Search This Blog

Lelaki Jahat Yang Mengintai Anak Gadis Kita

Assalamualaikum & Selamat Pagi kengkawan semua ... Semalam saya dapat Whatsapp dari seorang kawan ... Kawan di alam maya jer, jumpa tak pernah lagi ... Saya rase nak kongsi ngan kengkawan, selain untuk simpanan saya sendiri ... Memandangkan saya ada seorang princess kat umah rasa risau, takut & ngeri bila baca kisah nie ... Jom  baca kengkawan & ambil iktibar mana yang patut ...


~~~~~~~~~~

Lelaki-lelaki jahat yang mengintai anak gadis kita ...

Beberapa hari lepas saya didatangi seorang ibu bersama anak gadisnya yang berumur 15 tahun, anak bongsu beliau.
Daripada riak mukanya saya tahu ini bukan kes biasa-biasa tentang haid yang tidak teratur.

Namun saya sengaja bertanya, datang sebab haid tak teratur ke?

Wanita itu mungkin dalam lingkungan awal 50an. Bertudung hitam labuh. Malah anaknya juga datang dengan seragam sekolah agama dan tudung labuh hitam.

Dia kelihatan serba salah dan tidak tahu untuk memulakan kata. Entahlah doktor, entahlah doktor, saya tak tahu nak kata apa, katanya berulang-ulang kali. Wajahnya seperti mahu menangis, dadanya kelihatan sesak dan dia sangat gelisah.

Lalu saya menerjah-mengandung ke anak Puan?

Selepas itu kata-katanya keluar bagai empangan pecah-tak dapat dibendung lagi.

Bermacam-macam cerita keluar dari tingkatan satu ke tingkatan 2 dan kini di tingkatan 3. Berbagai juga kata-kata pedih ditujukan pada anaknya yang kini menundukkan kepala saja. Bodoh. Tak faham bahasa. Kurang IQ. 

Rupa-rupanya anaknya ditangkap tidak hadir ke sekolah, tetapi telah keluar bersama lelaki. Anaknya jua telah mengaku kepada guru bahawa beliau telah berzina.
Namun dia percaya anaknya tidak melakukan apa-apa. Tak sampai peringkat zina. ‘Dia tak tahu doktor. Dia tak faham. Mungkin sekadar sentuh-sentuh dia fikir sudah melakukan. Dia ni bukannya pandai.
Saya rasa dia tak buat doktor. Dia tak tahu..”

Saya minta wanita itu keluar dan saya bersemuka dengan anaknya. Ternyata anak yang ‘tidak pandai’ ini telah melakukan zina sejak di Tingkatan 1-tanpa disedari ibubapa. Dengan ramai lelaki. Berbagai bangsa. Berbagai umur.

Dia tidak kelihatan seperti anak nakal dan liar. Dia kelihatan baik dan ya, mungkin sedikit naif-atau bodoh seperti kata ibunya.

Namun di sinilah lelaki-lelaki jahat mula memasukkan jarumnya.

Saya tanyakan bagaimana permulaannya. Saya tanyakan apakah beliau menonton video lucah.

Lalu dia menceritakan kepada saya awal mula penglibatannya menjadi seorang ‘pelacur’.

Tinggal di kawasan Kampung Pandan yang terdiri dari majoriti Melayu, lelaki jahat pertama yang membawanya mengenali dunia seks dalam keadaan akal dan jiwanya belum bersedia dan belum disediakan adalah seorang lelaki Indonesia. Bermula dengan mengajak menonton video lucah. Pastinya didahulukan dengan kata-kata manis dan pujian. Hingga akhirnya mahu melakukannya dan sehingga merasa ketagihan.

Kemudian disambut oleh lelaki-lelaki jahat yang lain sambung menyambung sehingga yang terakhir ini. 

Ada yang mengambil kesempatan merakam dirinya dan kemudian mengugut untuk menyebarkan videonya. Sehingga anak baik yang tidak tahu apa-apa ini terpaksa mencuri sejumlah wang ibubapanya untuk diberikan kepada lelaki tersebut.

Lelaki terakhir ini, sebelum perbuatannya diketahui adalah seorang lelaki berumur 30 tahun yang sudahpun ada 2 isteri.

Kata anak malang ini, --walaupun saya sudah tidak suka melakukannya, tetapi lelaki itu selalu merayunya sehingga dia merasa kasihan, lalu menurut kemahuan lelaki tersebut-----dapat saya bayangkan bagaimana lelaki jahat ini menggunakan kelebihan akalnya memanipulasi anak ini untuk memuaskan nafsu binatangnya.

Setelah saya kisahkan pada ibunya, longlai tubuhnya dan tersepuk dia di kerusi. Tidak disangkanya langsung anak bongsu manjanya telah jauh melangkah dalam keadaan dia sentiasa dalam ‘denial’- pura-pura tidak nampak atau tidak mahu percaya.

