Search This Blog

30 MINGGU YANG MACAM2...


Alhamdulillah... Minggu nie genap lah 30 minggu usia kandungan aku yang ke-5 nie... Macam2 jadi sepanjang 30 minggu nih... 

Semasa mengandung kali nie macam banyak plak masalah nyer... Seperti biasa seperti yang dulu2 aku pasti akan mengalami anemia... Kengkawan tau ker apekemende nyer anemia tu? Haaa meh aku nak cite...

Anemia semasa hamil berlaku apabila sel darah merah atau hemoglobin berada pada tahap kurang daripada 11gm%... Paras paling rendah aku pernah dapat 9.8% ... Sel darah merah penting semasa hamil sebab ia akan membekalkan oksigen kepada seluruh tubuh ibu dan janin... Ia juga membantu pembentukkan dan pertumbuhan organ-organ penting dan tisu-tisu badan janin...

Makan buah delima antara yang aku amalkan untuk meningkatkan hb aku... 

Ibu-ibu yang ada anemia nih akan kelihatan pucat, letih, mungkin mengalami pitam dan akan kerap mengalami sakit kepala @ pening... Kalau dah tau ada anemia kena lah pastikan makanan yang diambil mengandungi tinggi zat besi,  vitamin B12 dan asid folik... Korang digalakkan mengambil buah-buahan yang tinggi vitamin C untuk meningkatkan kadar penyerapan zat besi... Yang paling penting adalah elakkan pengambilan minuman kopi dan teh serta jarakkan pengambilan hasil tenusu,  susu soya,  minuman bercoklat, oat,  gandum dan kuning telur 2 jam sebelum dan selepas waktu makan dan pengambilan pil suplemen... Nie semua korang boleh tau setelah berjumpa dengan pakar pemakanan... Kalau nak tau detail boleh ler google jenis-jenis makanan yang tinggi kandungan zat besi...

Penting tau untuk jaga pemakanan sebab kalau hb terlalu rendah akan membahayakan ibu mengandung dan bayi dalam kandungan...  Kemungkinan boleh berlaku keguguran,  bersalin awal,  kematian janin atau tumpah darah semasa bersalin... Bayi pula mungkin kurang berat,  lahir tak cukup bulan,  lemas semasa lahir dan pertumbuhan yang terbantut...


Korang kena ambil pil tambah darah (hematinik) yang terdiri daripada zat besi,  asid folik,  vitamin c dan vitamin b kompleks... Bila korang dah ambil pil nie nanti korang akan rasa mual,  loya atau sembelit... Najis korang akan bertukar kehitaman... Ini menandakan proses penyerapan zat besi berlaku dengan baik... Alhamdulillah aku tak de rasa mual dan loya... Cuma sembelit skit dan najis kehitaman... Tapi HB aku masih belum capai tahap yang memuaskan... Huwaaa... 


Mengandung kali nie jugak aku dikesan ada GDM @ kencing manis... Sampaikan aku kena jumpa Pakar Pemakanan... Aku juga kena lakukan BSP tiap2 bulan... Huwaaa... Kena lah kontrol makan... Bila dah kontrol makan opkos lah berat tak naik... Dah jadi hal plak... Nanti aku cite ape sakit kencing manis dan kesan pada kandungan...

Ibu-ibu yang hamil selalu nyer tapi tak lah semua akan mengalami peningkatan aras gula dalam darah...

Komplikasi GDM

Terhadap Bayi
👉Bayi bersaiz besar
👉Kurang gula dalam darah
👉Menghidap DM dimasa akan datang
👉Kematian
👉Kecacatan

Terhadap Ibu
👉Preclampsia (tekanan darah tinggi, berlebihan protein dalam iron dan pembengkakkan kaki)
👉Kemungkinan GDM pada kehamilan seterusnyer
👉DM dimasa akan datang

So bila aku jumpa Pakar Pemakanan, matlamat utama adalah untuk mengekalkan paras gula pada julat normal...

