Search This Blog

Showing posts with label Agama. Show all posts
Showing posts with label Agama. Show all posts

Kenapa Dr Zakir Naik Dihalang?



Hari nie kecoh pasal Dr Zakir Naik dihalang dari meneruskan program nyer...  Aku pun tak paham kenapa... Dr Zakir Naik bukan calang calang orang... Beliau seorang pendakwah antarabangsa yang berpengaruh... Sangat hebat dalam hujah berkenaan perbandingan agama... Aku pun tak faham tang mana program beliau nie akan mengganggu ketenteraman awam dan sensitiviti agama... Hmmm...


HUJJAH LAWAN HUJJAH, BUKAN CACI NISTA

Oleh: Nasrudin bin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat.

1. Islam adalah agama fitrah yang kaya dengan hikmah dan toleransi. Islam tidak eksterim dan apatah lagi menghina agama lain. Justeru ia adalah suatu sikap yang dilarang oleh Islam.

2. Dr Zakir Naik adalah seorang pendakwah antarabangsa yang sangat berpengaruh. Pendekatannya dalam perbandingan agama telah menarik perhatian pelbagai pihak khasnya dari kalangan non muslim.

3. Namun begitu, sangat keterlaluan jika pelbagai tuduhan, amaran dan kata nista dilemparkan kepada Dr Zakir Naik. Lebih malang apabila dalam sebuah negara yang kononnya mengamalkan demokrasi ini langsung tidak menghormati prinsip demokrasi.

4. Dr Zakir Naik hanya berhujjah dan mengemukakan pandangan beliau mengenai keindahan Islam dan mengemukakan perbandingan agama. Kenapa tidak hujjah di lawan dengan hujjah ? Kenapa mesti hujjah dihadapkan dengan caci nista sehingga menggelarnya syaitan dan sebagainya ? Kenapa hujjah mahu dihentikan dengan kuasa lalu menghalang dan mahu menghalau beliau dari terus berhujjah ?

5. Berapa banyak kes penghinaan terhadap Islam berlaku dalam negara ini oleh pihak tertentu samada muslim yang jahil ataupun non muslim, tetapi mereka bebas atas nama kebebasan bersuara dan hak asasi manusia.

6. Saya mewakili PAS mempertegaskan bahawa kita tidak bersetuju malah menentang sebarang usaha penghinaan ke atas agama lain. Namun persoalannya, apakah Dr Zakir Naik menghina agama lain ? Jika benar, lampirkan bukti dan jika sabit kesalahan maka ambillah tindakan.

7. Saya sarankan penyerang - penyerang Dr Zakir Naik tidak melancarkan serangan jarak jauh. Samada datang sendiri ke majlis Dr Zakir Naik lalu bertemu mata dan berhujjah langsung dengan beliau atau bila - bila masa boleh memanggil Dr Zakir Naik untuk berhujjah secara ilmiah sementara anda boleh berusaha untuk menafikan hujjjah yang dikemukakan oleh Dr Zakir Naik . 

8. Kenapa tidak suburkan budaya diskusi dan hujjah ilmiah dalam ruang demokrasi negara ini ?

9. Bukankah ini yang diperjuangkan oleh anda semua ? Kebebasan bersuara ? Kebebasan memberi pendapat ? Kebebasan berhujjah ? Kenapa hari ini anda bersifat pengecut sehingga menidakkan apa yang anda perjuangkan selama ini ?

10. Anda harus berani berdepan dengan Dr Zakir Naik. Ia bukan pengganas malah ia tidak bersenjata. Beliau hanya datang ke Malaysia dengan membawa hujjah, gigi dan lidah.  Buktikan Dr Zakir Naik bersalah dan menghina agama lain. Ada bukti, maka kami setuju ia diambil tindakan. Jika tiada bukti , kenapa anda resah?

11. Perbandingan agama hanya satu hujjah untuk membezakan antara Islam dengan agama lain. Malah Al Quranul Karim sebagai kitab suci ummat Islam banyak mengemukakan perbandingan Islam dengan agama lain bagi membuktikan Islam adalah agama yang diwahyukan oleh Allah swt Tuhan yang Mencipta manusia.

Apakah nantinya Al Quran juga tidak boleh dibaca dan diamalkan di Malaysia?

Ya Allah... Pemudahkanlah urusan kami semua dalam menyampaikan ajaran Mu ...

