Search This Blog

CRIME ALERT: UMPAN DAN CULIK

Mendidik anak-anak tentang keselamatan diri amat penting dan ia perlu bermula di seawal usia kanak-kanak tersebut. Peranan tersebut harus dimainkan oleh ibu bapa yang tidak seharusnya leka dengan sentiasa menganggap diri dan keluarga dalam keadaan selamat serta jauh dari risiko bahaya.

Sedarkah kita, kejadian yang menimpa kanak-kanak seperti hilang atau diculik pada hari ini adalah disebabkan oleh sikap segelintir ibu bapa itu sendiri.
Beberapa taktik dikesan digunakan penjenayah untuk UMPAN dan CULIK kanak-kanak serta ikuti MO dan nasihat daripada pihak polis bagi mengelakkan anak anda menjadi mangsa seterusnya.
Modus Operandi

1. Suspek terdiri daripada dua orang dan lebih

2. Menaiki kenderaan

3. Mangsa di kalangan kanak-kanak

4. Lokasi sasaran di padang permainan, kawasan rumah, pusat membeli belah, dan jalan-jalan yang kurang dilalui orang awam

5. Mengumpan mangsa dengan memberi gula-gula, wang atau barang permainan
Nasihat

• Jangan membiarkan anak-anak ke sekolah atau ke mana-mana tempat tanpa pengawasan.

• Sentiasa mengingatkan atau menasihatkan anak-anak menggunakan jalan yang terang dan ada orang ramai.

• Sentiasa mengingatkan atau menasihatkan anak-anak tidak menggunakan jalan pintas melalui semak samun, padang, tempat letak kereta atau berjalan belakang rumah atau kedai.

• Adakan satu kod khas yang hanya digunakan di kalangan ahli keluarga dan memberitahu anak anda untuk tidak semudahnya mengekori orang yang tidak dikenali dan tanyakan kod khas tersebut jika benar orang tersebut diminta bantuan oleh ahli keluarga untuk mengambilnya.

• Sentiasa mengingatkan atau menasihatkan anak-anak tidak mengambil atau menerima makanan dan minuman dan barang-barang yang diberikan oleh orang yang tidak atau baru dikenali.

• Jangan lewat mengambil anak anda apabila selesai waktu persekolahan atau di lain-lain tempat awam.
Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )

Lawatan Sambil Belajar ...

Haaa .... Korang ingat tak aktiviti kita orang masa cuti sekolah ari tu ... Meh baca sini dulu Percutian yang tak dirancang ... Lepas mandi manda tu harus ler mencari makanan .... Memasing dah kebulur ... Gambar pun tak sempat@tak ingat dah nak amek ... 
Lepas memenuhkan kantung masing-masing, kita orang jenjalan ler ... Kali kita orang pilih Muzium Tentera Darat ... Memula aku tengok dari luar tu macam kecik jer tempat nyer ... Macam bosan jer ... Tapi bila dah masuk dalam tu, ok jugak lah ... Bebudak nie very excited ... Lari sana ... Lari sini ... "Eh ibu ... Pintu nie dah masuk ker blom ???" ... Ibu nyer jugak yang hongeh ... Jom skodeng gambar-gambar nyer lak ...
Memula jer dah ade kapal terbang nie ... Memang teruja ler bebudak nie ...

Tengok Fatiha tu ... Semangat berlari nak amek gambar nyer pasal ... 
Panas pun dah tak kisah dah ...

Hehehe ... Aku ler jadi tukang amek gambar ...
Berebut-rebut semua nak guna khidmat aku ...

Tengok tu cuaca panas melampau ...
 Tapi masing-masing gigh jugak nak berjalan dan bergambar ...

Naik ketapi nak gie mana tu anak2 oiii ...

Aku nak buh nama kenderaan nyer pun aku tak tau ...

Haaa ... Yang nie boleh agak sape yang amek kan ...

Parabola ATM dolu-dolu ...

Senjata lama dolu-dolu ...

Meriam dolu-dolu ...

Haaa, mamat nie pun aku tak tau nama nyer ape ...

Ngan sape lah anak aku bergambar nie ???

Masing-masing takut masa nie ... Terkejut coz ada bunyi tapak kaki kuda ...

Apo bondo eh nie ?

Ehh ... Fatiha salam ngan sape plak tu ?

Terowong PKM ...
Suasana agak menyeramkan ...

Ngan patung berani ler ....

Konon-konon bilik bedah dia orang ler dolu-dolu nie ...

Suasana yang sengaja disuramkan ...
Dek kerana aku jalan paling belakang, terasa seram sejuk jer ...
Berdiri bulu roma aku masa nie ...

Kat belah belakang ada kawasan seperti tapak perkhemahan ...
Ada ler titi gantung ... Berebut-rebut masing-masing nak naik ...

Tengok ler sendiri sape yang berani ... sape yang penakut ...

Keh ... keh ... keh ...

Jauh tul jarak antara Fatiha & Danial ... Abang Long dah lama lepas ke depan ...

Tabikkkk ...

Pencetus Peristiwa ...

Peti Surat Rahsia ...
Oooo ... Cenghini rupe nyer ... 
Excited aku nengok mende nie ...

Nie ler die Tengkorak Gajah yang digunakan ...

Abang Long nie amek gambar mesti kelabu asap ....

Muka dah letih ...

Kenderaan ape kah ini ...
Fatiha masih teruja nak bergambar ...

