Search This Blog

Bantuan Untuk Gaza

Allahuakbar... Ya Allah bantulah mereka2 yang dizalimi ...
Bantuan diperlukan segera ...Bantuan Untuk GazaIni antara yang aku tahu ler ...Mari ler kita sama-sama membantu mereka nih, Tak banyak, sikit pun jadilah ...

Muslim Care

HALUAN

Aqsa Syarif

Photo: Jom Shooping " Membeli Sambil Menderma Untuk Palestin " di Kedai Amal Aman Palestin Berhad sepanjang Ramadhan ini. Jangan lupa LIKE FB : Kedai Amal Aman Palestin Berhad https://www.facebook.com/pages/Kedai-Amal-Aman-Palestin-Berhad/345786525523151?ref=ts&fref=ts. Selain anda memberi bantuan kewangan, anda juga boleh membeli produk-produk Aman Palestin sambil menderma & beramal. Lantas pahala pun berganda di Bulan yang penuh barakah ini. Jadi, Ayuh ramai-ramai kita serbu ke Kedai Amal Aman Palestin Berhad. Dapatkan produk-produk Aman Palestin di Pejabat Aman Palestin disetiap negeri & Kedai Amal yang dinyatakan dibawah :-  Zon Utara 1. Kedai Amal Aman Palestin Cawangan Pulau Pinang. 2. Kedai Amal Aman Palestin Cawangan Kedah. 3. Kedai Amal Aman Palestin Cawangan Perak.  Zon Tengah 1. Kedai Amal Aman Palestin Berhad di Putra Kajang,Selangor. (HQ)  Zon Pantai Timur 1.Kedai Amal Aman Palestin Berhad Cawangan Pahang.  <strike>-------------------------------------</strike> Kedai Amal Aman Palestin Berhad No.2-G, Jalan Putra Kajang 6, Taman Putra Kajang 6, Taman Putra Kajang,43000 Kajang,Selangor. H/P : 012 6651536 | 019 6551536 (Whatsapp) Email : Kedaiamal.ap@gmail.com Layari : www.amanpalestin.net  " Keikhlasan Anda, Ketelusan Kami "
Aman Palestin

PAS

BABY FOUND ALIVE UNDER RUBBLE


Sebak aku nengok video nih ...
Semoga mereka2 yang membantu baby nih sentiasa diberkati ...
Kuasa Allah ... Dia yang menghidup dan mematikan kita ...

Post by Karim Metwaly.

Doa Untuk Gaza ...


