula tu depa xmo sarapan... Tak sabar lah tu, teruja... Atas nasihat Mak Bawang nih haruslah makan jugak dia orang berdua tu... Sambil tu Fatiha request nak rendam kaki dalam air sejuk berais... Katanya, Cikgu cakap bagi kuat lari... Aku ikut kan aje... Dalam pukul 7.20pagi tu gerak lah mereka ke sekolah...
Memandangkan sekolah dekat dengan rumah, aku takde lah gerak awal macam depa... Dah dengar bunyi-bunyian meriah di padang baru lah aku gerak ke padang... Lebih kurang pukul 10.00pagi jugak lah... Masa aku sampai tu dia orang tengah senamrobik beramai-ramai, lepas tu persembahan silat... Macam-macam lagi lah...
Tahun 4 Rumah Ungu 4 x 200
Danial dan Fatiha nie masuk acara olahraga 4 x 200 mewakili rumah masing-masing ... Makkk aiii jauh nyer nak lari, satu pusingan padang... Maka terpaksa lah menunggu lama kerana acara yang depa masuk berlansung agak lewat...
Bersedia ditengah padang... Cuaca yang mencabar... Panas sangat...
Fatiha pun dah get ready, muka dah cuak...
Bersedia sebagai pelari kedua...
Budak-budak biasalah sifat excited depa memang terlebih hehehe...
ReplyDeleteTahniah! buat Danial dan syabas buat Fatiha menang kalah adat pertandingan yang penting semangat kesukanan tu.
Terima kasih... Pengalaman tu penting kan...
Deletetahniah dik Danial dan Fatiha. diorg punya kesungguhan dapat tengok pada muka walaupun cuaca panas.
ReplyDeleteteringat masa kita sekolah-sekolah dulu, kemain setiap hari berlatih, sambil buat khemah rumah sukan. kenangan semua ni :D
Semangat tu penting... Semoga ada sesuatu yang diperolehi hasil dari pengalaman tersebut...
Deletewahhh tahniah Danial..Sokey Fathia tahun depan dah makin besar makin kuat boleh cuba lagi..seronok tengok hihi..kita pon jadi nostalgic zaman sekolah dulu2 time sukan laa paling seronok walaupun letih ^_^
ReplyDeleteYerrr... Seronok walaupun letih...
Deleteterbaek.. seronok tgk budak2 bersukan.. hehe
ReplyDeletejemput join segmen ejulz :)
http://ejulz.blogspot.my/2018/04/segmen-aminkan-doa-sahabat.html
Seronok tengok anak2 happy, bagi sokongan jer yang mampu...
Deleteseronoknya bersukann.. budak2 pun suka sbb xyah beljar.hee
ReplyDeleteA'ah ..
Delete