Search This Blog

Kemalangan Moto GP Malaysia ...

Marco Simoncelli, pelumba Gresini Honda telah meninggal dunia hari ini akibat terlibat dalam kemalangan ngeri di litar F1 Sepang ketika dalam perlumbaan Moto GP Malaysia 2011.

2 500x306 Marco Simoncelli Terbunuh Dalam Kemalangan MotoGP Sepang 2011 (Video)
Penunggang Gresini Honda tersebut telah hilang kawalan ketika di pusingan kedua dan telah dilanggar oleh pelumba lain, Colin Edwards dan Valentino Rossi.

Capture 500x271 Marco Simoncelli Terbunuh Dalam Kemalangan MotoGP Sepang 2011 (Video)
Topi keledar pelumba berusia 24 tahun itu telah tercabut semasa kemalangan tersebut dan mendiang telah dibawa ke pusat rawatan kecemasan, namun kecederaan beliau terlalu serius dan tidak dapat diselamatkan.
1 Marco Simoncelli Terbunuh Dalam Kemalangan MotoGP Sepang 2011 (Video)

Video :- 



Maklumat Lanjut :- [Klik Sini]

Alergik ...

Sian Danial ... Seluruh badan bengkak2 ... 
Mengaru-garu ... Gatal kate nyer ... Bila berpeluh lagi jelas dan nyata ...
Harap2 cepat sembuh ...

Bwk Danial gie klinik, bdn bengkak2 ...

Kegatalan di tangan ...

Bengkak2 di muka ...

Srikandi Cinta Ku ...

Lagu lama ...
Suke ...

[Bloodshed+-+Samarkand+'87+-+(1987)+lineup.jpg]

Dingin malam tirai kenanganku
Menyerlahkan sekurun ingatan
Tercsiptalah rimba kehidupan
Percintaan dalam perjuangan

Kesetiaan sebagai bekalan
Bisikan penuh pengharapan
Tiada garis dapat memisahkan
Segalanya kudratMu Tuhan

Alam bagai mengerti
Segala yang terjadi
Embun menitis panas simpati
Pertemuan tiada awal akhir

Perutusan berdarah ku terima
Gugur kuntum di tengah halaman
Medan ini kurasakan sepi
Terpaku pilu

Ku semaikan pepohon kemboja
Yang bunganya adalah hati ku
Semadilah dalam kedamaian
Semangatku tetap bersamamu

Kan kuusung oh! jenazah cinta
Semadikan nisan kasih suci
Semangatmu tetap bersamaku
Selama pasti

Debu malam meragut kenangan
Menyedarkan dari lamunanku
Percintaan dalam perjuangan
Kau abadi Srikandi Cintaku

Siti ... Patut Dijadikan Contoh ...

1) Siti Khadijah
- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.


2) Siti Fatimah
- Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah b'kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.


3) Siti Aishah
- Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.

4) Siti Hajar
- Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).


5) Siti Mariam
- Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t utk mengandungkan Nabi Isa.


6) Siti Asiah
- Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.


7) Siti Aminah
- Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.


8) Siti Muti'ah
- Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.


9 ) Siti Zubaidah
- Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.

* 9 Siti ini adalah petikan drpd kata2 Ustazah Siti Norbahyah Mahmood dlm rancangan Halaqah TV9 bertajuk 'SITI IMPIAN'. Adakah wanita kita tergolong antara Siti2 ini?

Dato Ahmad Jais Meninggal Dunia. Al-Fatihah.


Dato Ahmad Jais Meninggal Dunia. Al-Fatihah.

Bob Lokman Kena Tangkap



KUALA LUMPUR, 11 Okt: Pelawak, pengacara dan penulis lirik terkenal, Bob Lokman (gambar) hairan dengan tindakan pihak Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang menahan beliau setelah menjadi baik, tetapi tidak ketika dia sedang bergelumang dalam arus keduniaan sewaktu berada dalam dunia hiburan dulu. 

Tindakan Jais itu disifatkan oleh beliau seolah-olah mahu menyekatnya supaya tidak menjadi baik, sebaliknya untuk mendorongnya agar terus hanyut dalam arus keduniaan seperti masa lalu. Menurut Bob, walau apa pun halangan yang menimpa, beliau tidak akan berganjak dengan pendiriannya sekarang untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah dan terus meninggalkan kehidupan glamour serta penuh kelalaian. 