Aman Palestin
Kenyataan Media
Tabung Kecemasan Gaza 2014

Aman Palestin BerhadPendahuluanFirman Allah swt di dalam Al-Quran:“Diizinkan berperang bagi orang-orang (Islam) yang diperangi (oleh golongan penceroboh), kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya; dan sesungguhnya Allah Amat Berkuasa untuk menolong mereka (mencapai kemenangan).” (Surah Al-Hajj: ayat 39)Sabda Nabi Muhammad saw, “Barangsiapa yang tidak ambil berat dengan urusan muslimin, maka dia bukanlah tergolong di kalangan mereka.” (Hadith Riwayat Al-Hakim)KronologiDr Mousa Abu Marzook, Timbalan Ketua Biro Politik Gerakan Perlawanan Islam (Hamas) mendedahkan Israel mula terancam dengan persefahaman dan pembentukan kerajaan perpaduan Palestin yang menyatukan Hamas dan Fatah yang merupakan sekutu lama Israel. Ini bermakna Israel hilang ‘teman rapat’ yang selama ini melaksanakan perancangan Israel dalam menghalang kebangkitan rakyat Palestin. Kini, Fatah berdiri bersama kebangkitan rakyat Palestin.Kemudian, kita dikejutkan dengan kes kehilangan dan penculikan tiga orang askar muda Israel. Pihak Palestin menafikan sebagai pihak yang bertanggungjawab di sebalik penculikan tersebut. Di sepanjang operasi mencari tentera-tentera yang hilang tersebut, ramai rakyat Palestin menjadi mangsa kekejaman Israel termasuk ditangkap, dibelasah dan dibunuh tanpa sebarang sebab yang jelas.
Seorang kanak-kanak Palestin, Mohammed Abukhdeir diculik dan dibunuh oleh seorang rabbi Yahudi bersama beberapa orang pelampau lain. Mohammed telah dibakar sehingga mati. Pembunuhan ini telah membangkitkan kemarahan seluruh rakyat Palestin.Rentetan peristiwa-peristiwa ini, Zionis Israel mengisytiharkan tindakan ketenteraan baru ke atas gerakan rakyat Palestin terutamanya di Tebing Barat. Di dalam tekanan-tekanan politik tidak berperikemanusiaan ini, penentangan rakyat Palestin telah mengejutkan semua pihak dengan memulakan serangan roket ke arah Israel sebelum mereka sempat mengambil langkah awal memulakan serangan ke atas penentangan rakyat Palestin. Di peringkat awal serangan, sejumlah 150 roket telah dilepaskan ke arah Israel dalam tempoh 24 jam sahaja. Serangan-serangan telah disasarkan ke Eshkalon, Rahat, Be’er Sheba, Sheifot dan Natifot. Bahkan kali ini, banyak roket-roket dari Gaza dilaporkan mencapai ke Kota Al-Quds. Dilaporkan sistem pertahanan anti-roket milik Israel yang dikenali sebagai Iron Dome hanya dapat menangkis kira-kira 25% sahaja daripada jumlah roket yang dilepaskan. Rentetan serangan ini, berpuluh-puluh ribu rakyat Israel terpaksa lari meninggalkan penempatan mereka di bahagian selatan menuju ke bahagian utara Israel.Dalam masa yang sama, kebangkitan rakyat Palestin berlaku di seluruh tempat lain termasuk Tebing Barat, kota Al-Quds, kawasan Palestin 1948 dan kem-kem pelarian Palestin di Lubnan. Pertempuran di antara pemuda-pemuda Palestin bersenjatakan batu-batu, mercun dan Molotov cocktail telah merumitkan pertahanan Israel.Di antara usaha Israel untuk mengekang kebangkitan rakyat Palestin atau dikenali sebagai Intifadhah Ketiga ini adalah dengan menangkap dan menembak pemuda-pemuda Palestin yang turun ke jalanan menggunakan peluru-peluru getah dan bom pemedih mata.Dilaporkan serangan udara rejim Zionis ke atas Gaza telah mengakibatkan 11 orang terkorban termasuk lelaki, wanita, golongan tua dan kanak-kanak. Manakala 6 lagi mengalami kecederaan.Sekali lagi, Israel telah menunjukkan wajahnya yang sebenar dengan membunuh orang awam, mengembom rumah-rumah kediaman dan ladang pertanian rakyat Gaza yang tidak langsung mempunyai sebarang kaitan dengan apa-apa aktiviti ketenteraan. Beberapa buah rumah dilaporkan hancur dibom termasuk di Rafah di selatan Gaza, Khanyounis dan bandar Gaza di bahagian tengah Gaza, Bait Hanoun dan Hayy Zaytoun di bahagian utara Gaza.Tindakan PraktikalDi antara langkah praktikal untuk menghadapi isu ini, Aman Palestin mencadangkan agar suatu tekanan politik melalui kerajaan Malaysia ke atas Kedutaan Amerika Syarikat agar Israel menghentikan serangan ke atas Gaza. Tekanan politik juga harus dikenakan ke atas kerajaan Mesir melalui kedutaan besarnya agar segera membuka pintu Sempadan Rafah dan memberikan laluan untuk bantuan kemanusiaan sampai ke Gaza.Kami mengajak rakan-rakan media untuk memainkan peranannya sebaik mungkin dalam menyampaikan maklumat berkenaan apa yang berlaku seterusnya mendidik masyarakat memahami konflik ini dengan jelas.Di kesempatan ini juga, saya ingin mengumumkan pelancaran Tabung Kecemasan Gaza 2014 Aman Palestin, tabung khas untuk mengumpulkan dana untuk disalurkan kepada mangsa perang di Palestin dalam bentuk bantuan kemanusiaan merangkumi bekalan makanan, ubat-ubatan dan lain-lain. Aman Palestin mensasarkan kutipan berjumlah RM 5 juta untuk tujuan tersebut.Orang ramai boleh menyalurkan sumbangan masing-masing melalui mana-mana akaun Aman Palestin yang boleh didapati di laman web&nbsp;www.amanpalestin.net&nbsp;atau di laman Facebook rasmi (www.facebook.com/AmanPalestinOfficial). Sumbangan yang disalurkan melalui Aman Palestin layak menerima cukai pendapatan. Sumbangan terkumpul ini akan disalurkan secara terus ke Pejabat Aman Palestin di Gaza. Pegawai-pegawai Aman Palestin di Gaza akan melaksanakan tanggungjawab mengagihkan sumbangan tersebut kepada pihak-pihak yang memerlukan.
Aman Palestin menyeru umat Islam untuk turut mengejar peluang menggandakan pahala amalan di bulan Ramadhan dengan menginfakkan harta yang dimiliki dalam usaha membebaskan Masjid Al-Aqsa dan seluruh bumi Palestin.Sekian, terima kasih.
Disediakan oleh,
Awang Suffian Awang Piut
Ketua Pegawai Eksekutif,
Aman Palestin Bhd.
Tarikh: 8 Julai 2014, bersamaan 10 Ramadhan 1435H



