Search This Blog

Majlis Persandingan Najwa & Luqman ...

Sabtu, 29 Mac 2014 ...
Berlansunglah Majlis Persandingan anak sedara aku nih ...
Majlis berlansung di Kompleks Muhibbah, Taman Industri Bolton, Batu Caves ...
Dekat jer ngan rumah dia orang ...
Aku sekeluarga sampai agak awal, 
kami lepak2 jer dulu sementara menunggi ahli keluarga yang lain sampai ...
Alhamdulillah majlis berlansung dengan meriah ...

Danial

Fatiha

Aku ngan Putra ...

Menyambut tetamu yang hadir sambil bergambar ...
Susah nyer lah bile nak bergambar ...

Tengok tu ntah bile2 lah nak ready ...

Ade jer yang tak cukup ...

Putra makan ape tu ???

Aku & Andak bergambar di meja pengantin ...

Flower girls di pelamin ...

Pengantin ngan adik nyer ...

Pengantin tak sabar dah tu ...

Pengantin ngan flower girls tengah tunggu pengantin lelaki  ...

Pengantin senyum comel dah ... 
Flower girls tak mo senyum plak ...

Haaa ... Sampai pun ...

Pasangan pengantin di pelamin ...

Makan time ... Pengantin dah lapo tu ...

Eh ... Nak minum pun sempat posing lagi pengantin nie ...

BigBoss & Alang

Lame nyer BigBoss makan ...

Masa nie tetamu dah tak ramai ...
Bergambar beramai-ramai bersama Tok ...

Yang lelaki pun nak bergambar ngan tok juge ...

Keluarga pengantin perempuan ...
Aiman mana ???

Tertido dah Putra ...
Sebaik stroller nie ada dalam kereta kalau tak jenuh nak memangku ...

Aina

Aishah

Nak bergambar kat bunga lak anak dara nih ...

Suke ler tu dapat aiskrim ...

Adawiyah & KakCik Yani

Karok ...
Masa nie tetamu dah tak de ...

Majlis Pertunangan

p/s :- Maaf yer kengkawan ... Gambar terpaksa dikecil demi menjimatkan ruang dan masa ...

Majlis Akad Nikah Najwa & Luqman

Malam Jumaat, 28 Mac 2014 maka tercipta lah satu lembaran baru buat mereka berdua ... Akad nikah merupakan syarat wajib dalam proses atau upacara perkahwinan menurut Islam. Alhamdulillah, ijab qabul hanya sekali lafaz sahaja ... Semoga kekal sampai bila-bila ... Till jannah orang sekarang kate ...

 Semoga Bahagia ...

Lama pengantin bersalam ...

Pakai gelang "bling bling" ...

 Sarung cincin plak ...

 Senyum dah ... Siang tadi tak lalu makan ...

 Hantaran untuk pihak lelaki ...

Hantaran untuk pihak perempuan ...

Alhamdulillah ...
Setelah setahun penantian ...


Luahan Isteri Pramugara MH370

Sebenar nyer macam malas dah nak tulis or baca kisah nie .... Lagi layan lagi ler sedih pilu dibuat nyer ... Tapi tak leh ler, mesti nak jugak baca ... Nak jugak dengar ... Mohon maaf jikalau video yang diupload ini salah disisi undang2 atau mengganggu emosi mana2 pihak ... Tujuan video ini diupload adalah kerana ingin berkongsi kesedihan yang sedang kita hadapi.


Manusia merancang, Allah juga merancang, Sesungguhnya perancangan Allah yg terbaik ... Semoga keluarga mangsa redha dan tabah menghadapinya ... Akhirnya ‪#‎MH370‬ pergi jua ... Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un ... Semoga roh mereka2 ditempatkan dikalangan orang yang beriman ... Al-Fatihah ... ‪#‎TragediMH370

p/s :- sedih siot ... meleleh airmata aku ...

