Search This Blog

LORONG TAMBAH NILAI DITUTUP


Alhamdulillah... Bulan Ramadhan dah masuk fasa akhir... Untung lah korang yang diberikan peluang menunaikan ibadah puasa... 

Sekarang nih mesti ramai yang dah sibuk2 nak menyambut Syawal... Geng Mak Mak mesti sibuk dengan persiapan kuih raya nyer,  baju raya nyer,  kemas rumah nyer... Geng Lelaki plak sibuk ngan kereta, memastikan kereta tip top untuk mengharungi perjalanan yang jauh... Jangan korang lupa minta cuti dah ler... 

Kat sini aku nak kongsi sedikit maklumat yang aku dapat... Bagi mengurangkan kesesakan lalulintas  semasa musim perayaan nanti,  PLUS akan menutup lorong tambah nilai di plaza tol lebuh raya berkenaan mulai 22 Jun hingga 2 Julai nie ... 

So,  korang korang yang guna PLUS nanti kena lah pastikan kad PLUSMiles atau Touch 'n Go korang mempunyai baki yang mencukupi ... Korang boleh tambah nilai kad korang kat banyak tempat,  antara nyer kat mesin pengeluaran wang automatik (ATM), kedai serbaneka 24 jam dan stesen minyak, termasuk yang beroperasi di kawasan rehat dan rawat (R&R) di sepanjang lebuh raya. Haaa... Baik korang top up cepat2... Kang tersadai plak tepi highway tu ...

Yang nie untuk PLUS jer eak... Yang lain2 aku tak tau... 

4 comments:

  1. Bagus jugak macam ni. Lancar skit perjalanan tp tu lah.kena topup banyak terus.

    ReplyDelete
  2. TQ for this info. Biasa Siqah memang suka topup kat tol je nanye. For Raya, tak bolehlah buat camni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena top up siap2 supaya x raya tepi jalan... Huhuhu...

      Delete