Strategi Pengawalan yang disarankan adalah waktu makan yang tetap setiap hari,  waktu makan utama tu memang tak leh tinggal lah... Kena elakkan gula ringkas... Ibu-ibu dikehendaki makan sedikit tapi kerap... Senaman yang sesuai juga perlu dilakukan setiap hari... Yang nie aku memang kena ikut lah... Ada juga Dr bagi jadual pemakanan yang disarankan... Yang nie aku rasa korang leh google...

Makanan Yang Perlu Dielakkan
🙅Gula Ringkas : Gula pasir, gula perang,  madu dan gula-gula

🙅Makanan Manis & Bergula : Jem,  kaya,  susu pekat manis,  roti manis,  kuih manis, kek,  aiskrim,  coklat

🙅Minuman Manis & Bergula : Cendol,  ABC,  minuman 3 in 1, air kotak,  alkohol,  jus buah,  air kordial,  sirap,  air gas

🙅Makanan yang ditin/dibotol/dikotakkan yang ditambah gula : Jeruk & Buah-buahan dalam tin

Aku pula bebas untuk minum air kosong, air mineral, jus sayur dan minuman tanpa gula... Amat digalakkan makan ulam-ulaman dan sayur-sayuran berdaun...  Adoiiilaaa... Nak nangis rase...

Dan yang terbaru setelah melakukan scan pada minggu ke-30,  Dr cakap uri aku kat bawah... Sebelum nih tak pernah lagi jadi macam nih... So,  aku dinasihatkan segera ke hospital... Berdebar-debar jugak lah aku... Kecoh bebudak nih kot kot aku kena warded plak...

Alhamdulillah... Selagi tak berlaku pendarahan,  baby gerak ok, air ketuban ok aku tak perlu masuk wad... Tapi aku dah kena bukak rekod kat spital,  senang nanti kalau ape-ape hal aku kena ke hospital segera... Aku juga dah kena buat pemeriksaan kat spital plak... Kat klinik tu pun kena teruskan jugak...


Uri bawah nie mengikut pembacaan aku ada 4 tahap...  Tahap A dan B masih boleh bersalin normal... Kalau Tahap C dan D memang kena operate lah jawab nyer... Tapi aku tak sure plak aku tahap yang mana...  Risau jugak aku bertanya sana sini... Adalah beberapa ilmu aku dapat dari sahabat alam maya...

Untuk uri bawah usahakan... Sy tak pernah tapi anak pertama dulu pernah la suspek uri bawah... Tapi bila besar dok tepi pintu...
Antara usahanya... Amalkan surah Al-Insyirah setiap kali lepas solat... Sambil gosok pada kandungan ikut arah lawan jam...Didahulukan dgn Al-Fatihah dan selawat...
Amalkan juga solat dgn sujud lama2 sambil niat dan doa moga permudahkan segalanya...

Terima kasih kengkawan...
Haisshhh, macam-macam kannn...
Kengkawan semua tolong doakan saya eak... Semoga dipermudahkan segala urusan... Sihat ibu dan baby...

Ppsssttt... Baby laki ker pompuan?
Korang rase? Teka lah... Teka lah... 

TIPS NAK TUKAR SKINCARE. .

Sekarang nie ada macam-macam produk skincare di pasaran... Ada yang sesuai dengan kulit kita dan ada yang tak... Kengkawan yang nak tukar skincare tu perlu berhati-hati... Jangan main tukar jer,  ada langkah-langkah yang perlu diikut... 

Tips nie saya dapat dari kawan fb Saya, Nur Qaseh... Kata member nih,  nak tukar skincare pun ade cara dia tau. Bukan main guna atau tukar je. Takut-takut kesan gabungan produk lama di wajah korang dgn produk baru boleh menjadi racun pulak. Ini dia cara penukaran skincare yang betul dan selamat...