KULIAH MAGHRIB PERDANA



KULIAH MAGHRIB PERDANA

MASJID AS SYARIFF Simpang 3 Gombak

22/3/2016 - Selasa
Ust Dato Ismail Kamus
Penceramah tersohor tanah air

SEMUA DIJEMPUT HADIR

JAMUAN BERAT DISEDIAKAN

MOHON SEBARKAN

Jemput like dan share FB Masjid As-Syariff Simpang 3 Gombak untuk mengetahui pelbagai aktiviti menarik https://www.facebook.com/MasjidAsSyariffSimpang3Gombak

TAZKIRAH JUMAAT #52 | QAILULLAH


QAILULLAH ITU APA ?

Rase nyer ramai yang dah tau apa itu Qailullah ... Tapi takpe saya buat jugak entry nih untuk panduan saya ... Semoga bermanfaat buat semua ... Sebenar nyer Qailullah adalah tidur sebentar pada waktu tengah hari sebelum masuk waktu Zohor ... Qailullah merupakan sunnah Rasulullah Saw, 



"Lakukanlah Qailulah, kerana sesungguhnya syaitan itu tidak melakukan Qailulah."

(Riwayat al-Tabrani)

************

Kalau dah disunnahkan tu mesti ada sebab nyer kan ... Mari kita tengok rahsia disebalik tidur sejenak sebelum solat Zohor nih ... Syaitan tidak melakukan Qailulah, Oleh itu itu orang-orang Mukmin yang melakukan Qailulah atau tidur sejenak sebelum solat Zohor selama 10-40 minit akan memperolehi kerehatan yang cukup, sehingga membolehkannya melakukan ibadat dengan sempurna sepanjang hari.


Mengikut kajian ... 1 minit Qailulah kualitinya bersamaan dengan 45 minit waktu tidur kita di waktu malam ... Jadi, cukup sekadar dapat 15 minit Qailulah, kita sudah boleh bangun solat malam tanpa rasa mengantuk, insyaAllah ... Qailulah @ tidur sekejap waktu tengahari akan memudahkan kita untuk bangun malam dan berqiamulail.

Orang putih memanggil Qailulah sebagai "nap" ... Di negara barat biasanya "nap" dilakukan dari pukul 2-4 petang ... Hasil kajian menunjukan amalan "nap' waktu tengahari dapat mengelakkan penyakit jantung ... Menurut kajian lagi, manusia perlu berehat setelah 6-8 jam berjaga ...Kita orang Islam akan bangun seawal jam 5.30 pagi untuk solat subuh ... Kalau dikira dari waktu subuh hingga pukul 12-1 tengahari, ia sudah cukup 7-8 jam kita berjaga ... Jadi Qailulah @ nap ini adalah sangat-sangat berpatutan untuk dilakukan pada masa itu ...Ia sangat sesuai denga fitrah badan manusia ... Memang waktu yang sesuai sangat lah kalau kita tidur sekejap untuk menembalikan kesegaran badan ... Tapi jangan plak korang bantai tidur lama memang kena marah ler ngan Boss nanti ... Huhuhu ...

Menurut mereka yang istiqamah mengamalkan Qailulah, sebaik bangkit dari Qailulah, kita mungkin akan mengalami  pening sedikit selama 5-20 minit ... Tetapi selepas itu, kita akan mendapati perubahan mendadak dari segi emosi, kecerdasan dan fokus.


Wallahua"lam ...
Semoga bermanfaat buat kita semua ...

TAZKIRAH JUMAAT #51 | KENAPA AKU DIUJI ??? AKU TAK SANGGUP !!!

KENAPA AKU DIUJI ???

QURAN MENJAWAB :


Qs. Al-Ankabut : 2-3 
“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: ’Kami telah beriman’, sedang mereka tidak diuji lagi ?Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.


KENAPA AKU TAK MENDAPAT APA YG AKU INGINKAN ???
😞 
QURAN MENJAWAB :


Qs. Al-Baqarah : 216
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui”


KENAPA UJIAN SEBERAT INI ??
😓 
QURAN MENJAWAB:


Qs. Al-Baqarah : 286
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”


KENAPA FRUST & STRESS ???
😔 
QURAN MENJAWAB :


Qs. Al-Imran : 139
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yg paling tinggi derajatnya, jika kamu orang-orang yang beriman”


BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPINYA ???
😥
QURAN MENJAWAB :


Qs. Al-Baqarah : 45
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sholat; dan sesungguhnya sholat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk Tiada daya dan upaya kecuali atas pertolongan Allah semata”


APA YANG AKU DAPAT ???..


QURAN MENJAWAB :


Qs. At-Taubah : 111
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan jannah untuk mereka…”


KEPADA SIAPA AKU BERHARAP ???
😒
QURAN MENJAWAB :

Qs. At-Taubah : 129
“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal”


AKU TAK SANGGUP !!!!..