WordLESS Wednesday - 25


Tragedi MH370



Manusia merancang, Allah juga merancang, Sesungguhnya perancangan Allah yg terbaik ... Semoga keluarga mangsa redha dan tabah menghadapinya ... Akhirnya ‪#‎MH370‬ pergi jua ... Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un ... Semoga roh mereka2 ditempatkan dikalangan orang yang beriman ... Al-Fatihah ... ‪#‎TragediMH370


PM STATEMENT ON MH370 – 24/03/14

This evening I was briefed by representatives from the UK Air Accidents Investigation Branch (AAIB). They informed me that Inmarsat, the UK company that provided the satellite data which indicated the northern and southern corridors, has been performing further calculations on the data. Using a type of analysis never before used in an investigation of this sort, they have been able to shed more light on MH370’s flight path.

Based on their new analysis, Inmarsat and the AAIB have concluded that MH370 flew along the southern corridor, and that its last position was in the middle of the Indian Ocean, west of Perth.

This is a remote location, far from any possible landing sites. It is therefore with deep sadness and regret that I must inform you that, according to this new data, flight MH370 ended in the southern Indian Ocean.

We will be holding a press conference tomorrow with further details. In the meantime, we wanted to inform you of this new development at the earliest opportunity. We share this information out of a commitment to openness and respect for the families, two principles which have guided this investigation.

Malaysia Airlines have already spoken to the families of the passengers and crew to inform them of this development. For them, the past few weeks have been heartbreaking; I know this news must be harder still. I urge the media to respect their privacy, and to allow them the space they need at this difficult time ...

PRK DUN KAJANG ...

Alhamdulillah ... Manusia merancang, Allah juga merancang, Sesungguhnya perancangan Allah yg terbaik ...

Keputusan rasmi:
Pakatan Rakyat (KEADILAN) - 16,741
Barisan Nasional (MCA) - 11,362
Majoriti: 5,379


Ya Allah ... Kau permudahkanlah urusan mencari dan menyelamat ‪... Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un ... ‪#‎PrayForMH370

Maaf Kengkawan ...

Bersawang dah blog ... Lame nyer tak update cerita ... Ada yang nak dicerita tapi masih belum bersedia ... Lately nie sibuk skit ... Harap2 bersabar, cite masih berkisar tentang anak2 ... Manusia merancang, Allah juga merancang, Sesungguhnya perancangan Allah yg terbaik ...

Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un ... Ya Allah ... Kau permudahkanlah urusan mencari dan menyelamat ‪...

‪#‎PrayForMH370 - Day15

Raja Bomoh Marah Khairy Jamaluddin ...

Sekelip mata jer Allah s.w.t leh tarik segala ape yang diberi pinjam .... 
Ilmu yang ada pun Allah s.w.t yang bagi .... 
Harta pun Allah s.w.t yang bagi .... 
Hmmm ...



Takbur sungguh ... Riak sungguh ...
 Raja Bomoh cakap dia orang Barisan Nasional ...
Dengar nama-nama yang disebut ...

Raja Bomoh ...


Sedang satu dunia sedang sibuk mencari #MH370 ... Tetiba ada lak muncul "Raja Bomoh" ... Malu weii ... Obama tengok tak pe lagi ... Allah s.w.t tengok jer tu ... Hindari khurafat & syirik ...
#PrayForMH370

KENYATAAN MEDIA

KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
BERKENAAN PENGHARAMAN PENGGUNAAN KHIDMAT BOMOH YANG BERTENTANGAN SYARAK DALAM PENCARIAN MH370

Terlebih dahulu marilah sama-sama kita menginsafi bahawa sesungguhnya kekuasaan ALLAH meliputi semua ciptaanNya. Apabila Allah menghendaki sesuatu, maka Dia hanya memerintahkannya sahaja, begitulah hebatnya kekuasaan ALLAH SWT. Sebagai manusia yang diciptakan olehNya, Dia menguji kita dengan pelbagai ujian demi untuk kesempurnaan manusia itu sendiri. Allah tidak akan menguji manusia di luar kemampuannya. DIA menguji kita dengan pelbagai dugaan dalam taraf kemampuan manusia dan setelah disediakan dengan segala alat kelengkapan pada diri manusia itu sendiri.