Final World Cup 2014


Final World Cup 2014 

Germany vs Argentina
14 Julai 2014
 0


Tempat Ketiga

Brazil vs Netherlands
13 Julai 2014
0 – 3



Kepada peminat-peminat bola ... Korang-korang sokong mana ? Korang rase sape menang tahun nie ??? Berdebar-debar tak korang ??? Bola, bola juge jangan tak sahur udah ler ...

Jadual Perlawanan & Keputusan Peringkat Suku Akhir / Quarterfinals Piala Dunia FIFA 2014


Jadual Perlawanan & Keputusan Peringkat Separuh Akhir / Semifinals Piala Dunia FIFA 2014

#‎PrayForGaza‬
‪#‎GazaUnderAttack
‪#‎SaveGaza‬

Selamat Hari Lahir Eryna Zulaikha ...


Hehehe ... Nie anak sedara aku ... Umur die genap empat tahun ari nih ... Duduk jauh nun di Penang ....

Mak Ngah nak ucapkan Selamat Hari Lahir buat Eryna ... Semoga sentiasa sihat n ceria ... Semoga menjadi anak yang solehah bila besar nanti ... Jangan nakal2 ... Dengar cakap mommy n papa ... 

Ya Allah, Kau terangilah hati anak ini dalam mendalami ilmu dunia dan akhirat ... Kau jadikanlah dia anak yang solehah, yang menjaga solat dan agamanya ... Yang menjaga kebajikan kedua ibu bapanya ... Yang menjaga kebajikan mereka yang memerlukan ... Tidak sombong dan pandai menjaga diri ... Ameen ...

WordLESS Wednesday - 36

#PrayForGaza #GazaUnderAttack




Yassin dah takde ...

Manusia merancang, Allah juga merancang, Sesungguhnya perancangan Allah yg terbaik ... Semoga keluarga redha dan tabah menghadapinya ... Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un ... 
Al-Fatihah ...

Adoiii lah ... Kejadian menyayat hati petang tadi ... Yassin dijumpai mati di celah-celah pasu mak aku ... Aku plak yang nampak tu ... Merembes jugak air mata aku ... Nak kata aku suka sangat ngan kucing, tak de lah pulak ... Tapi terasa lah kehilangan ... Yassin nih, BigBoss bawak balik dari mana ntah, dia jumpa kat kedai makan ... Memang saje tak bela dalam sangkar, bagi bebas kuar masuk rumah ... Yassin nih aku rase xde lah tua sangat, so memang rajin merayap ... Pernah tu sebulan hilang tak balik rumah ... Ehh, tak lama lepas tu muncul balik ... Bebudak nie pun dah suke, Kadang-kadang tu tido same-same ...

Punca kematian tak diketahui ... Dua tiga hari nie, seperti biasa hilang tak balik umah ... Semalam mak aku kate ade kat bawah penyidai ... Aku pie cari xde plak ... Pagi tadi ada plak bawah kete ... BigBoss start kete, dia tak lari pun ... BigBoss angkat and letak kat depan rumah mak aku ... Kurus ... Tak bermaya ... Tak aktif ... Mengiau pun tak kuat ... Tapi tak de kecederaan luaran ... Aku try bagi susu ... Minum ler skit ... Peh tu aku buat tugasan2 aku seperti biasa ... Tak lama tu tengok hilang balik ...

Petang tu lepas berjalan menjamu mata di Bazar Ramadhan, aku perhati kan sekeliling halaman rumah mak aku, and nampak Yassin di celah-celah pasu ... Aku agak dah mati coz kepala terkulai and ada kesan berair kat lantai tu ... Bila BigBoss angkat, nak tanam lah kan, ada sedikit kesan muntah berwarna hijau ... Menangis aku tengok Yassin dah keras cam tu ...  Ramai kengkawan yang cakap kemungkinan keracunan or kena racun ... Wallahua'lam ... And aku tak sampai hati nak tengok majlis pengkebumian tu ... Sampai skang pun aku rase sebak bila nak tulis entry nih ...

