Kengkawan ada yang tengah ganti puasa? Boleh lah try berbuka nanti dengan minuman soda herbs 'Refreshing' ni! Memang menyegarkan! Aku dah pernah cuba dulu, tapi kakak aku yang buat...
So, hari nie aku tepek ler resepi nyer... Gabungan pelbagai bahan seperti daun pudina, serai, asam boi, dan laici menghasilkan perisa yang cukup unik dan menarik! Cara penyediaannya pun amat ringkas dan mudah, dan boleh juga dihidangkan di bulan Ramadan nanti! Buat satu jag besar terus senang... Boleh ramai-ramai merasa...
Bahan-bahan:
- Daun pudina
- Serai
- Lemon
- Asam boi
- Laici
- Ais krim soda
- Ais
Cara-cara:
1. Titikkan serai dan masukkan ke dalam bekas minuman.
2. Hiris lemon dan masukkan ke dalam bekas minuman.
3. Masukkan daun pudina, dan tumbuk sedikit.
4. Masukkan asam boi, laici, ais, dan ais krim soda. Gaul.
5. Siap untuk dihidang!