Search This Blog

PONTENG SEKOLAH KERANA TAK BAWA HADIAH


Kali nie saya nak kongsi kisah yang saya perolehi dari seorang sahabat ... Jom baca ...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ketika menjadi pengetua dulu,suatu pagi seorang imam masjid yang saya kenali menelefon saya.Katanya ada seorang budak sekolah di masjid, macam ponteng sekolah.Hari itu hari guru 16 Mei, pelajar dan guru tidak berada dalam kelas tetapi di dewan dan padang dg aktiviti sambutan.


Saya bergegas sendiri ke masjid yg disebut.Parking kereta agak jauh di penjuru masjid,saya mula meninjau ke masjid.Tidak ada di balai lintang,saya menjengah ke dewan solat.Tidak ada juga tetapi ketika beralih ke bahagian muslimat,saya ternampak satu susuk tubuh.Saya segera ke bahagian itu dan memang ada seorang pelajar perempuan.Dia begitu terkejut melihat saya.Bibirnya terketar mengucap salam pada saya,tangannya meraup sejadah lalu dipeluk ke tubuh,bagai seorang anak takutkan bapa yg garang.

Dia segera berdiri menghormati saya,tetapi saya suruh duduk,saya kenal pelajar ini kerana pernah naik menerima hadiah kecemerlangan di pentas.Bila ditanya sebab apa ponteng sekolah sedangkan dia pelajar baik, dia hanya berkata,"Tak ada apa cikgu.".Saya tak puas hati kerana ini bukan tabiatnya.Saya desak dia bercakap benar.

Matanya mula berair bila dia memulakan bicara lagi,saya tahu,dia akan berkata benar,"Cikgu,saya malu nak ke sekolah hari ini kerana saya tidak ada hadiah untuk diberi pada guru sempena hari guru.Ayah tak ada duit untuk beli hadiah kerana waktu ini tengah bulan,ayah saya kerja jaga.Emak telah meninggal."Dia berhenti bercakap.Kepala terhanguk-hangguk menahan tangis.Dia menyambung,"Cikgu,saya malu ditanya rakan apa hadiah yg dibawa pada cikgu,lebih malu bila ada bertanya,Nurul tak bawa hadiah ka?Ini telah berlaku tahun lalu."Air matanya yg deras dikesat dg kain tudung yg separuh lusuh.Saya pula yg turut sedih dan tidak terucap kata.

Saya menghantarnya balik ke rumah,dlm perjalanan fikiran berkecamuk.Rupanya kegembiraan hari guru dan sambutannya telah mencederakan hati seorang insan pelajar,bahkan saya yakin lebih ramai lagi pelajar yg miskin merasa gundah resah bila datang hari guru.

Menjadi kelaziman hari guru 16 Mei disambut oleh pelajar dg memberi hadiah kpd guru di samping program sekolah.Memanglah ia sesuatu yg baik.Tetapi banyak ibubapa yg miskin,yg kurang mampu,menghadapi situasi serba salah bila anak merengek minta dibeli hadiah,tak mau ke sekolah tanpa hadiah.Yg  berada minta hadiah lebih baik utk mengatasi rakan.Anak yg telah besar di sekolah menengah mungkin tidak mendesak,tetapi memilih jalan lain untuk mengelak,memendam rasa,tetapi siapa yg peduli.

Maka adalah baik jika hadiah kpd guru tidaklah diberi penekanan,high light,kerana ia juga boleh disalahguna untuk meraih perhatian guru,dan jika dibuat biarlah secara tertutup bukan dlm kelas yg menyebabkan pelajar lain terasa,maksudnya hadiah pd guru biarlah diserah sendiri di bilik guru.Bagi sekolah yg di luar bandar yg ibubapa berpendapatan rendah,lebih lebih lagilah perkara ini kena diberi perhatian.Hakikatnya,pelajar yg baik bukan memberi hadiah kpd gurunya,tetapi memberi khidmat kpd gurunya,bekerjasama dan patuh pada semua arahan.

