Search This Blog

CPUV NUFFNANG #111 | RED BULL MALAYSIA

Kisah bulan lepas yang masih belum dicoretkan... Alhamdulillah dalam pada nak merajuk dengan #nuffnang... Dapat pula kempen baru... Kali nie daripada RED BULL MALAYSIA... 

Rase nyer semua orang tau kut apa itu Red Bull... Secara ringkas nyer RBM menghasilkan minuman tenaga... Aku rase dalam banyak2 minuman tenaga kat Malaysia nih,  jenama Red Bull yang paling terkenal... 
Red Bull Energy Drink is appreciated worldwide by top athletes, students, and in highly demanding professions as well as during long drives

Antara produk keluaran Red Bull Malaysia...

Kengkawan kalau ada jumpa iklan RED BULL MALAYSIA menari-nari tergedik-gedik kat blog Kisah Hidup Ku dan Jom Bercontest boleh ler klik, untuk yang berminat jer tau... Tiada paksaan, tak mo pun tak pe lah... Sob... Sob... Sob... 

Terima kasih #nuffnang
#redbull #redbullmalaysia
#kisahhidupku #jombercontest
#reviewproduct

Terima kasih kengkawan ...
Alhamdulillah ...

TAZKIRAH JUMAAT #66 | HARTA ANAK YATIM

Al-'An`ām:152

"Dan janganlah kamu hampiri harta anak yatim melainkan dengan cara yang baik (untuk mengawal dan mengembangkannya), sehingga ia baligh (dewasa, serta layak mengurus hartanya dengan sendiri); dan sempurnakanlah segala sukatan dan timbangan dengan adil". 

Kami tidak memberatkan seseorang dengan kewajipan melainkan sekadar kesanggupannya.

"dan apabila kamu mengatakan sesuatu (semasa membuat apa-apa keterangan) maka hendaklah kamu berlaku adil, sekalipun orang itu ada hubungan kerabat (dengan kamu); dan perjanjian (perintah-perintah) Allah hendaklah kamu sempurnakan. Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu beringat (mematuhiNya)"

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN 2016


Satu lagi entry tertangguh aku yang rajin sangat nie... Bukan tujuan untuk menunjuk-nunjuk... Sekadar untuk kenang-kenangan ... Dan sebagai pembakar semangat anak-anak untuk masa akan datang... 

Majlis dimulakan dengan persembahan oleh pelajar-pelajar prasekolah... Hebat dia orang nie... Kecik-kecik dah dapat buat persembahan atas pentas... 

Diikuti oleh persembahan angklung oleh pelajar-pelajar SKGS... Terpegun tengok persembahan bebudak nie... Bila masa lah dia orang nie berlatih... Pelbagai lagu dipersembahkan... 

Majlis pun bermula... Princess dapat hadiah... 

Banyak jugak hadiah tahun nie... 

Abang Ngah sedang menunggu giliran... Happy sungguh dia... 

Tu dia dapat hadiah dah... 

Alhamdulillah... Semoga terus istiqamah... Semoga teruskan usaha agar lebih berjaya... Jauh lagi perjalanan... 

Nie hadiah yang Abang Ngah dapat... 

Actually Abang Ngah dapat no.1 dalam kelas 4B... Next year masuk 5A... 

Nie plak hadiah yang Kakak dapat... Suka dia dapat kamus j-Qaf tu... Semoga digunakan dengan bermanfaat... 

Fatiha plak dapat markah terbaik subjek Bahasa Arab untuk Tahun 2... 

Alhamdulillah sekali lagi... Semoga prestasi dapat ditingkatkan lagi untuk tahun-tahun seterusnya... Terima kasih Cikgu2 SKGS...