Pecah lagi empangan rasanya buat kali kedua. Menceritakan bagaimana sibuknya dia dan semua terletak atas bahunya. Anak yang ramai, ada yang punya masalah jiwa sedang dalam rawatan, anak dan menantu yang silih berganti bersalin dan beliau yang menjaga.

Tentang malunya sedangkan dia adalah ketua wanita di dalam sebuah NGO Islam. Suaminya pengerusi surau. Bagaimana dia merasakan tuntutan dakwah untuk menyampaikan kepada masyarakat. 

Dalam kesibukannya, dia tidak sedar anaknya sedang mengalami perubahan hormon. Dada anaknya sudah memutik dan ada rasa yang tidak difahami dalam dirinya. Namun, dia tidak perasan itu semua. Baginya anak bongsunya ini masih ‘baby’.

Namun ada mata-mata liar yang perasan. Yang boleh menghidu naluri semulajadi remaja ini. Yang akalnya sudah masak dan matang.

Kita melihat anak kita sebagai baby, namun ada mata lelaki jahat yang melihatnya seperti kucing melihat hidangan menggiurkan di depan mata …… yang melihat sampai ke dalam-dalamnya….baginya ini ada daging baru yang enak…

Lalu lelaki jahat ini akan memulakan jarumnya. Kenal-kenal dulu. Puji-puji. Minta nombor handphone. Memasang ayat-ayat….

Dan anak yang hidup dalam keluarga besar yang sentiasa sibuk ini, serta sudah dianggap tidak pandai ini, yang barangkali tidak pernah menerima pujian dari kedua ibubapanya, sangat mudah termakan pujuk rayu…dan selebihnya adalah sejarah…
Anak ini tidak jahat. Dia tidak liar. Dia lahir dari keluarga baik-baik , keluarga pendakwah.

Namun kerana adanya lelaki-lelaki jahat yang sepatutnya menjadi pelindung kepada anak ini, dia menjadi mangsa.

Beberapa ingatan yang melintas di kepala sebagai peringatan buat ibubapa.

1. bila anak meningkat remaja - perhati-perhatikan dia. Dia ada keperluan/needs. Jadilah temannya. Bersembang dengannya. 

2. Jangan mengutuk anak sendiri. Berilah pujian. Terutama bapa dan abang. Puaskan dia dengan pujian dari lelaki dari keluarganya, supaya dia tak layu lentok dengan pujian lelaki jahat. Ingat wahai bapa, kalau berat sangat mulut dan memuji, tangan berat sangat nak membelai, ada orang lain yang akan mengisi kekosongan itu nanti.

3. Keterlaluan dalam kesibukan - walaupun untuk tujuan dakwah. Wahai ibu, tempatmu di rumah. Perhatikan dulu anak daramu sebelum kamu ingin berdakwah.

4. Pendidikan - berikan sedikit pendidikan seksual bila tiba masanya. Biarkan dia mendengar dari mulut kita bukan dari mulut gatal lelaki jahat. Terkadang kerana ‘soleh’nya kita, nak menyebut seks pun kita tak tersebut. Bahkan dalam program reproduksi pun ada yang tak senang bila diajar tentang alat reproduktif kepada kanak-kanak - tak sesuai katanya.

5. Anak-anak perlu diberi pendidikan dan tanggungjawab. Jangan jadikan dia ‘pets’. Yang kita manjakan dan belai-belai selalu tanpa kita beri didikan. Jangan sesekali menyangka anak kita tak akan melakukannya…….ia akan memberikan kita rasa selamat yang palsu.

6. Bila anak kita telah jadi anak dara, seolah-olah ada bauan atau haruman yang tersebar keluar dari rumah kita - lalu menarik banyak ‘bugs’. Fahamkan dia tentang nilai dirinya. Banyak anak gadis hari ini, termasuk anak gadis kita juga, kadang tergedik-gedik dihadapan kamera. 

Fahamilah wahai ibu, wanita itu seluruhnya adalah aurat. Sangat menarik perhatian. Sangat menggoda. Beritahulah pada anak kita. 

Tanamkan sifat malu pada dirinya.
Perbetulkan pakaiannya.
Jagalah dia.

Sedikit nukilan dan ibrah untuk dikongsi bersama.

Yang ada anak lelaki tolonglah ajarkan supaya menghormati perempuan, belas dan kasih padanya dan sentiasa melindunginya.

Ya Allah lindungilah anak-anak gadis kami!

Dr Ariza Mohamed
Pakar O&G Hospital Pakar Ampang Puteri
AJK Wanita Ikram WP

~~~~~~~~~~

Haaa ... Bila saya baca kisah kat atas nie ... Tiba-tiba datang rasa ngeri, takut & macam-macam lagi ... Ya Allah ... Besar sungguh tanggungjawab yang aku kena pikul ... Aku harap aku mampu ... Semoga kisah kat atas nie memberikan sedikit pengajaran, or mungkin jugak peringatan buat kita semua ... Nauzubillah mintak dijauhkan kisah2 duka dari keluarga aku dan sahabat2 aku ... Ya Allah, Lindungilah anak2 kami ...