QURAN MENJAWAB :
Qs. Yusuf : 12
“….dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.”


InsyaAllah ayat-ayat di atas bisa menjadi pencerahan buat kita semua dan selalu ingin menjadi yang terbaik dalam kehidupan ... Alhamdulillah ... Berpesan-pesanlah kamu walau sepotong ayat ... Bermula satu ayat pasti ade sedikit perubahan di hati ... Setiap makhluk Allah tidak lepas dari melakukan kesilapan ... Bermaafanlah sebelum terlambat ... Bertaubatlah ... Sakit atau apa saja, terima ia nyer dengan redha kerana setiap yang datang itu INSYAALLAH penuh dengan hikmah ... 

Memang kan bila kita baca ... And then tulis entry ... Senang jer rase nak redha nih, terima jer ape yang Allah s.w.t dah beri ... Tapi bila betul-betul terjadi pasti akan terkeluar juga 
KENAPA AKU DIUJI ??? AKU TAK SANGGUP !!! Ini pasti akan terdetik jugak paling tidak pun dalam hati ... Kes bertambah berat kalau melibatkan orang-orang yang kita sayang ... Ya Allah berilah aku kekuatan untuk meneruskan liku-liku kehidupan ini ... Berikanlah aku kekuatan hati ... Kekuatan jiwa ... Dan kesabaran yang tinggi ...

Wallahua^lam ...

TAZKIRAH JUMAAT #50 | PUKUL KEPALA IBLIS

JOM PUKUL KEPALA IBLIS

Sumber Pak Google

Ustaz Azhar Idrus Berkata:
Kita relax and bace ni.. 

Perbualan antara Rasulullah & iblis...

Rasulullah bertanya : 
“Apa yg kau rasakan jika melihat seseorang dari umatku hendak solat?”

Iblis menjawab : “Aku merasa panas dinding dan gementar”

Rasulullah : “Kenapa?”
Iblis : “Sebab setiap seorang hamba bersujud 1X kepada Allah, Allah mengangkatnya 1 darjat”

Rasulullah : “Jika seorang umatku berpuasa?”
Iblis : “Tubuhku terasa terikat hingga ia berbuka”
Rasulullah : “Jika ia berhaji?”
Iblis : “Aku seperti orang gila”
Rasulullah : “Jika ia membaca Al-Quran?”
Iblis : “Aku merasa meleleh laksana timah di atas api”
Rasulullah : “Jika ia bersedekah?”
Iblis : “Itu sama saja orang tersebut membelah tubuhku dengan gergaji”
Rasulullah : “Mengapa boleh begitu?“
Iblis: ”Sebab dalam sedekah ada 4 keuntungan baginya, iaitu :


1. Keberkatan dalam hartanya, 
2. Hidupnya disukai,
3. Sedekah itu kelak akan menjadi hijab antara dirinya dengan api neraka,
4. Terhindar dari segala macam musibah,


Rasulullah : “Apa yang dapat mematahkan pinggangmu?"
Iblis : “Suara kuda perang di jalan Allah.”
Rasulullah : “Apa yang dapat melelehkan tubuhmu?”
Iblis : “Taubat orang yang bertaubat”
Rasulullah : “Apa yang dapat membakar hatimu?”
Iblis : “Istighfar di waktu siang & malam”
Rasulullah : “Apa yang dapat mencoreng wajahmu?”
Iblis : “Sedekah yang diam2”
Rasulullah : “Apa yang dapat menusuk matamu?”
Iblis : “Solat fajar”
Rasulullah : “Apa yang dapat memukul kepalamu?”
Iblis : “Solat berjemaah
Rasulullah : “Apa yang paling mengganggumu”
Iblis : “Majlis para ulama”
Rasulullah : “Bagaimana cara makanmu?”
Iblis : “Dengan tangan kiri dan jariku”
Rasulullah : “Dimanakah kau menaungi anak2mu di musim panas?”

Iblis : “Dibawah kuku manusia”
Rasulullah : “Siapa temanmu wahai iblis?”
Iblis : “Penzina”
Rasulullah : “Siapa teman tidurmu?”
Iblis : “Pemabuk”
Rasulullah : “Siapa tamumu?”
Iblis : “Pencuri”
Rasulullah : “Siapa utusanmu?”
Iblis : “Tukang sihir (dukun)”
Rasulullah : “Apa yang membuatmu gembira?”
Iblis : “Bersumpah dengan cerai”
Rasulullah : “Siapa kekasihmu?”
Iblis : “Org yang meninggalkan Solat Jumaat”
Rasulullah : “Siapa manusia yang paling membahagiakanmu?"