Pemergian Yassin di bulan mulia, 10 Ramadhan ... Semoga damai di sana ...

Kebetulan plak ada tetamu tak diundang malam nie ...

Jadual Perlawanan & Keputusan Peringkat Separuh Akhir / Semifinals Piala Dunia FIFA 2014



9 Julai 2014

Brazil 1 - 7 Germany
                                                                                    Thomas Müller 11'
                                                                                    Miroslav Klose 23'
                                                                                    Toni Kroos 24'
                                                                                    Toni Kroos 26'
                                                                                    Sami Khedira 29'
                                                                                    André Schürrle 69'
                                                                                    André Schürrle 79'
                                                    Oscar 90'

Germany menang besar perlawanan tadi ... Mesti ramai fans Brazil yang kecewa dan pelik ... Kekalahan yang agak memalukan sebagai tuan rumah ....


10 Julai 2014

Netherlands 0 - 0 Argentina 
(Argentina win 4-2 on penalties)

Argentina celebrate victory in the shoot-out.

Kepada peminat-peminat bola ... Korang-korang sokong mana ? Korang rase sape menang tahun nie ??? Berdebar-debar tak korang ??? Bola, bola juge jangan tak sahur udah ler ...


Jadual Perlawanan & Keputusan Peringkat Suku Akhir / Quarterfinals Piala Dunia FIFA 2014





Terima Kasih En.Sumber

Setelah Seminggu Berlalu ...

Dah seminggu kita semua umat Islam menjalani ibadah puasa ... Bermacam-macam dugaan dan cabaran perlu dilalui ... Mungkin bagi kita yang dewasa nih tak ler sesusah mana, tapi bagi kanak-kanak or mereka2 yang baru nak belajar puasa, ia merupakan satu cabaran buat mereka ...

Sian Abang Ngah ...

Tahun nie kita berpuasa dalam cuaca yang amat panas, fenomena el-nino kate bijak pandai ... Aku yang tua bangka nie pun terasa kan bahang nyer ini kan pula budak2 ... Sian ker Danial dan Fatiha, Luqman ok dah ... Danial yang baru nak belajar berpuasa nie, dah ler memang kuat minum air, so dia nampak agak tertekan skit ... Fatiha plak pose sekerat hari jer, balik tadika mintak nak berbuka ... Hehehe ...

Fatiha bukak pose Di waktu lunch ...

Ini lah cabaran paling besar bagi aku ler untuk pose kali ini ... Nak mengajar & melatih mereka berdua nih berpuasa ... Huisshhh, mencabar sungguh, perlu tahap kesabaran yang tinggi ... Nak kejut SAHUR ... Nak tunggu masuk waktu ... Hmmm ... Pose, pose juge ... Solat jgn lupe yer anak2 ... Insyaallah, berkat kesabaran korang berjaya lah nanti ...

Nie pengacau setia waktu berbuka & sahur ... Huru-hara dibuat nyer ...

Semoga Allah s.w.t mempermudahkan urusan aku untuk mendidik ... Semoga anak2 aku diberi jiwa yang kental untuk menghadapi sebarang ujian, cabaran mahupun masalah ...

Ameennn ...

p/s : Korang2 ade tak tips cam ner nak mendidik, mengajar & melatih anak2 berpuasa ... ?

Datuk Sharifah Aini Meninggal Dunia


Biduanita negara, Datuk Sharifah Aini atau lebih mesra dengan panggilan Kak Pah telah meninggal dunia awal pagi Sabtu (5 Julai 2014) di Pusat Perubatan Pakar Damansara.

Allahyarham yang berusia 61 tahun menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 1.26 pagi akibat jangkitan pada paru-paru.


Manusia merancang, Allah juga merancang, Sesungguhnya perancangan Allah yg terbaik ... Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang beriman ... Semoga keluarga redha dan tabah menghadapinya ...

Jadual Perlawanan & Keputusan Peringkat Suku Akhir / Quarterfinals Piala Dunia FIFA 2014

 

Peringkat Suku Akhir / Quarterfinals Piala Dunia FIFA 2014

5 Julai 2014

France 0 - 1 Germany


5 Julai 2014


Brazil 2 - 1 Colombia


Diberitakan Neymar mengalami patah tulang .... Rase nyer tak dapat main World Cup 2014 dah kot ... Mesti amek masa kan ... Sian nyer lah ... Dah ler prestasi tengah mencanak-canak ...




