Search This Blog

TETAMU PEMBAWA RAHMAT.

*Hikmah Rumah Didatangi Tetamu*


Masih dalam mood raya nampak nyer... Maklum ler cuti panjang... Dan kesempatan ini lah diambil untuk ziarah menziarahi... Namun ada jugak yang merungut-rungut keletihan kerana kehadiran tetamu yang ramai... Jom baca kisah berikut... 

💐💐💐💐💐💐💐💐💐💐

Seorang perempuan mengadu kepada Rasulullah s.a.w.  tentang perihal suaminya yang suka menjemput tetamu ke rumah. Si isteri sangat penat menghidangkan makanan dan melayan tetamu.

Perempuan tadi pun pulang ke rumah tanpa sebarang jawapan daripada Rasulullah s.a.w..
 
Tidak berapa lama kemudian Rasulullah s.a.w. memberitahu kepada suami perempuan tadi bahawa dia akan ziarah ke rumahnya. Lalu suami tadi pun memberitahu kepada isterinya bahawa pada hari ini kita ada tetamu istimewa yang akan datang. Isterinya bertanya:

*"Siapakah tetamu itu?"*

Maka dijawab olehnya bahawa tetamu itu adalah Rasulullah s.a.w.. Isteri tadi sangat gembira mendengar berita tersebut. Lalu dia pun menyediakan makanan yang lazat dan sedap-sedap untuk Rasulullah s.a.w..

Ketika Rasulullah s.a.w. hendak pulang. Baginda memberitahu kepada suami tadi supaya memberitahu isterinya supaya melihat dipintu ketika baginda keluar.

Kemudian isterinya pun melihat ke pintu semasa Rasulullah s.a.w. keluar.

Dilihatnya binatang-binatang seperti lipan, kala jengking dan segala yang memudaratkan ikut keluar bersama Rasulullah s.a.w.. Beliau sangat terkejut lalu Rasulullah Sallallah 'Alaihi Wasallam berkata kepadanya:

*"Demikianlah yang berlaku setiap kali tetamu menziarahi rumah seseorang."*

Apabila tetamu kita pulang, akan keluar dari rumah kita segala bentuk bala, kemudaratan, binatang-binatang yang menyakitkan dan penyakit dari rumah kita.

Rumah yang sentiasa diziarahi tetamu ialah rumah yang disukai oleh Allah s.w.t.. Turunnya rahmat dan barakah dari langit.


قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: " إذا أراد الله بقوم خيراً أهدى لهم هدية. قالوا: وما تلك الهدية؟ قال: الضيف ينزل برزقه، ويرتحل بذنوب أهل البيت ". فيااحبتي " الضيف دليل الجنة ". وقال رسول الله صلى الله عليه وسلم من كان يؤمن بالله واليوم الآخر فليكرم ضيفه ...
صل الله عليه وعلى آله وصحبه أجمعين..

ALHAMDULILLAH, TETAMU ADALAH PEMBAWA RAHMAT.

6 comments:

  1. setuju. tetamu datang bawa rahmat..

    ReplyDelete
  2. tetamu datang membawa rahmat....

    ReplyDelete
  3. Tapi rumah selalu sepah nak panggil tetamu datang kena bersilat dulu he he

    ReplyDelete
  4. Rasul SAW memamng menggalakkan kita untuk memuliakan tetamu. Cuma cerita tu palsu disandarkan kepada Nabi SAW. Sama2 kita berhati2 dalam menyampaikan kisah berkaitan sabda Nabi SAW. Walaupun niat/matlamat kita baik. Wallahualam.

    Rujuk link http://nabilahasan.blogspot.my/2017/07/assalamualaikum.html?m=1

    ReplyDelete