Search This Blog

KITA INI PENDOSA


Kita ini pendosa... Namun kita sentiasa diberi peluang untuk kembali kepada-Nya... Walau sejauh mana pun kita tersasar... Selama mana pun kita terleka... Hebatnya kasih sayang Allah pada kita... Lebih hebat dari kasih sayang seorang ibu kepada anaknya ... 

~ 4 Syawal ~

SALAM AIDILFITRI 2017M/1438H


Selamat Hari Raya diucapkan kepada semua saudara-mara dan kawan-kawan tak kira di mana jua anda berada ... Ampun dan maaf dipinta andainya terkasar bahasa, tersilap bicara, terpinjam harta-benda, terumpat bila-bila; semoga dimaafkan ...

Semoga Syawal kali ini menjadi Syawal yang terindah buat kita semua ...

Maaf Zahir Batin dari kami sekeluarga ...

Dalam kita bergembira jangan lupa pada mereka-mereka yang telah tiada dan mereka-mereka yang teraniaya ...

#‎PrayForGaza‬
 #PrayForPalestine
#PrayForSyria
#PrayForQatar
#PrayForMalaysia 

KAD RAYA PERTAMA 2017


Yeaayyy ... Alhamdulillah ... Dalam zaman yang serba serbi online nih ... Dapat jugak aku kad raya ... Ini adalah kad raya pertama aku tahun nie ...

Kad nie daripada Blogger Shida Ridzuan ... Kalau korang dah biasa gie blog dia ... Cam ner blog Shida cam tu lah jugak kad raya nyer ... Biru ... Sejuk dan nyaman jer rasa ... Kat blog Shida nih korang akan perolehi banyak maklumat ... Rase nyer kalau tengok secara rambang blog Shida nih lebih kepada perniagaan yang dijalankan ... Nak pasang iklan ker ... Nak suh review ker ... Nak tempah kad ker ... Boleh gie melawat blog beliau ... Banyak maklumat kat sana ...


Jom hubungi shida untuk tempahan dan keterangan lebih lanjut 
Email : admin@duniashida.com
Facebook : Shida Radzuan

Terima Kasih Shida ...
Selamat Hari Raya...