Ulangtahun Perkahwinan ...


Alhamdulillah....

Aku bersyukur sangat-sangat ke hadrat Ilahi kerana dengan izin Nya memberi kebahagiaan kepada kami sekeluarga ... walau dalam serba kesederhanaan ... 

Aku juga bersyukur kerana dikurniakan anak-anak yg sempurna (comel, cantik, bijak, hensem, sihat n ceria ... ooppsss lupa lak nakal ...) 

"Ya Allah, aku berjanji kepadaMu, anak-anak ini akan ku didiknya menjadi seorang insan yang beriman dan bertakwa kepadaMu ya Allah. Insyaallah. Itu janjiku padaMu!!"

~~~~~~~~~~~

Pernikahan atau perkahwinan,
Menyingkap tabir rahsia,
Isteri yang kamu nikahi,
Tidaklah semulia Khadijah,
Tidaklah setaqwa Aisyah,
Pun tidak setabah Fatimah,
Justeru, isterimu hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita menjadi solehah.
Pernikahan atau perkahwinan,
Mengajar kita kewajipan bersama,
Isteri menjadi tanah, dalam pernikahan atau perkahwinan,
Kamu langit penaungnya,
Isteri ladang ternakan, kamu pemagarnya,
Isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya,
Isteri adalah murid, kamu mursyidnya.
Isteri bagaikan anak kecil tempat bermanjanya,
Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya,
Seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya,
Seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya.
Pernikahan atau perkahwinan,
Menginsafkan kita perlunya iman dan takwa,
Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah S.W.T,
Kerana memiliki isteri yang tidak sehebat mana,
Justeru, kamu akan tersentak daripada alpa,
Kamu bukanlah Rasulullah S.A.W,
Pun bukanlah Saidina Ali R.A.
Kamu suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh.
Aku wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah..
Amin...

~~~~~~~~~~

Alhamdulillah ... Genap 12 tahun ...
Syukur tak terhingga ... Mudah-mudahan Allah panjangkan usia perhubungan ini  dengan iman dan ehsan ... Sangat bersyukur pada Allah atas segala apa yang dialami ...dan sentiasa hargai peluang hidup dan masa yang Allah kurniakan dalam dunia yang sementara ini.

Semoga kebahagiaan ini akan terus kami kecapi ... Semoga kami sekeluarga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik  ... Moga perkahwinan ini akan terus dirahmati dan diberkati oleh Mu Ya Allah ...
Amiinn ...

Abang Long

Abang Ngah

Princess @ Adik @ Kakak 


 Putra



Resort Tasik Raban, Lenggong, Perak

Lanjutan daripada kisah ari tu kesian tengok anak-anak yang mengharapkan sesuatu ... BigBoss pun agak kepenatan setelah memandu jauh ... Kami pun bercadang rehat semalam di Lenggong ... Cari punye cari punye cari Resort Tasik Raban menjadi pilihan ... 
Jom  tengok sekitar tasik & chalet ...
Zooommmm ...
 


RTR nie aku rasa dibawah selenggaraan Majlis Daerah Lenggong ... Permandangan sekitar tasik memang best ... Cantik, nyaman & tenang jer ... Sape yang minat boleh memancing kot kat sini ... Untuk bebudak adalah mini playground kat sini ... Untuk santai santai boleh ler ... Cuma mungkin boleh diperbanyakkan lagi aktiviti untuk menarik lebih ramai pengunjung ... Sekurang-kurang nyer boleh buat swimming pool kot ... Boleh jugak buat aktiviti yang bersesuaian kat tasik ... Oh, lupa plak, aku rasa ada basikal disediakan, kena bayar ker tak tu aku tak pasti ... Banyak komplen kan aku nih ... Banyak songeh ... 
Jom  tengok chalet nyer plak ...
Bilik utama, satu katil bear ...

Bilik kedua, dua katil bujang ...

Ruang tamu, ada peti ais dan televisyen ...

Pemandangan dari dalam chalet ...
Memang sangat cantik ...

Kalau kengkawan berminat boleh ler tengok brochure kat atas tu ...
Kami tido semalam jer kat sini ... 
Ada lagi sambungan nyer nanti ...