Search This Blog

SODA HERBS

Kengkawan ada yang tengah ganti puasa? Boleh lah try berbuka nanti dengan minuman soda herbs 'Refreshing' ni! Memang menyegarkan! Aku dah pernah cuba dulu, tapi kakak aku yang buat... 

So, hari nie aku tepek ler resepi nyer... Gabungan pelbagai bahan seperti daun pudina, serai, asam boi, dan laici menghasilkan perisa yang cukup unik dan menarik! Cara penyediaannya pun amat ringkas dan mudah, dan boleh juga dihidangkan di bulan Ramadan nanti! Buat satu jag besar terus senang... Boleh ramai-ramai merasa... 


Bahan-bahan:


- Daun pudina 

- Serai 

- Lemon 

- Asam boi 

- Laici 
- Ais krim soda 
- Ais 

Cara-cara:
1. Titikkan serai dan masukkan ke dalam bekas minuman. 
2. Hiris lemon dan masukkan ke dalam bekas minuman. 
3. Masukkan daun pudina, dan tumbuk sedikit. 
4. Masukkan asam boi, laici, ais, dan ais krim soda. Gaul. 
5. Siap untuk dihidang!

NUJUM PAK BELALANG


Nujum Pak Belalang 

Nujum Masai: Jika tuan bijaksana, marilah jawab soalan hamba.

Pak Belalang: Silakan Nujum Masai.

Nujum Masai: Ada sebuah masalah, 1 banyak-banyak, 2 sikit-sikit, 3 kadang-kadang, 4 jarang-jarang? Apakah itu?

Pak Belalang: Minyak!!!! 

Nujum Masai: Sebab!!!! 

Pak Belalang: 
1. Banyakkk ... Ertinya bulan ni sahaja, banyak kali minyak naik ...
2. Sikit-sikit ... Ertinya sikit-sikit dia naik ...
3. Jarang-Jarang ... Ertinya jarang-jarang kita dengar minyak turun ...
4. Kadang-kadang ... Ertinya kadang-kadang kita dapat merasa minyak murah ...

😀😀😀

#CopyPaste 

HARGA MINYAK MULAI 20 APRIL 2017 - 26 APRIL 2017


⛽⛽⛽⛽⛽⛽⛽⛽⛽⛽

Mulai  20 April 2017 - 26 April 2017. Harga runcit Petrol dan Diesel adalah seperti yang berikut :

RON95 : ⬆ naik 3 sen (RM2.27 seliter)
RON97 : ⬆ naik 2 sen (RM2.54 seliter)
DIESEL : ⬆ naik 5 sen (RM2.21 seliter)

⛽⛽⛽⛽⛽⛽⛽⛽⛽⛽

Tu dia... Naik lagi minggu nih... Sabar no kengkawan... Teruskan senyum... Sampai masa yang sesuai nanti kita pilih lah yang lain plak...

⛽⛽⛽⛽⛽⛽⛽⛽⛽⛽