Abang Long beriya-iya nak bergambar sambil duk kat dalam tu ...
Bebudak lain dah tak larat nak layan dah ...

Bergambar dalam keadaan cuaca yang sangat panas ...

Meriam ...
Kebabommmm ...

Sekian, wassalam ...
Air ... Air ... Air ...


PANDUAN PUASA



Tak lama lagi nak masuk Ramadhan dah ... So, kengkawan, adik-adik jom kita refresh balik ...

Apa makna puasa?

Puasa menurut pengertian bahasa bermaksud menahan dari sesuatu seperti menahan dari bercakap, makan, minum atau sebagainya.Adapun puasa menurut pengertian Syara‟ (yakni puasa yang disuruh Allah supaya dikerjakan oleh setiap orang Islam) ialah; “Menahan diri dari makan, minum dan jimak (persetubuhan) dengan suatu niat dan ikhlas kepada Allah”. (Tafsir Ibnu Kathir; Surah al-Baqarah, ayat 183) Masa berpuasa ialah dari terbit fajar Sodiq (iaitu fajar yang menandakan masuknya waktu subuh) hinggalah terbenam matahari (iaitu masuknya waktu maghrib).

Berapa jenis puasa?

Puasa melihat kepada hukumnya ada beberapa jenis;
  1. Puasa yang wajib. Ia ada beberapa jenis pula; Pertama; puasa yang diwajibkan Allah dengan ditetapkan hari-harinya iaitulah puasa Ramadhan. Kedua; puasa yang diwajibkan kerana sebab-sebab tertentu sebagai hak (kewajipan) terhadap Allah, iaitulah puasa Kaffarah yang merangkumi kaffarah sumpah, kaffarah zihar, kaffarah membunuh secara tersalah dan sebagainya. Ketiga; puasa yang diwajibkan oleh individu itu sendiri ke atas dirinya, iaitulah puasa nazar.
  2. Puasa yang disunatkan; seperti puasa isnin dan kamis, puasa tiga hari setiap bulan dan sebagainya.
  3. Puasa yang diharamkan; seperti puasa pada hari raya dan sebagainya.
  4. Puasa yang dimakruhkan; seperti puasa pada setiap hari.

Apa hukum puasa Ramadhan?

Puasa di bulan Ramadhan adalah wajib dengan berdalilkan ayat al-Quran, hadis Nabi dan Ijmak ulamak. Ia merupakan salah satu rukun Islam yang lima. Dalil dari al-Quran ialah firman Allah;


“Bulan Ramadan, bulan yang diturunkan di dalamnya al-Quran sebagai petunjuk untuk manusia dan keterangan-keterangan dari hidayah dan pembeza (antara hak dan batil). Maka sesiapa dari kamu telah menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), hendaklah ia berpuasa di bulan itu…” (al-Baqarah, ayat 185).Ungkapan Allah “…hendaklah ia berpuasa di bulan itu…” merupakan perintah dan perintah menunjukkan kepada wajib.Nabi –shallallahu „alaihi wasallam- bersabda; “Islam terbina di atas lima perkara;
  1. Bersaksi bahawa tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah dan bahawa Muhammad adalah Rasul Allah,
  2. Mendirikan solat,
  3. Menunaikan zakat,
  4. Mengerjakan haji,
  5. Berpuasa di bulan Ramadhan”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Ibnu, Umar r.a.)
Telah ijmak (sepakat) sekelian ulamak tanpa ada khilaf di antara mereka bahawa berpuasa pada siang hari di bulan Ramadhan adalah wajib ke atas oleh orang-orang yang mencukupi syarat-syarat wajib puasa yang akan dijelaskan nanti. (Maratib al-Ijma‟, Imam Ibnu Hazm, kitab as-Shiyam).

Apa hukum orang Islam yang meninggalkan puasa Ramadhan?

Oleh kerana puasa Ramadhan adalah wajib, maka orang Islam yang meninggalkannya dengan sengaja –tanpa sebarang keuzuran- adalah fasiq dan berdosa besar. Ia wajib mengqadhanya sebanyak hari yang ditinggalnya. Namun mengqadha sahaja tidak memadai kerana Nabi –shallallahu „alaihi wasallam- bersabda; “Sesiapa yang berbuka puasa dengan sengaja di bulan Ramadhan tanpa kelonggaran (yang diberikan Allah) dan tanpa kerana sakit, puasa sepanjang masa pun tidak akan mampu menggantikan (puasa yang ditinggalkan itu) walaupun ia melakukannya” (Riwayat Imam Bukhari, Abu Daud, Tirmizi dan lain-lain dari Abu Hurairah r.a.). Kerana itu, qadha itu wajib diiringi dengan taubat nasuha iaitu menghadirkan penyesalan di dalam hati kerana keterlanjuran meninggalkan kewajipan Syarak dan berazam tidak akan mengulanginya lagi buat selamanya.

Apa hukum orang Islam yang mengingkari kewajipan puasa Ramadhan?

Ia murtad dari agama kerana kewajipan puasa Ramadhan adalah termasuk dalam perkara-perkara yang sedia dimaklumi dalam agama. Wajib atas pemerintah memperlakukannya sebagaimana seorang yang murtad iaitu hendaklah diminta supaya ia bertaubat dan kembali berpuasa. Jika ia enggan bertaubat, hendaklah dikenakan hukuman had ke atas orang yang murtad iaitu dibunuh.