Search This Blog

SUAMI, PINTU SYURGA DI RUMAH

Isteri, memiliki pintu syurga di rumahnya ... Pintu itu boleh mengantar dia ke syurga atau melemparkannya menuju ke neraka ... Pintu itu hanya satu, SUAMI ...

Isteri yang TAAT kepada suaminya, kelak memiliki kedudukan seperti lelaki yang mati syahid dalam peperangan di jalan Allah ...

Setiap isteri melayani suaminya, maka perbuatannya akan meninggikan darjatnya di sisi Allah ...

Amal ibadah yang paling utama bagi seorang isteri adalah melayani suami dan anak²nya ...

Lebih utama dari ibadah sunnah apa pun ... Sebab itu amat rugi sekali wanita yang sibuk dengan zikir, tetapi suaminya terlantar tak dipikir ...

Sibuk dengan al-Quran tapi suaminya tak pernah disediakan makan ...

Sibuk dengan majlis maulud, tapi dengan suaminya selalu perang mulut ...

Berdebat, bicara kasar, menipu, berbohong, nusyus, menyakitinya, memandangnya dengan pandangan rendah, meninggikan suara …

Laa haula wa laa quwwata illa billaaaah

Wahai para isteri …

Tiada guna solat mu ...
Tiada guna majlis yang kau hadiri ...
Tiada guna puasa mu ...
Tiada guna zikir mu ...
Tiada guna haji mu ...
Tiada guna bacaan al-Quran mu ...
Tiada guna sedekah mu ...
Sebelum kau meminta maaf kepada suami mu ...

Jangan sakiti dia, walaupun terkadang dia memiliki kelemahan di sana-sini ...

Nabi telah menjelaskan, wanita yang menjadikan wajah suaminya berubah, maka tak akan diterima solatnya walau sejengkal ...

Dalam riwayat, wanita yang tidak mahu melayani suaminya di malam hari, dilaknat malaikat hingga pagi hari ...


Selagi ada kesempatan, berubahlah sikap menjadi baik ... Selagi ada kesempatan minta maaflah ...
Jadilah isteri yang baik, Jika memang yang kau tuju syurga,
Itulah jalannya ...

Carilah redha suami mu, Semoga Allah menyelamatkan kita semua dari perbuatan yang boleh mendatangkan murka-Nya ... Baik yang kita sedari atau tidak kita sedari ...

“Maka lihatlah kedudukanmu di sisinya ... Sesungguhnya suami mu adalah syurga dan nerakamu.” 
(HR. Ahmad)

* Saya dapat kat group wasap ... Ingatan untuk saya yang tak sempurna ... Semoga bermanfaat buat kengkawan ... Ambik yang positif, jauhkan yang negatif ...

5 comments:

  1. Insya Allah...cuba & masih mencuba untuk menjadi yang terbaik utk suami... (^_^)
    thanks for sharing!

    ReplyDelete
  2. huurm.. ada yang ckp suami pun kunci isteri ke syurga kan.. kalo isteri solehah tu boleh plih je nak masuk syurga ekot pintu mana.. bruntung tapi ya cabaran tu tinggi..

    ReplyDelete
  3. “Maka lihatlah kedudukanmu di sisinya ... Sesungguhnya suami mu adalah syurga dan nerakamu.”
    (HR. Ahmad)

    ReplyDelete