Search This Blog

UPSR Hanya Pembaris


Hari ini, pasti ramai anak-anak bersama ibu bapa yang akan bergembira dengan keputusan UPSR masing-masing. 

Tahniah! Tak salah untuk bergembira kerana usaha keras telah dibuat sebelum, semasa dan selepas peperiksaan (doa).

Eh, kenapa pula adik yang duduk menyendiri itu berduka?
Tak dapat 6A?
Tak mengapa. Apa sahaja keputusannya yang penting adik telah berusaha.

UPSR Hanya Pembaris.


Apa fungsi pembaris? 
Untuk mengukur panjang sesuatu objek, contohnya kertas, kadbod, kertas warna dan sebagainya. Sekali sekala digunakan untuk membuat garisan.

Boleh ke pembaris ukur tinggi adik?
Tak sesuai. Lebih baik gunakan pengukur ketinggian boleh laras biasa dilihat di klinik.

Boleh ke pembaris ukur ukurlilit perut adik?
Tak sesuai. Lebih baik gunakan tali tape yang mak guna untuk menjahit baju.

Boleh ke pembaris ukur panjang jalan?
Tak sesuai. Lebih baik gunakan pembaris gelek beroda yang biasa diguna untuk tar jalan.

Begitu juga UPSR.

UPSR hanya mengukur KEPANDAIAN adik untuk 4 subjek. Ada banyak lagi subjek yang tak dikira dalam UPSR walaupun adik belajar berbelas subjek dalam 6 tahun.

Mungkin kalau subjek UPSR adalah Pendidikan Seni, Muzik, Pendidikan Kesihatan, Pendidikan Islam, dan Bahasa Arab, adik dah dapat 5A!

Tidak dapat A tak mengapa, tetapi pastikan adik BELAJAR. 

Adik mungkin tak dapat A matematik, tetapi adik tahu mengira duit baki selepas membeli roti john. Maknanya adik BELAJAR.

Adik mungkin tak dapat A bahasa Melayu, tetapi adik boleh mengirim surat kepada atok opah di kampung. Maknanya adik BELAJAR.

Adik mungkin tak dapat A Sains, tetapi adik tahu torch light yang tidak menyala perlu ditukar bateri. Maknanya adik BELAJAR.

Adik mungkin tak dapat A Bahasa Inggeris, tetapi adik boleh menunjukkan jalan kepada pelancong yang bertanya arah. Maknanya adik BELAJAR.

Menggunakan ilmu lebih baik daripada hanya tersimpan sebagai memori.

Teruskan belajar. Tak kisahlah tiada A sekalipun, kerana ilmu dicari untuk diamal bukan sekadar cantik diusung atas sekeping sijil.

#copypaste 
( khusus untuk anak-anak didik)
Nyai Mariani Ujud

KENA SANTAU



Apa salah aku? 
Kenapa sampai tahap nak santau2 ? Aku x kacau kau n family kau pun ...   So x payah la nak sihir2 ... Tengah sedap2 makan terjumpa kain putih diikat dengan benang ... Istighfar panjang dibuatnya aku ... Hilang terus selera makan ... Dah ler tengah lapar ya amat ... Terus tunjuk kat Mak benda putih tu n cakap ada orang cuba nak sihir ... Masa tu tengok Mak pun macam dah nak kena ... Mata dah naik merah ... Paaappppp!!!!! Bengkak dahi ni kena sudip Mak ... Mak cakap "Kau dah kenapa??? Sup bunjut pun kau dah x kenal ke??? ... Hahaha ...

Maaf eak kengkawan lawak santai petang2 nih ... Kepada yang tak tahu sup bunjut adalah ramuan rempah ratus yang telah di bunjut dalam kain putih dan diikat kemas dengan benang putih ... Rempah ratus tersebut sudah dipecahkan / ditumbuk kasar untuk memberikan bau yang lebih beraroma ...


CAJ RAWATAN HOSPITAL KERAJAAN


Setelah rakyat kecoh dengan segala macam kenaikan, kita digemparkan pula dengan berita kenaikan caj hospital kerajaan ... Caj Rawatan Hospital Kerajaan Seluruh Negara Akan Dinaikkan 50% Mulai Januari 2017 ... Ohhh, apekah ??? Mujurlah segala kenaikan hanya melibatkan kelas 1 dan kelas ke-2 sahaja ... Caj rawatan kelas ke-3 masih kekal tidak berubah ...

Lepas nie ape plak nak naik agak nyer??? Kos sara hidup semakin meningkat ... Rakyat semakin gelisah ...