Hari guru sebaiknya disambut dg penzahirkan rasa syukur kepada Allah,bukan di zahir dg berseronok suka.Mungkin sukan,sukaneka itu baik utk menjalin hubungan,tetapi saya tak nampak dimana baiknya cikgu naik melalak menyanyi di pentas,murid menyanyi,menari,bergencok. Mungkin sketsa yg mendidik,majlis tahlil,bacaan Yasin,solat hajat dan sujud syukur,kenduri satu sekolah, explorace yg bersifat pelajaran dsbnya lebih sesuai .Guru kena bersyukur kerana ada pekerjaan,ada murid,murid kena bersyukur kerana ada guru yg mendidik,ibubapa kena bersyukur kerana ada yg mengambil tanggungjawab mendidik.Marilah kita berubah bila menyambut sesuatu perayaan dari berseronok suka kpd penzahiran rasa syukur kpd Allah.Kpd ibubapa,minta anak menghadiahkan hari guru dg janji untuk menjadi pelajar yg baik,yg taat, gigih yg berdisiplin,itu lebih besar maknanya kpd seorang guru dari sekotak hadiah.

Dari kisah yg saya paparkan,jangan kita melihat sesuatu dari satu sudut shj,dari situasi dan pandangan kita shj,tetapi berfikirlah dari berbagai sudut,dari berbagai situasi.Baik pada kita,mungkin mencederakan orang lain.Selalulah berfikir supaya kita tidak menyusahkan orang lain,sebaliknya Selalulah berusaha untuk menggembirakan orang  lain,kelak diakhirat Allah gembira kan kita.Wallahu a'lam 
✌✌✌

TAZKIRAH JUMAAT #57 | MEMINTA KEAMPUNAN MUKMIN MUKMINAT



Dicatat Kebaikan Sejumlah Mukmin & Mukminat Yang Didoakan Keampunan 


عن عبادة بن الصامت ، قال : سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول مَنِ اسْتَغْفَرَ لِلْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ كَتَبَ اللهُ لَهُ بِكُلِّ مُؤْمِنٍ وَمُؤْمِنَةٍ حَسَنَةً



“Siapa yang beritighfar (meminta ampunan) untuk orang-orang beriman laki-laki dan perempuan maka Allah akan mencatat kebaikan untuknya sebanyak kaum muminin dan mukminat.”(HR. al-Thabrani No : 2019) . 


Pengajaran:

1.  Antara tuntutan iman adalah kewajipan memelihara ukhuwah sesama Mukmin.

2.  Satu daripada tanda ukhuwah dan mencintai saudara Mukmin yang lain ialah saling mendoakan kebaikan. 


3.  Antara doa yang dititip ialah permohonan keampunan kepada sesama Mukmin. Berharap agar Allah memberikan ampunan atas dosa-dosa mereka dengan dihilangkan dosa tersebut dari mereka.

Antara lafaz doa keampunan untuk mukmin yang lain:

رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالْإِيمَانِ وَلَا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلًّا لِلَّذِينَ آَمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَءُوفٌ رَحِيمٌ


“Ya Tuhan kami, beri ampunlah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu dari kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman; Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang”.” (QS. Al-Hasy: 10)

4.  Orang yang mendoakan keampunan saudaranya, nescaya dia akan mendapat kebaikan sejumlah mukmin dan mukminat yang ada.


Jom kita doakan sahabat-sahabat kita agar kita juga mendapat kebaikkan sebanyak bilangan orang mukmin yang kita doakan keampunan.

*Maaf ... Kebanyakan entry ilmiah agama saya perolehi dari pelbagai sumber ... Rasa nak simpan dan nak kongsi dengan kawan-kawan ... Kebanyakkan nyer dari group wasap ... Saya jarang menulis entry ilmiah agama kerana saya rasa saya tak layak menulis dalam bidang tu ... Saya tak mahir dalam bidang tu nanti orang cakap ajaran sesat plak ... Hadis palsu ... Huhuhu ... Maaf ...

Semoga bermanfaat buat kita semua ...

Minggu Peperiksaan Pertengahan Tahun 2016

Assalamualaikum  n Salam Sejahtera semua ... Buat ape tu ... Mesti korang pun dok kalut cam aku jugak kan ... Maklum ler tak lama lagi nak periksa ... Kira nyer minggu depan Minggu Peperiksaan Pertengahan Tahun 2016  ... So anak-anak kena study lebih sikit minggu nie ...

J
Jadual Peperiksaan Abang Ngah ...


Pilihan soalan untuk Seni Visual ...


Jadual Peperiksaan Kakak ...

Hehehe ... Saje aku letak kat sini ... Depa tak reti nak jaga ... Sat gie hilang kalut dok tanya kat aku ... Emak alaf baru memang macam nie kan ... Semua nak letak kat alam maya kan ... Buat anak-anak ... Belajar rajin-rajin noo ... Lepas tu kita enjoyyyy ... Huhuhu ...