6 Julai 2014

Argentina 1 - 0 Belgium


6 Julai 2014


Netherlands 0 - 0 Costa Rica
(Penalti 4 - 3)

Kepada peminat-peminat bola ... Korang-korang sokong mana ? Korang rase sape menang tahun nie ???


Terima Kasih En.Sumber

TAZKIRAH JUMAAT #15 : FADHILAT TARAWIKH

Gambar ihsan Google
Sekarang nih semua umat Islam sedang  menjalani ibadah puasa ....  Maka hampir setiap malam semua sibuk menunaikan solat terawikh ... Umat Islam digalakkan supaya rajin menunaikan terawikh ... Maka keluar lah fadhilat tarawikh bermula dari malam pertama sampai ler malam terakhir ... Bermacam-macam hadis lah plak yang keluar .... Korang sedar tak mende tu semua palsu .... Meh baca kat bawah nie untuk tambah ilmu ...
********************
Apabila tiba bulan Ramadhan, ramai yang ghairah dalam melakukan sebarang ibadah yang menjamin habuan ukhrawi kelak. Di mana pahala yang akan digandakan, ibadah sunat dibuat akan mendapat ganjaran seperti ibadah wajib dan ibadah wajib pahalanya akan digandakan 70x ibadah fardhu. Hal ini ada dinyatakan dalam sebuah hadis yang bermaksud
Daripada Salman r.a. ia berkata: ”Telah berkhutbah Rasulullah S.A.W. pada hari terakhir bulan Syaaban dan sabdanya:- “Wahai manusia sesungguhnya telah datang kepada kamu satu bulan yang agung lagi penuh keberkatan (bulan Ramadan) iaitu bulan yang ada padanya satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, bulan yang Allah jadikan berpuasa padanya suatu kewajipan dan berqiamullail (beribadat pada malam-malamnya) sebagai amalan sunat. Sesiapa yang mendekatkan dirinya kepada Allah pada bulan itu dengan melakukan amalan kebajikan (amalan sunat) maka ia mendapat pahala seperti melaksanakan perintah yang wajib dan sesiapa yang melakukan suatu amalan yang wajib pada bulan Ramadan maka ia mendapat pahala seperti orang yang melakukan tujuh puluh (70) amalan fardhu.” [Riwayat Imam Baihaqi]
 Hal ini juga menggalakkan kita semua untuk meraih, mengutip dan mencari pahala-pahala dalam bulan ramadhan ini dan melatih diri untuk membina taqwa yang mantap. Barang siapa yang mampu memanfaatkan ramadhan dengan bersungguh-sungguh, insya Allah mereka akan memperoleh taqwa yang dicari. Hal ini berlandaskan dalil firman Allah S.W.T: “ Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “ – (Surah Al-Baqarah: 183)
Namun, dalam keghairahan kita memburu amalan-amalan yang mampu menempah tiket kita untuk ke syurga, kita alpa dan cuai dalam menyebarkan satu perkara. Iaitu menyebarkan perkara yang dusta.
Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda berkenaan dengan fadilat sembahyang Tarawih pada bulan Ramadan antaranya:
Malam Pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah Taala).
Malam Keempat: Mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
Malam Keenam: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul-Ma`mur (sebanyak 70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah akan mendoakan supaya Allah mengampuni dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.
Malam Ketujuh: Seolah-olah dia dapat bertemu serta menolong Nabi Musa A.S. menentang musuh ketatnya Firaun dan Haman.
Malam Kelapan: Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim A.S.
Malam kesembilan: Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.
Dan kelebihan-kelebihan seterusnya sehingga sampai kemalam yang ke-tiga puluh
Namun begitu setelah diajukan pertanyaan kepada beberapa tokoh agama tanah air mengenai kedudukan hadis ini, dari manakah ianya diambil, semuanya tidak dapat memberikan penjelasan. Dan setelah diteliti dalam kitab induk hadis seperti Sunah Sittah dan lain-lain kitab hadis lagi, ianya tidak ditemui. Begitu juga dalam kitab-kitab hadis palsu (maudhu`aat) sendiri pun tidak didapati hadis ini. Ini menunjukkan bahawa hadis ini merupakan satu hadis yang baru diada-adakan sehingga ulama-ulama hadis dahulu yang menulis tentang hadis maudhu` pun tidak mengetahui akan wujudnya hadis ini. Kita tidak menafikan kelebihan sembahyang Tarawih dan kedudukannya dalam sunnah. Namun begitu kita tidak mahu umat Islam tertipu dengan berbagai-bagai janji palsu yang menyebabkan umat Islam mengerjakan amalan kebaikan dengan mengharapkan sesuatu yang sebenarnya tidak akan diperolehinya. Dengan tersebarnya hadis-hadis palsu seumpama ini juga akan mencemarkan kesucian hadis Rasulullah s.a.w. yang dipelihara dengan dengan begitu baik oleh ulama kita dahulu.
Rasulullah S.A.W. telah pun memberikan amaran terhadap orang-orang yang mengadakan pendustaan atas namanya dengan ancaman yang berat sebagaimana sabdanya: Barang siapa sengaja mengadakan dusta atas namaku maka hendaklah dia menyediakan tempatnya dalam neraka. (Bukhori, Muslim)
