Search This Blog
Fesyen Kasut Tinggi Terkini
Classic High Heels
Semua wanita wajib memiliki
sekurang-kurangnya sepasang classic high heels seperti berikut untuk dipakai
pada hari-hari istimewa seperti majlis konvokesyen atau sambutan ulang tahun
perkahwinan. Ia memberikan gaya klasik yang tidak terdapat pada kasut-kasut
yang lain.
Open-Toe Heels
Fesyen yang kedua juga dianggap
sebagai klasik dengan bukaan kecil di bahagian jari kaki si pemakai. Heels
jenis ini sesuai digayakan untuk menghadiri majlis resepsi perkahwinan atau
ketika sambutan perayaan.
Wedge Heels
Jika anda inginkan lebih kestabilan
ketika berjalan, koleksi wedge heels merupakan jenis kasut yang paling ideal!
Ia amat sesuai digayakan dengan padanan jeans dan blouse.
Strappy Heels
Ingin kelihatan lebih daring? Gayakan
koleksi strappy heels ini untuk dipadankan dengan jeans mahupun dress anda
untuk penampilan yang glamour bak selebriti!
SIDANG KEMUNCAK ASEAN 77 | Jalan Utama Kuala Lumpur Di Tutup
Hari nie akan bermula SIDANG KEMUNCAK ASEAN 77 ... Mesti ler jalan-jalan kat KL akan ditutup dan kesesakan jalanraya pasti akan berlaku ... So, korang-korang yang akan melalui KL sila ambil perhatian ... Berikut adalah senarai Jalan Utama di KL yang akan ditutup bermula hari nie sempena Sidang tersebut ... Kongsikan maklumat ini kepada mereka yang tinggal atau bekerja di dalam bandaraya Kuala Lumpur ...
Dimaklumkan bahawa beberapa jalan utama di ibu kota akan ditutup mulai esok hingga Ahad (18-22 November) bagi memudahkan perjalanan pemimpin negara-negara Asean ke Sidang Kemuncak Asean ke-27 yang berlansung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Ketua Trafik KL Komisioner Mohd Nadzri Hussain berkata penutupan akan dilakukan secara berperingkat-peringkat dan penutupan penuh adalah pada Sabtu ini.
Jalan akan ditutup pada 7.40 pagi hingga 9.00 pagi dan 7.15 malam sehingga 8.50 malam pada hari yang sama.
Antara jalan terlibat ialah:
- Jalan Binjai menghala Persiaran KLCC
- Jalan Imbi menghala
- Jalan Bukit Bintang
- Jalan Raja Chulan menghala Jalan Bukit Bintang,
- Jalan Kia Peng menghala Lorong Perak
- Jalan Raja Chulan menghala Lorong Perak.
- Nagasari ke Jalan Raja Chulan,
- Jalan Sultan Ismail ke Jalan Ampang,
- Jalan Ampang ke Jalan P.Ramlee,
- Jalan Ampang ke Jalan Binjai,
- Jalan Sultan Ismail ke Jalan P.Ramlee
- Jalan Raja Chulan ke Persiaran Raja Chulan
Penutupan jalan bagi memastikan tahap keselamatan ketua negara yang menghadiri persidangan itu terjamin dan terbaik. Pengguna disaran menggunakan jalan alternatif :
- Jalan Kia Peng/Jalan Stonor,
- Jalan Tun Razak,
- Lorong Lumba Kuda,
- Jalan Yap Kwan Seng,
- Jalan Hang Tuah,
- Jalan Raja Chulan/Jalan Tun Perak
- Jalan Pudu.
Korang-korang yang nak masuk@guna jalan raya di KL dinasihatkan supaya merancang perjalanan dan mematuhi peraturan lalu lintas serta arahan polis selain disaran mengelak menggunakan jalan yang dinyatakan ... Jangan plak pie parking tepi jalan ... Korang dilarang untuk meletakkan kenderaan di sisi jalan terlibat ... Nanti kena angkut plak ...
Harap maklum yer kengkawan ... Moga bermanfaat ...
Subscribe to:
Posts (Atom)