JAKIM menyelar usaha pihak-pihak yang mendapatkan khidmat bomoh dalam usaha pencarian pesawat MH370 yang secara jelas adalah bertentangan dengan Islam. Hukum mengamalkan pengubatan alternatif atau kaedah perbomohan adalah harus di dalam Islam namun mestilah tidak bertentangan dengan syarak. Jakim telah terlebih dahulu mengeluarkan Garis Panduan Perbomohan Menurut Islam untuk diteliti dan difahami oleh masyarakat dan ia boleh diakses melalui laman web Jakim di www.islam.gov.my.

Walaupun kita amat sedih dengan ujian yang sedang menimpa kita. Tatkala pelbagai usaha yang telah kita lakukan oleh pihak berkuasa dan dengan pelbagai jenis teknologi dan aset sama ada dari negara kita dan dari negara-negara luar yang sudi menghulurkan tangan, kita masih menemui jalan buntu tanpa sebarang petunjuk dalam tempoh 3 hari ini. Namun kita tidak boleh berputus asa dan wajib terus memohon pertolongan Allah swt.

Dalam satu Mesyuarat panel Kajian Akidah Jakim pada 22 hingga 23 November 2004 telah memutuskan bahawa rawatan perbomohan Ibrahim Mat Zin adalah bercanggah dengan aqidah Islam kerana mengandungi unsur-unsur syirik, khurafat serta penipuan. Jika dilihat dari sudut alat-alat yang digunakan beliau pula menggambarkan bahawa bahawa Raja Bomoh ini menggunakan unsur khurafat dan tahyul yang ditolak dalam Islam. Panel menjelaskan bahawa Islam adalah saintifik dan menolak segala perbuatan tahyul dan khurafat.

Mana-mana pihak juga adalah dilarang mengelirukan masyarakat dengan penggunaan kalimah arab sebagai cara untuk menunjukkan ia adalah bertepatan dengan syarak sedangkan hakikatnya pengamalan, bacaan dan prosedur yang digunakan adalah jelas bertentangan dengan syarak.

Sehubungan dengan itu, saya mengingatkan semua msyarakat khasnya umat Islam agar tidak terpengaruh dan/atau mengamalkan upcara perbomohan yang jelas bertentangan dengan Islam. Ia bukan sahaja satu usaha yang sia-sia malah boleh mengundang kemurkaan Allah swt.

Umat islam harus menyakini bahawa ALLAH SWT adalah sebaik-baik tempat bergantung dan bertawakkal. Setelah segala usaha pencarian dengan upaya manusia melalui ilmu sains, kepakaran dan teknologi sedang giat dijalankan maka kita sebagai hamba Allah harus terus berdoa bermohon kepada Allah yang maha Kuasa. Saya yakin kita akan berjaya temui petunjuk terhadap misteri kehilangan pesawat ini atas izinNya jua.
Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK AGAMA DAN NEGARA

‘Saya Yang Menurut Perintah’

DATO’ HAJI OTHMAN BIN MUSTAPHA
12 Mac 2014










Gambar Edit ...
Sumber Gambar :










WordLESS Wednesday - 24

Kapten Norudin Abd Majid #PrayForMH370



Doa orang-orang yang soleh dan ahli keluarga ....

Dah nak masuk hari ke-4 ... Ya Allah ...
Kau permudahkanlah urusan mencari dan menyelamat ‪... 
Manusia merancang, Allah juga merancang, 
Sesungguhnya perancangan Allah yang terbaik ...
Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un ... ‪#‎PrayForMH370‬