Search This Blog

Aplikasi Aduan Majlis Perbandaran Selayang

Aplikasi aduan Majlis Perbandaran Selayang dibangunkan untuk memudahkan penduduk Selayang membuat dan menyemak aduan. Melalui aplikasi ini, aduan boleh dihantar dalam bentuk gambar beserta lokasi GPS. Ini membolehkan MPS menerima aduan dengan lebih tepat cepat serta dapat memberi maklumbalas dengan lebih berkesan.

Pengguna aduan MPS boleh mengguna ID Pengguna dan Kata Laluan yang sama untuk aplikasi ini. Pengguna baru perlu membuat pendaftaran di link berikut http://goo.gl/DfZXSc

Untuk maklumat lanjut sila layari http://www.mps.gov.my 
atau Hotline MPS 03 - 6138 9898 @ 1 800 222 677

Aplikasi Aduan MPS juga boleh diakses melalui telefon bimbit ... Pengguna boleh download aplikasi tersebut untuk menggunakannya ...

Pengguna perlu memasukkan ID Pengguna dan Kata Laluan ... 
Pengguna baru perlu mendaftar terlebih dahulu ...


Pengguna boleh membuat dan menyemak aduan yang telah dibuat ... 

Aduan yang boleh diterima oleh Majlis Perbandaran Selayang adalah mengenai Alam sekitar, Bangunan, Bencana Alam, Bonggol, Cukai Taksiran, Haiwan, Halangan, Jalan, Kakitangan Majlis, Kemudahan Awam, Kerja Tanah, Lampu Jalan, Landskap/ pokok, Longkang, Masalah Papan Tanda, Mesin Meletak Kenderaan, Padang Permainan, Pasar Malam, Penguatkuasaan, Penyelenggaraan, Permohonan Lesen, Pesuruhjaya Bangunan(COB), Pusat Siber MPS dan Sampah ...

Aku alert pasal mende-mende nih pasal aku tinggal dalam kawasan di bawah selenggaraan MPS ... So, kalau ape-ape jadi senang aku nak buat aduan ... Selalu nyer pasal sampah dan anjing liar ler ... Semoga dengan ada nyer kemudahan nie persekitaran akan menjadi lebih bersih ... Diharap MPS juga dapat menjalankan tugas dengan lebih efektif ... Cuma masalah sampah nie memerlukan anjakan minda pengguna-pengguna ... Aku tengok masih ramai yang tak kisah buang sampah merata-rata ... Penuh longkang ... Lagi teruk kalau lepas pasar malam @ pasar tani ...

Sekian bebelan aku kali nie ... Semoga bermanffat ...

1 comment:

  1. wahhh majunyaaaa. harap2 MP lain pun ikut jugak. bukan apa senangkan semua dah hujung jari.
    btw jom join segmen pencarian bloglist theathra.
    http://theathra.blogspot.my/2016/02/pencarian-bloglist-theathra.html
    Terima kasih sebab support ;)

    ReplyDelete