Hadis ini diriwayatkan dengan banyak sekali sehingga sampai keperingkat Mutawatir. Ancaman ini merangkumi segala jenis pendustaan keatas Nabi S.A.W. sama ada dengan maksud memberi galakan supaya rajin beramal ibadat ataupun ancaman supaya menjauhi segala larangan Allah (targhib dan tarhib).
Mulla Ali Qari dalam Al-Asrarul-Marfu’ah selepas membawakan lebih dari seratus riwayat hadis mengenai pendustaan atas nama Nabi Muhammad s.a.w. menukilkan kata-kata Imam Nawawi dalam syarah Muslim. Kata Imam Nawawi: Haram meriwayatkan sesuatu hadis palsu (maudhu`) bagi orang yang mengetahui bahawa hadis itu maudhu` atau dia hanya menyangka hadis ini maudhu`. Siapa yang menceritakan hadis yang dia tahu atau dia sangka bahawa ianya maudhu` serta dia tidak menerangkan keadaannya maka dia termasuk dalam ancaman ini. Katanya lagi, tidak ada perbezaan dalam pengharaman pendustaan atas Nabi Muhammad s.a.w. di antara hadis tentang hukum-hukum dan hadis yang bukan berkenaan dengan hukum seperti hadis yang mengandungi dorongan serta galakan beramal ibadat, hadis-hadis nasihat dan lain-lain. Semuanya haram termasuk dalam sebesar-besar dosa dan sejelek-jelek perkara dengan ijmak ulamak Islam? seterusnya dia berkata: Ulama sudahpun sepakat mengenai haram berdusta atas nama orang-orang biasa. Bagaimana pula dengan orang yang kata-katanya adalah syariat, kalamnya adalah wahyu dan berdusta atasnya adalah pendustaan atas Allah juga. Firman Allah bermaksud: Tidaklah dia mengucapkan mengikut kemahuan hawa nafsunya. Apa yang diucapkan tidak lain melainkan wahyu yang diwahyukan. (An-Najm: 3-4).
Di dalam hadis tersebut nampaknya ada galakan supaya umat Islam rajin untuk melakukan amalan Tarawih dalam bulan Ramadan seperti kita sering dapati hadis ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang sebenarnya hadis itu pun direka atas nama nabi Muhammad s.a.w. seperti contoh satu hadis yang sebahagian darinya berbunyi: Jika seseorang itu meninggalkan sembahyang Zuhur dosanya adalah seperti dia berzina dengan ibunya sendiri. Jika dia meninggalkan sembahyang Asar dosanya adalah seperti meruntuhkan Kaabah.
Adakah tidak cukup dengan janji ganjaran dari Allah bagi orang yang menghidupkan malam Ramadan yang terdapat dalam kitab hadis shahih contohnya hadis yang bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan malam Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu. (Al-Bukhari)
Dan adakah tidak cukup dengan ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang terdapat dalam al-Quran antaranya firman Allah yang bermaksud: Apakah yang menyebabkan kamu dimasukkan ke dalam neraka saqar? Mereka menjawab: Kami dahulu termasuk orang yang tidak mengerjakan sembahyang. (Al-Muddatsir)
Sebenarnya bagi mereka yang suka menghidupkan malam Ramadan tidak mesti dengan adanya hadis rekaan yang seperti ini mereka akan bersungguh-sungguh dalam menghidupkan amalan Tarawih ini. Dan orang yang malas bersembahyang bawalah hadis yang bagaimana teruk sekalipun seksaannya, namun mereka tetap tidak mahu mengerjakannya.
Antara ciri-ciri hadis maudhu`(rekaan) dari segi zahirnya selain dari meneliti sanad perawinya ialah :
1. Kelebihan yang disebutkan menyamai atau mengatasi kelebihan yang terdapat pada para sahabat nabi kita Muhammad s.a.w. atau orang yang berjuang bersama dengan nabi yang lain apatah lagi untuk menyamai atau mengatasi kedudukan nabi-nabi kerana umat yang datang kemudian walaupun setinggi-tinggi wali sekalipun tidak akan dapat mengatasi atau menyamai kedudukan sekecil-kecil sahabat apatah lagi untuk menyamai kedudukan seorang nabi.
2. Kelebihan yang terdapat didalamnya tidak sepadan dengan amalan yang dilakukan sedangkan ia menyalahi apa yang terdapat dalam syariat sebagaimana tersebut dalam Al-Qur’an dan hadis-hadis sahih.
3. Kandungannya serta ertinya rapuh, tidak menyerupai kalam Nabi Muhammad s.a.w. dan lafaznya tidak sesuai keluar dari mulut Nabi seperti yang terdapat dalam hadis-hadis sahih.
4. Dalam sesetengah risalah yang terdapat hadis ini, ianya dimulai dengan “Ya Ali” sedangkan ulama hadis sudah mengatakan bahawa hadis yang dimulai dengan kata-kata ini hanya dua atau tiga sahaja yang sahih. Yang lainnya palsu.
Oleh itu umat Islam sekalian, terutamanya pihak seperti institusi agama di peringkat negeri dan pusat, sepatutnya prihatin terhadap perkara seperti ini demi menjaga kesucian hadis Rasul yang menjadi pegangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Umat Islam janganlah mudah tertipu dengan dakyah palsu yang dikaitkan dengan Rasulullah sedangkan ianya tidak ada hubungan langsung dengan Rasulullah s.a.w. Janganlah sampai masyarakat kita melakukan sesuatu amalan dengan harapan akan mendapat pahala sedangkan sebaliknya dosa besar pula yang diperolehi dengan menyebarkan dan seterusnya beramal dengan hadis-hadis palsu seperti ini.

