Search This Blog

JANGAN SOMBONG SESAMA KITA


JANGAN SOMBONG  DENGAN  ORANG BAWAHAN 

Seorang perempuan bekerja di kilang daging ... Suatu hari, semasa dia hendak menyelesaikan tugasan harian, dia masuk ke bilik daging sejuk beku, akan tetapi nasib nya tidak baik, pintu bilik sejuk itu tertutup dan dia terkunci dari dalam tanpa apa-apa alat untuk membantunya ...

Walaupun dia menjerit dan mengetuk pintu sekuat hati, tiada seorang pun yang dapat mendengarnya ... Kebanyakan pekerja sudah lama pulang, dan adalah mustahil untuk mendengar apa-apa di dalam bilik sejuk pada kawasan di luar bilik sejuk ...

5 jam kemudian, sedang dia dalam helaan nafas kematian, seorang security guard di kilang tersebut membuka pintu bilik sejuk itu ... Nasib nya baik kerana dia terselamat dari kematian pada hari itu ...

Setelah itu, perempuan itu bertanya pak guard itu bagaimana dia boleh buka pintu bilik sejuk itu walaupun ia bukan rutin pekerjaan hariannya ...

Pakcik itu menjawab : "Saya telah bekerja di kilang ini selama 35 tahun, dan terdapat ratusan pekerja keluar dan masuk setiap hari, tetapi awak adalah segelintir yang akan menyapa saya pada sebelah pagi dan akan menyapa selamat tinggal kepada saya pada sebelah malam setiap hari anda meninggalkan kerja ...

Kebanyakan dari mereka melayan saya seperti saya tidak pernah wujud ...

Hari ini, sebagaimana anda bila masuk ke kerja dan juga hari-hari sebelumnya menyapa saya dengan sapaan ringkas " Hello"

Tetapi malam ini selepas waktu kerja, saya berasa pelik kerana saya tidak mendengar sapaan "Bye.. Jumpa lagi esok ..." Jadi, saya merasakan saya perlu check di sekitar kilang ...

Setiap hari saya akan mengharap sapaan "hi" & "bye" dari anda kerana anda mengingatkan bahawa saya masih seorang insan ...

Dengan tidak mendengar ucapan selamat tinggal hari ini, saya dapat mengagak mungkin ada sesuatu yang terjadi ... Sebab itu, pakcik mencari awak di merata tempat..

--------------------------------------------------------
Pengajaran untuk semua :

• Jadilah seorang yang merendah diri, 
penyayang dan hormat pada setiap individu di sekeliling ...

• Cubalah untuk memberi kesan kepada setiap orang yang melalui perjalanan hidup dengan anda, kerana anda tidak tahu apa akan terjadi di masa depan ... 

• Hidup kita ini lengkap-melengkapi ...
Kelebihan kita untuk melengkapi orang lain ... Kekurangan kita pula untuk orang lengkapi untuk menguatkan ...


Orang yang dirinya menyimpan rasa sombong, ujub atau takabbur merasa bahwa dirinya memiliki kelebihan, keistimewaan, keunggulan dan kemuliaan dari orang lain ... Hebat sangat ke kita ini sampai perlu bongkak dan sombong sesama manusia ...

Dapat sesuatu ?

Sila SHARE jika kisah ini bermanfaat ...

KAKI KOMEN DISEMBER 2016 #KISAHHIDUPKU ...

Alhamdulillah... Bersiaran kita di tahun 2017 ... Bersyukur sangat kerana masih diberi peluang bersama-sama dengan orang yang aku sayang... Bersyukur juga kerana masih diberi kesempatan untuk memperbaiki segala kelemahan diri... 
Maka bermulalah bulan baru di tahun yang baru... Semoga semuanya berjalan lancar... 

Haaa jom kita tengok kaki komen blog nie bagi bulan Disember  2016 ... Meriah kannn ... Ada yang baru ... Ada yang masih kekal, maintain gituuu ... Terima kasih ler kat korang semua ... Yang rajin datang singgah + komen kat blog aku nih ... Jom terjah blog dia orang plak ...


Tak lupa jugak buat silent readers (perasan cam ramai orang datang sini) ... Terima kasih bebanyak korang-korang ... Jom blogwalking blog-blog hebat di atas ...


Yang tak tersenarai jangan kecik hati plak ... Nie saje suke-suke ... Yang nak masuk senarai rajin-rajin berbicara ... Jangan ler sepi tanpa berita ...




CPUV NUFFNANG #114 | SUNWAY BANJARAN HOTSPRINGS RETREAT



Alhamdulillah... Pada 10 Disember yang lepas dapat kempen baru... Kali nie daripada SUNWAY BANJARAN HOTSPRINGS RETREAT ...

Kalau korang nak tau... Ia merupakan tempat pelancongan, tempat beriadah,  tempat merehatkan minda... Saya tak pernah gie lagi... Tengok gambar macam best... 






Best kan... Sejuk mata memandang... Lari sekejap dari hutan batu... Sape-sape yang berminat boleh hubungi dia orang... 


The Banjaran Hotsprings Retreat

1 Persiaran Lagun Sunway 3
31500 Ipoh
Perak Darul Ridsuan
Malaysia
+6 05 210 7777


Kengkawan kalau ada jumpa iklan  SUNWAY BANJARAN HOTSPRINGS RETREAT menari-nari tergedik-gedik kat blog Kisah Hidup Ku dan Jom Bercontest boleh ler klik, untuk yang berminat jer tau... Tiada paksaan, tak mo pun tak pe lah... Sob... Sob... Sob... 

Terima kasih #nuffnang
#sunwaybanjaranhotspringsretreat #banjaranhotsprings
#kisahhidupku #jombercontest
#reviewproduct