Iblis : “Org yang meninggalkan solatnya dengan sengaja”

AllahuRabbi... 
Jom Kongsi...

*sebarkannya biar bagi 1 dunia tahu apa kelemahan Iblis.

SAYA MOHON MAAF DI ATAS KEKHILAFAN SAYA SELAMA INI. TERIMA KASIH DI ATAS KEPRIHATINAN SAHABAT SEMUA. 

HADIS INI PALSU

http://www.salamdakwah.com/baca-forum/hadits-palsu-dan-bathil-tentang-dialog-iblis-dengan-rasulullah-shallallahu-alaihi-wasallam.html

https://www.facebook.com/AlQuranDanHaditsRasulullahSAW/posts/hadits-palsu-tentang-dialog-nabi-dengan-iblis-percakapan-rasullulah-dan-iblis-ra/374818582655287/

TAZKIRAH JUMAAT #47 | ISTIGHFAR

http://masdodod.files.wordpress.com/2010/05/istighfar1.gif?w=570&h=378
SESUNGGUHNYA kehidupan paling bernilai bagi seorang insan bermula dari saat dilantunkan taubat, dijatuhkan butir air mata dan diperah segenap perasaan yang mengaku berdosa. Taubat bukan hanya hak milik sesetengah mereka yang berdosa, kotor dan jelik pada pandangan manusia.

Taubat juga amalan nabi dan rasul, orang salih serta pejuang ilmu yang mengamalkan agamanya dengan segenap pengorbanan. Baginda SAW mengajar umatnya sentiasa berasa diri hina di hadapan Allah walaupun selepas berada pada kemuncak amal yang paling ikhlas.

Sehingga tidaklah lahir pada jiwa orang yang beramal itu rasa suci dan hebat berbanding orang lain. Betapa ramainya orang terseleweng selepas melakukan amal salih, iaitu apabila menganggap diri sempurna dan memandang rendah pada orang lain.

Belitan iblis terlalu halus, ia datang tanpa disedari orang beramal. Untuk itu, Baginda SAW mendidik sahabat supaya membiasakan diri melafazkan istighfar selesai saja mengerjakan sembahyang dan amal salih yang mungkin dicemari riak.

Istighfar yang memerlukan istighfar lainnya, begitulah hakikat apabila berada pada kemuncak ilmu dan amal. Semakin tinggi ilmu dan makrifah seorang hamba kepada Allah semakin jatuh hatinya rebah ke tanah, mengaku tidak mampu memikul amanah dan menyesal atas setiap detik berlalu dalam keadaan bermaksiat kepada Allah dan menganiaya manusia.

Alangkah peliknya, hamba yang tidak mengambil berat mengenai istighfar. Mengapa? Apakah kerana amalnya sudah cukup untuk menghapus kejahatannya, atau hatinya sudah mencapai tahap keikhlasan yang murni?

Apakah ilmu yang dimiliki mampu mendekatkan dirinya kepada Allah? Apakah sudah lahir akhlak mulia di mata manusia sehingga kedudukannya bagaikan permata berkilauan di tengah-tengah mereka?

Sedangkan Nabi SAW dan sahabat yang sudah berada pada tahap ketinggian dan kemuliaan di sisi Allah menyediakan masa, membuat pengakuan taubat pada penghujung malam pada waktu sahur. Tidakkah hamba lalai dan sedikit ilmu itu lebih memerlukan taubat untuk menghidupkan kembali jiwa mereka?

Sesungguhnya Rasulullah SAW berdoa dalam sembahyang malam dengan lafaz yang bermaksud:

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang malampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Jika kekasih Allah masih menganggap dirinya berdosa, mengapa manusia biasa tidak sudi mengaku hina? Sesungguhnya tangisan taubat umpama air hujan yang menyuburkan tanah, menghasilkan rimbun daun dan lebatnya buah.

Ia menghidupkan jiwa insan yang hampir mati, menggetarkan hati beku oleh maksiat dan membuka jalan bagi mengenali Tuhan. Oleh itu, hanya yang pernah merasai kemanisan taubat memahami hakikat ini.

Mereka tidak pernah jemu membuat pengakuan dalam hati dan lisan setiap kali melakukan suatu perbuatan, mengharap Allah mengampuni apa yang tersilap secara disedari atau tidak. Kemanisan taubat bukan hanya dapat dirasai dalam hati tetapi ia janji Allah bagi mereka yang menepati.