Petikan dari terbitan dan edaran percuma:

DARUL QURAN WAS-SUNNAH
Lot 1499, Taman Seri Demit, Jalan Sultanah Zainab 2
Kubang Kerian , 16150 Kota Bharu, Kelantan. 

Menerusi laman web JAIS

********************
Harap-harap dalam keghairahan kita semua memburu amalan-amalan yang mampu menempah tiket kita untuk ke syurga, kita tidak alpa dan cuai dengan menyebarkan perkara.-perkara yang dusta ...
Wallhua'lam ...

Sumber:  SiNi 

Munajat Ramadhan

MUNAJAT RAMADHAN…

Ya Allah…ya Rahman…ya rahim…

Dalam dakapan Ramadhan yg suci ini, Dengan rasa rendah diri, Kami yg kerdil dan hina ini memohon doa dgn penuh pengharapan kpdMu ya Allah… semoga Engkau sudi mendengar permintaan kami, krn sesungguhnya Engkaulah Tuhan yg Maha Mendengar.

Ya Fattahu ya alim…
Ajarkanlah kami yg lemah ini utk melihat jln keluar dr semua masalah yg membelenggu kami, bukakanlah hijab kpd kami yg tak mampu melihat setiap kebaikan pd kejadian dan takdirmu. Ya Allah..takdirkanlah yg baik2 utk diri kami, Jgnlah kau menguji kami pd apa yg tidak mampu kami lalui.. Bukakanlah pintu2 rahmatMu utk kami ya Allah…

Ya Allah Rabbul Jalil….
Sejahterakanlah utk kami dgn kesihatan yg baik..supaya dgnnya kami dpt beribadah kpdMu. Ya Allah..ampunkanlah segala dosa kami, krn kami terlalu byk dosa kpdMu ya Allah…Kami lupa akan Engkau ketika sihat, kami ingat pdMu bila ditimpa sakit, Kami lupa kdpMu ketika senang, kami ingat pdMu bila dtg kesusahan. Kami lupa kpdMu disaat kami gembira, Kami ingat kpdMu ketika sedih dan kecewa, Kami habiskan usia muda dgn keseronokan dunia, kami mula mengingatiMu tika usia sdh tua, ..justeru ya Allah...ampunilah semua dosa kami..berilah kekuatan kpd kami utk melawan hawa nafsu dan dunia yg sentiasa mlalaikan kami drp mengingatimu ya Allah…