1. Stop guna previous skincare dalam 7-14 hari.  Boleh apply pelembap secara halus untuk elak kulit kering. Doktor suggest hanya basuh air suam selalu pada muka @ guna hampas tea yang da guna buat air tu ...
.
2. Membiarkan wajah neutral selama 7 hari sekurangnya, iaitu membiarkan wajah anda bebas dari sebarang produk. Penerimaan kulit kita berbeza-beza, takut juga kulit kita terkejut dgn kedatangan produk baru.
.
3. Bila dah gune skincare baru, berlaku sesetengah jenis kulit dimana akan timbul jerawat, rashes, dry skin, oily (disebabkan effect mercury skincare lama/ effect stop guna).
.
4. Jika produk anda biasa shj, tiada merkuri dan wajah korang ok. 1-2 hari sudah ckup untuk neutralkn wajah anda then, boleh trus tukar skincare.

[ *Penting - Bagi yang nak guna Skincare yang bebas mecury, uollsss dah boleh mula stop penggunaan skincare lama uollsss. ]

Semoga bermanfaat buat kita semua... 

PROGRAM INDUSTRI KOMUNITI KAMPUNG SELANGOR


1. Program Industri Komuniti Kampung Selangor merupakan program khas anjuran Jawatankuasa Tetap Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi Negeri Selangor bagi membantu usahawan-usahawan kampung di negeri Selangor untuk memberdayakan ekonomi serta meningkatkan taraf sosial warga desa dan kampung tradisi sekaligus melahirkan usahawan-usahawan yang berdaya tahan, berdaya saing dan berdaya maju. 

2. Kursus-kursus yang ditawarkan pada tahun 2017 :

o Program Pembangunan Usahawan - Penjaja Makanan Dan Minuman
o Program Pembangunan Sebagai Juruterapi Komplimentari Berdaftar (KKM) Stimulatherapy 
o Program  Pembangunan Usahawan Kemahiran – Penyejuk Bekuan Dan Penyamanan Udara
o Program  Pembangunan Usahawan Kemahiran - Gunting Rambut

3. Tempoh kursus akan dilaksanakan adalah antara 5-7 hari mengikut bidang kursus yang dipilih.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN 

Program ini mensasarkan golongan belia desa yang memiliki kelayakan, golongan ibu tunggal dan masyarakat desa yang berminat. Calon yang berminat akan ditemuduga untuk menilai komitmen mereka. Antara kriteria yang perlu dimiliki oleh usahawan ialah :

1. Pemohon mestilah terdiri daripada rakyat Negeri Selangor / telah bermastautin di Negeri Selangor lebih daripada 10 tahun; 

2. Berumur di antara 21 hingga 49 tahun; 

3. Memiliki kelulusan akademik sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM); atau

4. Telah mengamalkan amalan perubatan tradisional,  telah mula berniaga atau sedang dalam berjinak-jinak dengan jual beli dan aktiviti keusahawan bagi usahawan makananan jajaan dan minuman; 

5. Tidak pernah mengikuti program yang sama serta menerima bantuan dari mana-mana agensi kerajaan lain;

6. Hanya seorang peserta daripada satu keluarga layak mengikuti program ini; dan

7. Hanya pemohon yang berjaya sahaja akan dihubungi untuk proses temuduga. Jika permohonan anda tidak menerima jawapan dalam tempoh 2 minggu dari tarikh permohonan, maka permohonan anda dianggap tidak berjaya.


PROGRAM PEMBANGUNAN INDUSTRI KAMPUNG 2017

DOWNLOAD BORANG

HANTAR SEBELUM 3 APRIL 2017


JAWATANKUASA TETAP
PEMBANGUNAN DESA DAN KAMPUNG TRADISI NEGERI SELANGOR
SEKSYEN SEKTORAL
UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR (UPEN)
TINGKAT 5, BANGUNAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
40503 SHAH ALAM
SELANGOR DARUL EHSAN
TEL: 03-5544 7921/7922   |    FAX: 03-5519 6706