Begitulah khabar daripada al-Quran dan sunnah mengenai keutamaan taubat. Ada tiga kesenangan yang layak dimiliki pencinta taubat. Pertama, dikurniakan kenikmatan berpanjangan. Kemudian terhindar daripada pelbagai musibah dan ketiga, menjadi penghapus dosa.

Adapun dalilnya disebut dalam al-Quran dan hadis Rasulullah SAW yang menjadi cahaya bagi orang mencari jalan keselamatan.

Nabi Hud menyeru umatnya untuk kembali kepada Allah melalui firman-Nya yang bermaksud:

“Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhanmu dan bertaubat kepada-Nya. Nescaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik (secara terus menerus) kepada kamu.” (Surah Hud, ayat 3)

Begitu juga Nabi Nuh yang bersabar selama 950 tahun menasihati umat supaya bertaubat. Al-Quran merakamkan kenyataan Nabi Nuh dengan janji yang turun daripada Allah yang bermaksud:

“Maka aku (Nuh) katakan kepada mereka: Mohonlah ampun kepada Tuhanmu. Sesungguhnya Dia Maha Pengampun. Nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat dan memperbanyakkan harta dan anak-anak kamu, mengadakan kebun-kebun dan sungai-sungai untuk kamu.” (Surah Nuh ayat, ayat 10-12)

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah mengulas mengenai nikmat dikurniakan Allah kepada orang yang bertaubat, bahawa kenikmatan itu mencakupi jasmani dan rohaninya. Kerana ramai orang yang nampak saja bahagia dengan harta benda tetapi menderita jiwa dan rohaninya.

Sedangkan Allah tidak sesekali menurunkan kesusahan, kecemasan dan penderitaan kepada orang yang mencintai taubat dengan rezeki menggembirakan hati. Oleh itu, sesiapa merasai kesedihan dan suka merungut dengan pemberian Allah hendaklah memperbaharui taubatnya. Boleh jadi tiada keberkatan dalam rezekinya disebabkan dia meninggalkan taubat.

Yang kedua, taubat menjadi benteng melindungi seorang hamba daripada musibah. Firman Allah yang bermaksud:

“Dan Allah tidak sesekali mengazab mereka, sedang kamu berada di antara mereka. Dan tidaklah pula Allah akan mengazab mereka sedang mereka meminta ampun.” (Surah Al-Anfal, ayat 33)

Sesungguhnya ada dua jenis musibah dalam kehidupan manusia iaitu musibah yang memberi pengajaran semata-mata untuk mempertingkatkan keimanannya kepada Allah, berlaku kepada orang Islam dan musibah berupa azab yang menutup peluang serta merta kepada orang kafir yang dilaknat.

Walau bagaimanapun, musibah tetap menjadi suatu kenyataan menakutkan bagi orang mukmin dan mereka disuruh berlindung kepada Allah daripada sebarang mudarat yang boleh membahayakan iman.

Hakikatnya, musibah paling dahsyat bagi orang mukmin adalah terhalangnya diri daripada merasai kenikmatan bermunajat kepada Allah. Hal ini pernah diungkapkan melalui luahan jiwa seorang pendeta bani Israil seperti mana disebut dalam kitab Shaydul Khatir.

Ibnul Qayyim mengungkapnya: “Pendeta bani Israil itu berkata: Wahai Tuhanku, betapa aku sering melakukan maksiat kepada-Mu, tetapi mengapa tak kunjung datang azab-Mu menimpa diriku? Didatangkan ilham kepadanya melalui ilmunya: Alangkah besarnya azab Allah kepadamu, tetapi engkau tidak mengetahui hakikatnya. Tidakkah engkau berasa dirimu dihalangi daripada merasai kemanisan beribadat kepada-Nya?”

Untuk itu benteng bagi orang beriman adalah taubat kerana dengan istighfar sesukar apapun musibah yang ditelan ia tidak akan menjejaskan agamanya dan hatinya pun sentiasa diliputi kemanisan iman. Ia adalah janji dan pertolongan Allah kepada pencinta taubat.

Keutamaan taubat yang terakhir, ia menjadi penghapus dosa dan pembuka pintu syurga seperti firman Allah yang bermaksud:

“Dan orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah lalu memohon ampun atas dosa mereka dan siapakah lagi yang dapat mengampuni dosa selain Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu sedang mereka mengetahui. Balasan bagi mereka ialah ampunan Allah dan syurga yang mengalir di dalamnya sungai dan itulah sebaik-baik pahala bagi orang yang beramal.” (Surah Ali Imran, ayat 135-136)

Sesungguhnya sesiapa yang mencari kasih sayang Allah, carilah ia dengan taubat, sesiapa yang menjual dunia untuk mendapatkan akhirat janganlah lupakan taubat, kerana walaupun amal soleh berjaya dikumpulkan tidak mustahil dicemari hasutan syaitan.

