Search This Blog

CPUV NUFFNANG #127 | CALTEX

Awal bulan lepas masih ada lagi cpuv dari #nuffnang... Kali nie dapat kempen daripada Caltex... 

Disebabkan aku terkena jangkitan, maka baru lah la nie aku dapat menulis pasal #nuffnang nie... Walaupun kebanyakan kengkawan dah memutuskan hubungan... Aku jer yg stay,  sebab aku malas nak pikir yang lain-lain tu... 
Aku pun tak tau ape yang nak dikempenkan oleh Caltex... Nak skodeng pun susah kot,  dah lama... So kalau kengkawan nak tau maklumat terkini sila lah layari laman web Caltex (klik logo kat atas tu)... 
Kengkawan kalau ada terserempak iklan  menari-nari tergedik-gedik kat blog Kisah Hidup Ku dan Jom Bercontest boleh ler klik... Untuk mereka yang berminat jer tau... Tiada paksaan, tak mo pun xpe lah... Sob... Sob... Sob... 

Terima kasih #nuffnang
#Caltex #CaltexMalaysia 
#kisahhidupku #jombercontest
#reviewproduct #kolaborasi

Terima kasih kengkawan ...
Alhamdulillah ...

Penyakit Anjing Gila | Rabies

Gambar Hiasan


Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kekecohan penyakit anjing gila @ rabies ... Aku pun terkesan jugak sebab kawasan aku duduk nie ada jugak anjing-anjing liar berkeliaran ... Malah aku sendiri pernah kena kejar anjing ... Memang takut giler masa tu ... So, aku terpanggil nak mencari ape sebenar nyer penyakit nih ...

Penyakit rabies nie sebenar nyer disebabkan oleh virus bernama Lyssa ... Sedap plak nama virus nih ... Virus nie istimewa sebab ia tidak pilih host untuk hidup dan boleh berjangkit kepada semua mamalia ... 

Virus ini boleh tersebar apabila haiwan yang terkena jangkitan ini menggigit atau mencakar haiwan lain atau manusiaAir liur yang terdapat dari haiwan yang dijangkiti juga merupakan ejen penyebar virus ini jika terkena pada mana-mana bahagian badan. Anjing merupakan haiwan yang paling banyak dijangkiti penyakit ini dengan 99% kes yang dilaporkan di seluruh dunia adalah berkaitan dengan gigitan anjing.

Aku pun terus teruja untuk meneruskan pencarian dan pembacaan mengenai tanda dan gejala penyakit rabies nie plak ... Jom kengkawan ambik tau skit ...

  • Radang pada otak dan korda spina
  • Rasa bimbang, sakit kepala, demam, lesu
  • Perubahan deria disekitar tempat gigitan
  • Mudah terangsang, berhalusinasi dan berasa takut pada tiupan angin
  • Takut dan benci akan air
  • Celaru, mengalami sawan sehingga membawa maut
  • Paralytic rabies - sawan lumpuh
  • Gejala di atas akan berlaku dengan cepat dan diikuti dengan tubuh menjadi kaku, kejang otot pernafasan
  • Boleh menyebabkan kematian.

Imunisasi pasif dengan memberi serum anti rabies. Imunisasi boleh diberikan kepada individu yang telah digigit untuk mencegah dari terkena penyakit ini ... Perlu bertindak segera ... Orang ramai plak perlu mengelakkan daripada memegang dan digigit haiwan liar dan haiwan perliharaan yang sesat ... Kalau korang dah terkena gigitan haiwan yang telah dijangkiti atau berhubung dengan orang yang telah dijangkiti, luka perlu segera dibersihkan dengan sabun dan air ... Peh tu cepat-cepat ler siap pie jumpa doktor ... Tindakan segera perlu diambil sebelum kes menjadi lebih serius - mati ...

Nauzubillah ... Moga dijauhi daripada kita semua ... Kalau korang jumpa anjing @ kucing yang ada tanda-tanda terkena jangkitan, lebih baik elakkan, jangan dekat atau pegang... Hubungi segera pihak berkuasa ... Nak lagi cepat,  kalau kawasan perumahan banyak anjing liar berkeliaran segeralah hubungi majlis bandaran... Itulah serba sedikit info basic yang dapat aku kongsi ngan korang nak lebih detail kena lah aku buat phd plak lepas nie ... Muahahaha ... Moga bermanfaat ...


#anjinggila
#rabies

PERATURAN HIDUP


Peraturan hidup ini mudah!

🌸🌻🌼Jika tak mampu menyayangi, jangan pula membenci🌸🌻🌼

🌸🌻🌼Jika tak mampu memuji, jangan sampai mengeji🌸🌻🌼

🌸🌻🌼Jika tak boleh nak hargai, jangan pula menyakiti🌸🌻🌼

🌸🌻🌼Jika tak mampu membahagiakan, jangan sampai menyusahkan🌸🌻🌼

 🌸🌻🌼Jika tak mampu membuatnya ketawa, jangan pula jadi sebab dia mengalirkan air mata...!🌸🌻🌼

🌸🌻🌼 Suzana Ghazali 🌸🌻🌼

Semoga kengkawan semua dipermudahkan segala urusan dan sentiasa dibawah rahmat Ilahi... 
🌸🌻🌼🌸🌻🌼🌸🌻🌼