Hijab


Tidak berhijab dan mempamerkan perhiasan akan mengundang fitnah bagi lelaki. Seorang wanita apabila mempamerkan bentuk tubuh dan perhiasannya di hadapan lelaki bukan mahram, jelas akan mengundang perhatian kaum lelaki yang berhidung belang dan serigala berbulu domba.
Jika ada kesempatan mereka pasti akan mencari mangsa dengan ganas laksana singa sedang kelaparan.
Seorang penyair berkata:
"Berawal dari pandangan lalu senyuman kemudian salam disusul pembicaraan lalu berakhir dengan janji dan pertemuan."
Sesungguhnya Allah memerintahkan hijab untuk menghilangkan pelbagai macam fitnah (kerosakan). Jika pelbagai macam fitnah redup dan lenyap, maka masyarakat yang dihuni oleh kaum wanita berhijab akan lebih aman dan selamat dari fitnah.
Sebaliknya, masyarakat yang dihuni oleh wanita yang gemar bertabarruj (berdandan secara berlebihan), dedah aurat dan keindahan tubuh, sangatlah mudah terjebak dengan ancaman pelbagai fitnah dan gangguan seksual serta nafsu syahwat yang membawa malapetaka dan kehancuran yang sangat besar.
Jasad yang menampakkan bentuk tubuh badan akan jelas memancing perhatian dan pandangan kaum lelaki. Itulah tahap pertama bagi penghancuran dan kerosakan moral dan peradaban sebuah masyarakat.
"Sungguh akan merasakan manisnya Iman, seseorang yang telah rela Allah sebagai Rabb, Islam sebagai agama, dan Muhammad sebagai Rasul utusan Allah."(HR Muslim)
"Setiap umatku (yang bersalah) akan dimaafkan, kecuali orang yang secara terang-terangan (berbuat maksiat)."(Hr.Bukhari)
Sementara wanita yang mendedahkan aurat dan keindahan tubuh sama ertinya dia telah berani menampakkan kemaksiatan secara terang-terangan.
Jangan menelanjangi diri dengan berpakaian ketat atau sempit.
Bagaimana kita menyayangi orang lain sedangkan diri sendiri tidak mampu kita sayangi.
Sudahkah anda berhijab?
Kebenaran hanya milik Allah.


Sumber :- iluvislam.com

Dah tak hensem ...

Kejadian berlaku senja tadi ...
Tengah aku sibuk2 masak ...
Anak2 huru-hara kat hall ...
Tiba2 Abang Ngah datang ngan mulut berdarah ...
Kena lutut kate nyer ...
Mengelabah jugak aku ...
Bila aku tengok gigi nyer dah longgar ...
Tapi aku tak berani nak tarik ...
Dengan menggunakan khidmat Big Boss ....
Kejap jer dah selesai ....
"Dah tak hensem ..."

SEBELUM KEJADIAN ...




SELEPAS KEJADIAN ..





Nak senyum pun malu2 jer ...
Sian Abang Ngah ...

Tetamu ...


"Kita semua merupakan tetamu... tetamu ertinya kita menumpang sesuatu yang bukan hak kita dan tidak boleh pandai-pandai buat apa yang kita mahu. Saya sebagai Menteri Besar, jika datang ke rumah tuan-tuan, tidak boleh lakukan apa yang saya mahu kerana saya tetamu. Begitu juga kita sebagai tetamu Allah SWT di bumi... sampai masa kita akan kembali kepada Allah.."

Kepala Air ...

Tengah aku berjalan2 tadi terjumpa video nih ... Walaupun aku tak paham bahasa mereka ... Walaupun aku tak sebangsa dengan mereka ... Walaupun aku tak tahu agama mereka ... Aku kesian ... 
Issshhh ... Nauzubillah ...



**Eee .... Tak reti lak nak masukkan video nyer ...

WANITA..KAMU ISTIMEWA


Ya اَللّهُ, mengapa wanita sering menangis?

Jawab nyer ...

Kerana wanita itu unik.Aku ciptakan ia sbg makhluk istimewa,
KU kuatkan bahunya utk menjaga anak2nya,... ... ... ... ... ... ... ... ... ... 
KU lembutkan hatinya utk memberi rasa aman,
KU kuatkan rahimnya utk menyimpan benih manusia,
KU teguhkan peribadinya utk terus berjuang saat yg lain menyerah,
KU beri dia naluri utk mencintai anak2 dlm keadaan apapun,
KU kuatkan batinnya utk ttp menyayangi walau dikhianati oleh teman,walau disakiti oleh orang" yang ia sayangi
Wanita mahluk kuat, tapi jika satu saat dia menangis itu kerana KU beri dia air mata 
Utk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru.
"WANITA..KAMU ISTIMEWA"

Taman Rusa, Tasik Perdana ...

Hari nih Danial ada lawatan ke Taman Rusa, Tasik Perdana ... Semangat bangun pepagi ... 

 Sibuk nengok orang ...

 Sibuk nengok awek lak ...

Peace ...

Dah nak naik bas ... Hati2 anak ibu, dengar cakap teacher tau ...

Gambar ihsan google ...

Gambar ihsan google ...

** Alhamdulillah ... Selamat sampai rumah ...

Simpan Bawah Bantal ...