Tangisilah dirimu, biarkan syaitan berputus asa. Hakikatnya, tangisanmu itu membuat syaitan menangis juga. Seperti mana dia menangis melihat seorang hamba bersujud kepada Allah, sedangkan dia dulu tidak mahu bersujud.

Istighfar (Mohon Keampunan)

APABILA fikiran terganggu atau jiwa tidak tenteram, maka jangan lupa menyebut astaghfirullah'azim.

Begitu juga jika ditimpa penyakit, kehidupan berasa sempit, khuatir menjadi lemah dan inginkan kekuatan dan apabila melakukan kesalahan, maka segeralah beristighfar. Sesungguhnya beristighfar itu adalah kunci rahmat Allah. Tujuan dan fadilatnya amat besar. Hakikat dan ganjarannya tidak terkira.

Mengapa kita beristighfar?


Kita adalah hamba-Nya yang tidak sunyi daripada kesilapan. Kita berusaha sedaya upaya untuk mengerjakan kebaikan tetapi tersilap juga. Yang demikian, kita beristighfar sebagai cara mengiktiraf diri, sebagai makhluk yang dijadikan-Nya dan hidup semata-mata untuk menyembah-Nya. Kita beristighfar semoga sentiasa beroleh niat baik-Nya. Jika kita telah mengerjakan kebaikan, maka kita akan diberi pahala. Tetapi apabila kita melakukan kesalahan, kita hendaklah segera memohon keampunan-Nya.

Ini adalah satu pengiktirafan bahawa sesungguhnya sifat sempurna itu adalah milik Allah semata-mata. Kita beristighfar kepada Allah kerana Dialah Yang Maha Besar dan Berkuasa atas segala-galanya. Malah, kita sentiasa berhajat kepada-Nya.

Bilakah masanya kita beristighfar?
Kita harus beristighfar pada setiap hari, setiap langkah setelah kita melangkah, setiap pandangan setelah kita memandang, malah setiap saat. Kita diseru beristighfar kerana padanya terdapat penghuraian bagi semua masalah yang kita hadapi. Allah berfirman yang maksudnya: Maka Aku katakan kepada mereka: Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia Maha Pengampun; nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat dan membanyakkan harta dan anak-anakmu dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai.-Surah Nuh: 10-12

Beristighfar juga memberikan kekuatan kepada sesuatu umat: Dan (Dia berkata): Hai kaumku, mohonlah ampun kepada Tuhanmu lalu bertaubatlah kepada-Nya, nescaya Dia menurunkan hujan yang sangat deras atasmu dan Dia akan menambahkan kekuatan kepada kekuatanmu dan janganlah kamu berpaling dengan berbuat dosa.-Surah Hud: 52

Kesimpulannya ialah beristighfar merupakan huraian bagi pelbagai masalah manusia daripada ekonomi membawa kepada kesihatan. Rasulullah saw telah menggesa umatnya agar terus beristighfar. Baginda menegaskan bahawa beristighfar adalah satu cara untuk keluar daripada kesempitan, bebas dari segala keraguan dan pembuka jalan untuk mendapatkan rezeki.

Sabda baginda dalam sebuah hadis yang bermaksud: "Sesiapa yang membiasakan beristighfar, maka Allah akan tunjukkan baginya satu jalan keluar dan pada setiap keraguan itu pula satu jalan untuk menenteramkan jiwa dan Dia mencurahkan rezeki dengan tidak terkira." Rasulullah saw telah mengajar kita betapa perlunya seseorang itu beristighfar, merayu serta memohon taubat daripada Allah sebagaimana sabdanya yang bermaksud: "Sesungguhnya aku beristighfar kepada Allah 100 kali dalam sehari."

Ibnu Umar ra juga telah berkata bahawa "kami pernah mengira Rasulullah saw beristighfar sebanyak 100 kali dalam satu majlis yang maksudnya: "Ya Tuhanku, ampunilah daku. Sesungguhnya Engkaulah Penerima Taubat dan Amat Penyayang."

