Search This Blog

Jaga Aib



Apa itu aib? 

Aib ialah dosa dan keburukan yang ada dalam diri kita, ada dalam setiap manusia. Semua orang punya aib tapi tak semua aib kita dikongsi dengan orang ramai kan? Sebab hanya Allah yang mengetahui aib kita dan menyembunyikannya. Baiknya Allah kerana berapa banyak aib yang kita ada tapi Allah tetap Maha Penyayang, tetap buka pintu taubat. 

Jom baca kisah yang saya nak kongsi nih ... Pada zaman Nabi Musa berlaku kemarau yang panjang. Nabi Musa bersama 70 ribu umatnya melakukan solat istisqa' iaitu solat memohon agar Allah menurunkan hujan. Tapi hujan tetap tidak turun. Seperti yang kita ketahui Nabi Musa digelar dengan Kalimullah kerana boleh berbicara langsung dengan Allah.

Nabi musa berkata pada Allah. "Ya Rabb, Kau selalu memperkenankan doaku."

Lalu Allah menjawab, "Antara kalian itu terdapat seseorang yang bermaksiat selama 40 tahun dan tidak pernah bertaubat."

Sejurus itu bertanya Nabi Musa kepada umatnya. "Siapa antara kalian yang bermaksiat selama 40 tahun dan tak pernah bertaubat. Diminta meninggalkan tempat ini kerana hujan tidak turun kerana orang ini."

Orang tersebut berasa bersalah kerana menjadi sebab hujan tidak turun. Maka berbicara dihatinya jika dia bangun meninggalkan tempat itu maka terbukalah di depan khalayak akan aib dirinya yang tersorok selama 40 tahun. Lalu dia pun memohon agar Allah ampunkan dosanya dan menyesal di atas dosa dosanya itu.

Tak lama selepas itu hujan pun turun. Nabi musa kehairanan. Tak ada yang mengaku berbuat dosa 40 tahun dan tiada yang meninggalkan tempat ini tapi Allah turunkan hujan.

Lalu Nabi Musa bertanya kepada Allah, "Mengapa Kau turunkan hujan wahai Allah?"

Lalu Allah jawab kerana orang tersebut telah bertaubat.

Nabi musa bertanya lagi, bolehkah aku ingin tahu siapakah orangnya?

Allah jawab, "Selama 40 tahun Aku tidak pernah membuka AIBnya, adakah Aku akan membuka aibnya setelah dia bertaubat kepada Aku?"

Masha Allah. Masha Allah.. Allah sangat menjaga aib kita. Jadi marilah kita menjaga aib sendiri dan tidak membuka aib orang lain di sekitar kita. Kalau kita jaga aib orang inshaAllah Allah akan jaga aib kita.

Wallahualam.

Kisah ini diceritakan oleh Ustaz Iqbal bin Zain al Jauhari.

BOB ZIP BAG COFEE

Meh nak cite skit ... Hujung minggu lepas aku balik kampung BigBoss, Jengka 17, Pahang Darul Makmur ... Bebudak nih suka yang amat dapat balik kampung ... Bukan ada sape pun yang balik ... Cuma seronok dapat bermain kat tanah ... Putra kali nie memang main sesangat ... Kat Gombak nih mana lah ada tanah nak main ... Kat kampung seronok dia dapat korek-korek tanah ... Tapi aku memang make sure lepas tu kena basuh tangan dan kaki ... Aaahhh, mandi jer terus panas panas nie ...

Hari Ahad kami gerak balik ke Kuala Lumpur ... Agak lewat jugak ... On the way balik tu sempat jugak singgah Carboot Sale Paya Pulai ... Masa singgah tu tak berapa ramai lagi ... Masih awal lagi ... Tapi sempat jugak aku merasa air Bro nie buat ... #BobZipBagCofee


Menarik hati weiii ... Hari panas panas nie memang sedap ler layannn ... Air depa letak dalam zip bag ... Hipster style kata nyer ... 


Aku beli tiga bungkus ... Sebungkus RM5 ... Aku beli perasa Capucino, Green Tea & Chocolycious ... Sedap ... Cuma bagi aku green tea nyer manis sangat ... Boleh kurangkan manis bro ... Kipidap ... Dongibap ...

Edgar_Artis | Kreatif Sangat

Berjalan-jalan di alam maya sambil membaca, melihat-lihat dan memilih ... Setelah letih memilih ... Rehatkan minda dengan yang santai-santai lak ... Kreatif sungguh depa orang nih ... Kalau aku yang buat mesti lah tak jadi nyer ...


Popcorn

M&m

Lada

Brokolli

Yang nie aku tak tau apa ...

Coklat

Rama-rama & Batu-batu

Nie pun aku tak tau ape mende ...

Bulu burung kot ...

Bulu ayam kot ...

Strawberi

Plastik Cantik

Haaa ... Pandaikan depa nih ... Lukisan nyer pun cantik ... Menggunakan bahan-bahan yang tak terfikir dek akal aku ... Hmmm, bila lah aku nak sekreatif dia orang nih ... Kengkawan suka yang mana ???