Kisah dua tiga hari lepas ... Aku n bonda tercinta ke Maybank Pasar Gombak ... Bonda nak bukak akaun Maybank. senang orang2 sekeliling nak buat urusan online ... Sebaik ler orang tak berapa ramai ... Tapi yang mengecewakan ialah misi tak tercapai ... Kekeliruan berlaku ... Orang tu kate sekarang kalau nak bukak akaun kena ada dokumen sokongan cam slip gaji anak2 or ape2 lah ... Konon nyer senang nak tau sumber duit tu dari mana ... Tak nak lah nanti bukak akaun lepas tu tak aktif ... Aku n bonda tercinte pun pelik apesal cenghitu syarat nyer ... Takkan nak bukak akaun simpanan biasa pun payah nar ... Aku pun cam nak angin dah ... Aku pikir kalau lah orang tu tak de sape2 nak simpan duit ... Takkan tak boleh ... Maka kuar lah "Lepas nih ramai ler orang simpan bawah bantal..." ... Geram nyer pasal, on the way balik tu kami singgah ler Public Bank lak ... Yang menghairankan aku ... Tak de lak orang kat sini cakap macam syarat2 yang company tiger tu cakap ... Isshhh ...

Diana Terkini ...

Alhamdulillah ...
Semoga hingga ke akhir nyer ...

Siti Nordiana ...





Diana Amir 

Eeee ... Geram nyer ...

Maaf entri kali nih lebih banyak gambar drpd tulisan ...













"YA ALLAH, AKU BERJANJI KEPADAMU, ANAK INI AKAN KU DIDIKNYA MENJADI SEORANG INSAN YANG BERIMAN DAN BERTAKWA KEPADAMU YA ALLAH. INSYA,ALLAH. ITU JANJIKU PADAMU!!

Maut Dihempap Tiang Gol ....

Banyak lak kes kematian dihempap tiang gol nih ... Rase2 nyer patut cari alternatif lain sebelum ada lagi mangsa seterus nyer ...

Kronologi Kes :

7 Mac 2000KUANTAN: Seorang pelajar tingkatan dua sebuah sekolah menengah di daerah ini mati selepas dihempap tiang gol yang diperbuat daripada besi sewaktu bermain di padang sekolahnya.

30 Januari 2008SUNGAI PETANI: Seorang murid tahun empat maut selepas dihempap tiang gol ketika bermain di tepi padang Sekolah Kebangsaan Taman Sri Wang (SKTSW) selepas waktu persekolahan sementara menunggu kedatangan bapanya.

4 November 2010KEPALA BATAS: Seorang murid Tahun Dua Sekolah Kebangsaan Kepala Batas di sini, meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang (HPP) akibat cedera parah selepas dihempap tiang gol di padang sekolahnya.

Terkini :-
21 September 2011
 KLANG: "Arwah sebelum ini minta dibelikan kasut bola baru, saya terkilan tak sempat memenuhi hasratnya," kata Abdul Rahman Sarbaini, 41. Anaknya, Muhammad Fakhrul Amin Abdul Rahman (gambar kecil), 11, maut selepas cedera parah di bahagian kepala akibat dihempap tiang gol ketika bermain bola sepak, petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang, murid tahun lima Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Jawa 2 itu mengalami pendarahan teruk selain retak tempurung kepala.

** Kena pesan kat anak2 nih ... Nauzubillah ...

Hantu Bonceng ...

Sinopsis:

Cerita mengisahkan Amran seorang budak Delivery yang gemar berlumba secara haram motor Drag. Satu hari selepas memenagi satu perlumbaan, Amran telah di hadiahkan seorang Bohsia bernama Maya sebagai habuan perlumbaan. Malang tidak berbau, di ketika Amran hendak membawa bohsia yang memboncengnya itu keluar dari port, mereka telah kemalangan dan Bohsia tersebut mati ditempat kejadian.
Sejak kejadian itu Amran sering diganggu dengan hantu Maya yang meminta Amran sempurnakan mayatnya. Amran cuba mendapat bantuan kawan karib nya Kunyit untuk membantunya menjejak keluarga Maya yang sehingga kini masih menjadi misteri setelah Halimaton kekasih Amran seorang jururawat enggan membantu Amran sebab marahkan atas kecurangan Amran terhadapnya.
Berbagai cara Amran lakukan untuk menyelesaikan gangguan daripada Maya itu. Dari berjumpa bomoh hinggalah ke seorang ustaz. Tanpa Amran sedari dia mula berubah menjadi seorang yang lebih baik dan mula menginsafi atas kelakuan buruknya sebelum ini.
Halimaton mula menerima semula Amran setelah melihat perubahan positif padanya. Tapi tanpa diduga Ayu muncul dalam hidup Amran. Apa yang akan jadi pada Halimaton dan siapakah sebenarnya Ayu? Semuanya akan terjawab di penghujung cerita Hantu Bonceng.

_________________________________________________________________


Kecoh lak pasal filem nih ... Dengar2 ade dialog2 yang menghina Islam ... 
Ntah ler aku pun tak nak cakap banyak coz aku pun tak tengok filem nih ...
Ape2 pun sebaik Zizan tak ego n mintak maaf ... Tapi Si Pengarah nyer pulak aku dengar berlagak ... Hmmm ... Apolah ...



Harap2 lepas nih mereka2 nih lebih berhati-hati n prihatin ...