Sesungguhnya jika kita beristighfar 100 kali dalam sehari pun masih belum mencukupi. Kita harus memohon ampun daripada-Nya setakat yang terdaya dengan memuji dan bersyukur atas ni'mat yang tidak terputus kepada Hamba-Nya. Justeru itu, beristighfar adalah satu jaminan bagi seorang Muslim itu untuk masuk ke syurga kerana Allah akan mengampuni dosa hamba-Nya yang memohon taubat. Rasulullah saw telah memberitahu kita bahawa sesungguhnya seorang hamba itu apabila telah melakukan maksiat dan kemudian bertaubat kepada-Nya, nescaya Allah tidak akan menulis segala kesalahannya itu dalam sijil golongan orang-orang yang berdosa. Maka gugurlah segala hukumannya itu. Perlu diingatkan bahawa janganlah seseorang itu berputus asa daripada rahmatAllah, walau apa jua pun dosa dan kesalahan yang dilakukannya.

Sesungguhnya rahmat Allah itu luas. Allah berfirman dalam Quran yang bermaksud: Katakanlah: Hai hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Surah Az-Zumar: 53)


Wallahua'lam ...

#Entrylamayangdiulang ...

#Maaftakjumpacarituanpunya ...

TAZKIRAH JUMAAT #46 | Kesalahan Wanita Bertudung


Alhamdulillah ... Ramai yang dah sedar sekarang ... Ramai yang dah bertudung ... Tapi tu lah ... Dalam Islam bukan kita disuruh bertudung ... Kita semua disuruh menutup aurat ... Jom semak kesalahan-kesalahan yang kerap dilakukan oleh kita semua ... Kaum lelaki pun boleh baca ...

1. Aurat itu adalah memakai tudung sahaja

2. Bertudung tetapi dengan T-Shirt berlengan pendek

3. Bertudung apabila dalam keadaan tertentu sahaja seperti memasuki kawasan masjid atau ke kenduri

4. Bertudung tetapi bajunya sendat, singkat dan nipis

5. Bertudung tetapi menayangkan gambar tidak bertudung di alam maya

6. Bertudung tetapi tidak menutup kaki (tidak memakai stokin)

7. Bertudung tetapi tidak menjaga adab pergaulan

8. Bertudung tetapi memakai minyak wangi berlebihan

9. Bertudung tetapi memakai kasut tumit tinggi hingga menghasilkan bunyi yang kuat ketika berjalan

10. Bertudung apabila keluar rumah sahaja, apabila berada dirumah ada tetamu bukan mahram datang ia tidak bertudung.



*Jagalah auratmu dengan betul ...
*Peringatan untuk semua terutama diri sendiri ...


Sumber : Bahagian Dakwah, JAKIM

TAZKIRAH JUMAAT #45 | GURINDAM SIFAT 20


Wujud Allah wajib ada
Wujud kita harus sahaja
Wujud Allah dapatdirasa
Namun ia tak dapat diduga
Ada Allah tiada mula
Sejak azali dia sedia
Ada kita diciptakanNya
Dari tiada kepada ada
Ada Allah kekal sentiasa
Tiada yang mengubahnya
Ada kita binasa akhirnya
Datang dariNya pulang kepadaNya
Ada Allah tiada serupa
Tak berbentuk dan berupa
Tak bertempat dimana jua
Tak tertakluk pada masa
Ada Allah sendiri sahaja
Tak berhajat pada apa jua
Cukuplah dia dengan diriNya
Bahkan kita yg perlu padaNya
Ada Allah ESA sahaja
Tidak berbilang apa pun jua
Tidak bersusun dari apa apa
Anak tiada bapa pun tiada
Wujud Allah wajib ada
Wujud kita harus shj
Wujud Allah dpt dirasa
Namun ia tak dpt diduga....


Source:Unknown ....


Setiap orang yang beriman harus meyakini bahawa Allah ta`ala wajib memiliki semua sifat kesempurnaan yang layak bagi keagungan-Nya. Mereka harus meyakini bahawa mustahil Allah ta`ala memiliki sifat kekurangan yang tidak layak bagi keagungan-Nya. Mereka juga harus meyakini pula bahawa Allah berkuasa melakukan atau meninggalkan penciptaan segala sesuatu yang bersifat mumkin iaitu seperti menciptakan, mematikan, menghidupkan, memberi rezki, mengurniakan kebahagiaan , menimpakan kecelakaan dan lain-lain lagi. Kesemua ini adalah sekian bentuk keyakinan yang paling dasar yang perlu wujud di dalam hati setiap orang Islam. Aku rasa masa darjah satu lagi kita dah belajar sifat 20 nie ... Tapi masa tu just menghafal jer lah yang 20 tu ... So, sekarang nie sepatut nyer kita nie dah faham dah dengan Sifat 20 nie ... Sepatut nyer dah kenal dah Allah s.w.t ... Tapi ... Masih ramai yang tak betul-betul kenal ... Termasuklah aku ...

