Search This Blog

MENANG SUSU SUSTAGEN

Alhamdulillah aku menang SUSTAGEN SUPERMOM MONTHLY GIVEAWAY ... Yang lebih menggembirakan aku menang untuk dua bulan berturut-turut... Anakk aku Putra ler paling happy ... Aku pun happy jugak sebab dapat menjimatkan perbelanjaan aku sekeluarga ...
Menang ganjaran bulan November 2017

Menang ganjaran bulan Disember 2017

Putra ler yang paling gembira berganda-ganda ... Konon-konon cam dia yang menang hadiah tu ...


Nie ganjaran bulan November 2017... Dapat sekali dua cookiepod ... Hahaha, ntah bile lah nak guna tu ...

Hadiah yang ditawarkan memang menarik jer... Best kan... Haaa, jangan lupa join tau... Aku dah menang untuk bulan November 2017 dan Disember 2017... So,  ape lagi aku seru korang join jugak untuk bulan2 yang seterus nyer... 

Untuk daftar SUSTAGEN SUPERMOM MONTHLY GIVEAWAYS

Jangan lupa singgah jalan-jalan kat Kisah Hidup Ku & Join segmen katJom Bercontest ... 

Yang nie plak untuk ulat2 buku... Banyak buku2 menarik + murah kat sini... Sila skodeng... 

ULANGTAHUN PERKAHWINAN YANG KE-15


Alhamdulillah ... Genap 15 tahun ...
Syukur tak terhingga ... Mudah-mudahan Allah panjangkan usia perhubungan ini  dengan iman dan ehsan ... Sangat bersyukur pada Allah atas segala apa yang dialami dan sentiasa hargai peluang hidup dan masa yang Allah kurniakan dalam dunia yang sementara ini.


Ya Allah... Yang telah menyatukan kami dengan ikatan yang sah, peliharalah dan suburkanlah cinta kami sebagai mana kami cinta padaMU dan RasulMu ... Dan lindungilah cinta kami dari godaan syaitan ... Aku bersyukur sangat-sangat ke hadrat Ilahi kerana dengan izin Nya memberi kebahagiaan kepada kami sekeluarga ... Walau dalam serba kesederhanaan ... 


Aku juga bersyukur kerana dikurniakan anak-anak yang sempurna (comel, cantik, bijak, hensem, sihat n ceria ...) 


Semoga kebahagiaan ini akan terus kami kecapi ... Semoga kami sekeluarga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik  ... Moga perkahwinan ini akan terus dirahmati dan diberkati oleh Mu Ya Allah ...
Amiinn ...

~~~~~~~~~~~

Pernikahan atau perkahwinan,
Menyingkap tabir rahsia,
Isteri yang kamu nikahi,
Tidaklah semulia Khadijah,
Tidaklah setaqwa Aisyah,
Pun tidak setabah Fatimah,
Justeru, isterimu hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita menjadi solehah.
Pernikahan atau perkahwinan,
Mengajar kita kewajipan bersama,
Isteri menjadi tanah, dalam pernikahan atau perkahwinan,
Kamu langit penaungnya,
Isteri ladang ternakan, kamu pemagarnya,
Isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya,
Isteri adalah murid, kamu mursyidnya.
Isteri bagaikan anak kecil tempat bermanjanya,
Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya,
Seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya,
Seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya.
Pernikahan atau perkahwinan,
Menginsafkan kita perlunya iman dan takwa,
Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah S.W.T,
Kerana memiliki isteri yang tidak sehebat mana,
Justeru, kamu akan tersentak daripada alpa,
Kamu bukanlah Rasulullah S.A.W,
Pun bukanlah Saidina Ali R.A.
Kamu suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh.
Aku wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah..
Amin...

~~~~~~~~~~

Kiub Rubik | Rubix Cube

Korang... Bebudak sibuk main mende nih... Dah lama jugak depa main menatang nih... Daripada tak tau sampai jadi tau... Sanggup tengok YouTube cam ner cara nak selesaikan... Sanggup salin satu persatu langkah-langkah...

Dah banyak koleksi bebudak nih... Kat bawah tu sebahagian jer... Tu pun ada hati nak beli lagi... Haisshhh... Geram jugak kadang tu... Tapi ada yang cakap main menatang nih bagus... Menguji minda... 

Sebahagian daripada koleksi kiub... 

Yang belum diselesaikan... 

Yang nie yang basic, 3*3*3

Yang lebih kurang macam kat atas tu,  tapi dah diselesaikan... 

Untuk pengetahuan korang menatang nih nama nyer kiub rubik... Kiub yang nih tak boleh digunakan untuk memasak macam kiub pati ikan bilis tu eak... Jangan pi buh dalam kuali plak... 

Kiub Rubik ialah sebuah mainan teka-teki mekanik yang dicipta pada tahun 1974 oleh Ernő Rubik, pengarca dan profesor senibina Hungary

Cuti sekolah nie memang habiskan masa dengan kiub nih jer... Abang Ngah cakap SKGS nak adakan pertandingan tahun depan... Tu yang gigih berlatih tu... Hehehe... Chaiyok... Chaiyok... 

Anak-anak korang ada tak main kiub nih? Ker korang sendiri pun main jugak?