Ya Allah…ya Rahman..ya Rahim…

Ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami,. setiap titik susu ibu yg mgalir dlm diri kami...kau gantilah dgn kebajikan utknya yg boleh mbawanya ke syurgaMu ya Allah...ya Rahman...pd setiap keringat yg mngalir pd tubuh ayah kami dlm mcari rezki kpd kluarga kami...kau gantikanlah dgn keampunan yg mbawa ke syurgaMu ya Allah. Sesungguhnya pengorbanan mereka tdk akan mampu kami membalasnya. Bahkan terkadang mereka hidup dlm kesusahan dan kesempitan, sdgkan kami berada dlm kesenangan dan kemewahan...Justeru kurniakanlah kpd kedua ibubapa kami tempat yg istimewa d syurgaMu ya Allah…..

Ya Allah….

Kami juga memohon ampun utk kaum kerabat kami, sahabat2 kami dan guru2 kami yg terlebih dahulu pergi meninggalkan kami kealam barzakh…golongkanlah mereka dlm org2 kau redhai…apabila tiba pula giliran kami menuju barzakhMU..maka Kau ambillah kami dlm keadaan yg baik2…dlm keampunan dan rahmatMu ya Allah…

Ya Allah ya azizz…
Kurniakanlah kpd kami jiwa yg tenang dan tenteram…hiasilah hati kami dgn sifat syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab…Kau jauhkanlah drp kami sifat ujub, riak,takabbur, fitnah, mengadu domba, sangka buruk dan khianah.

Ya Rashid…ya rahman…ya Rahim..
Jika ada diklgan kami mereka yg diuji dgn kesusahan, maka kau bantulah mereka, permudahkanlah urusan mereka, jika ada d klgn kami mereka yg bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jln kluar kpd mereka, jika ada d klgn kami sdg berhajat dgn keperluannya, maka tunaikanlah hajat mereka, dan cukupkanlah keperluan mereka, jika ada d klgn kami mereka yg diuji dengan sakit, maka kau sembuhkanlah mereka ya Allah…agar dapat beribadah bsama kami. Jika ada dklgn kami mereka yg derhaka kpd ibubapa atau terkurang dlm melayani mereka, maka kau ampunilah mereka, jdkanlah kami anak2 yg taat dan berbakti..sesungguhnya Engkaulah tuhan yg maha mendengar dan mengasihi…

Ya Allah ya malikal mulk…

Ya Razak..ya fattahu ya alim…
Kurniakan kpd kami rezeki yg halal lg dberkati. dan jdkanlah dgn rezeki itu kami semakin dekat dgnMu..sebaliknya, jgnlah kau jdkan kami drp gol yg lupa diri setelah mndapat kurniaannMu.

Ya Allah….
Bantukanlah kami dlm menjalankan urusan agama kami, Elokkanlah urusan dunia kami, yg padanya tempat kami mencari kehidupan, Elokkanlah urusan akhirat kami, yg padanya tempat kami akan kembali utk selama2nya.. jdkanlah kehidupan kami ini sebagai tambahan segala kebaikan kpd kami, dan jadikanlah kematian sebagai ketenangan kpd kami dr segala kejahatan, Sesungguhnya kami ingin kembali kpdMu dgn jiwa yg tenang….

Ya Allah ya zal jalali wal ikram…

Ya Allah….Jgnlah kau jdkan ramadhan ini sbg yg terakhir buat kami, temukanlah kami dgn Ramadhan yg akn dtg…
Tapi, Andai ini Ramadhan terakhir buat kami, jdkankanlah puasa kami sbg puasa yg Kau rahmati, jdkanlah ramadhan ini paling bererti, penuh dgn cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayangmu ya Allah…jdkanlah ramadhan ini sebagai penghapusc dosa2 kami.. Ya Allah…temukanlah kami dgn lailatul qadr…pilihlah kami dikalangan hambaMu yg dpt beramal d mlm al-Qadr….Ya Allah..terimalah amalan kami..terimalah taubah kami..ampunkanlah segala dosa kami...amankanlah kehidupan kami disana nanti yg kekal abadi…kurniakanlah kpd kami syurgamu yg maha luas nikmatnya…

CopyPaste from Whatsapp Group ...