TAZKIRAH JUMAAT #38 | 7 SUNNAH HEBAT



Seperti biasa aku nak kongsi ilmu yang aku dapat ngan kengkawan ... Semoga menjadi peringatan untuk saya dan bermanfaat buat kengkawan ...

**********

Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

Kedua:
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat:
Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

Keenam:
Jaga wudhu' terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwu dhu'. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu' senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

Sebarkanlah ilmu ini, dan anda tidak akan rugi sedikitpun, sebarkan, semoga ianya memberi manfaat pada semua

By Ustaz Don Daniyal

**********

Haaa ... Hebat kan kalau kita dapat buat ketujuh-tujuh sunnah Nabi nie ... Pssttt, ingat ... Bukan kawen 2, 3 dan 4 jer sunnah Nabi ... 

TAZKIRAH JUMAAT #37 | MEMANG ALLAH SENGAJA ...


Memang Allah sengaja....


* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA.



* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhan-NYA, dan meninggalkan laranganNYA. .

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hamba-NYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepada-NYA ...

Ya Allah ... Berikan lah kesihatan yang baik untuk keluarga INI ... Murahkanlah rezeki keluarga INI ... Jauh kan lah keluarga INI dari sebarang musibah ... 

Bangun Malam

Barang siapa yang terbangun di malam hari 
dan membaca do'a, maka akan dikabulkan segala macam permintaan-nya.

Lihat panduan dzikir ketika terbangun di malam hari berikut ini :

"Laa ilaa ha illallaah wahdahu laa syarikalahu
Lahulmulku walahul hamdu wahuwa 'ala qulli syai'in qodir

Subhanallah

Walhamdulillaah

Walaa ilaa ha illallaah

Wallaahu akbar

Wala haula wala quwwata illa billaahil 'aliyyil 'adzhim"

Kemudian kita berdoa lah ape-ape yang kita nak ...

Lagi bagus kalau kita terjaga tu ... Kita bangun and terus amik air sembahyang dan terus solat ... Peh tu berdoa lah mohon ape2 yang kita nak sangat2 ...

Insyallah ...

Kadar Bayaran Zakat Fitrah Mengikut Negeri 2015

Zakat Fitrah ialah zakat diri yang diwajibkan atas diri setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

Pada prinsipnya seperti definisi di atas, setiap muslim diwajibkan untuk mengeluarkan zakat fitrah untuk dirinya , keluarganya dan orang lain yang menjadi tanggungannya baik orang dewasa, anak kecil, laki-laki maupun wanita.

Berikut adalah syarat yang menyebabkan individu wajib membayar zakat fitrah:

## Individu yang mempunyai kelebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.

## Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadan dan hidup selepas terbenam matahari.

## Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadan dan tetap dalam Islamnya.

## Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadan.

Berikut adalah kadar zakat fitrah seluruh negeri di Malaysia bagi tahun 2015 bersamaan 1436 Hijrah.


Sebaik-baiknya adalah menunaikan Zakat Fitrah di awal Ramadhan bagi membolehkan agihan kepada golongan yang layak disempurnakan sebelum menjelang Hari Raya.

WANITA HEBAT



Wanita hebat bukan kerana dia "cantik" ...

Wanita hebat bukan kerana dia "kaya" ...

Wanita hebat bukan kerana dia "Pintar"

Wanita hebat bukan kerana "disampingnya ada lelaki kacak dan bergaya" ...

Tapi wanita hebat adalah wanita yang mampu terus berdiri menyelesaikan
masalahnya ...

Mampu berdoa dan percaya bahawa Allah adalah sumber "Kekuatan" ...

Wanita hebat melukis kekuatan melalui proses kehidupan ...

Bersabar saat tertekan ...

Tersenyum saat hati menangis ...

Diam saat terhina ...

Mempesona kerana memaafkan ...

Jadilah wanita hebat di zaman ini ...

Aurat Bukan Sekadar Rambut ...


Artikel yang aku copy n paste utk peringatan aku dan kawan2 ...
Harap2 berguna n membantu 


12 Aurat Wanita Dalam Islam


2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng - Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng….

3. Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang – Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.
4. Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.
5. Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
6. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.
7. Muka dan Tangan – Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja – Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.
8. Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya – Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.
9. Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.
10. Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik – Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.
Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi – Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.
11. Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya – Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.
Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.


12. Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah