Search This Blog

THE FIFA PUSKAS AWARD 2016 | FAIZ SUBRI


Alhamdulillah ... Faiz Subri telah memenangi PUSKAS AWARD kali ini... Anugerah yang diberi kepada pemain yang menghasilkan gol terbaik pada tahun 2016 hasil dari undian peminat-peminat dari seluruh dunia di fifa.com .... Termasuk aku lah tu... Walaupun aku tak tau apa-apa pasal bola,  aku pun mengundi jugak... Hehehe... Kalau korang nak tahu,  Faiz Subri adalah pemain Pulau Pinang... 

Faiz Subri menerima anugerah daripada pemain lagenda Brazil, Ronaldo dalam satu majlis gilang-gemilang di Zurich ...

Pada peringkat akhir,  pemain midfiled ini mendapat undian sebanyak 59.5% mengatasi Marlone 22.86% manakala Rodriguez 10.01% ... Hebat anak muda nih... 


Tahniah Faiz Subri... 
Tahniah Malaysia... 
Semoga terus mengekalkan prestasi cemerlang dan menjadi sumber inspirasi kepada anak muda yang lain... 

Sumber : The Sun

CPUV NUFFNANG #115 | FAMILY MART LAUNCH


Maaf cerita tahun lepas yang tak sempat diwar-warkan... Alhamdulillah di penghujung 2016 dapat kempen daripada Family Mart Launch...



Family Mart adalah kedai serbaneka yang menjual pelbagai jenis barangan asas seperti majalah,  minuman dan makanan ringan dan banyak lagi ...

Mula bertapak di Jepun pada 1 September  1981 ... Seterusnya telah membuka cawangan di pelbagai negara... Pada Disember 2016 yang lepas telah merasmikan cawangan mereka di Malaysia...

Family Mart merupakan kedai serbaneka kedua terbesar selepas 7 eleven...



Kengkawan kalau ada jumpa iklan  Family Mart Launch menari-nari tergedik-gedik kat blog Kisah Hidup Ku dan Jom Bercontest boleh ler klik, untuk yang berminat jer tau... Tiada paksaan, tak mo pun tak pe lah... Sob... Sob... Sob... 

Terima kasih #nuffnang
#familymart #familymartmalaysia
#familymartlaunch
#kedaiserbaneka #conveniencestore
#kisahhidupku #jombercontest
#reviewproduct