Search This Blog

CPUV NUFFNANG #118 | LACTACYD X KOL ENGAGEMENT

Alhamdulillah... Kempen pertama di tahun baru 2017 ... Kali nie dapat daripada LACTACYD X KOL ENGAGEMENT ...

Ape menda kot lah kempen kali nie... Aku pun tak tahu... Nuffnangers ada yang tahu ker ? Aku plak tengah berpenyakit... Penyakit paling bahaya abad nie... Hehehe... So,  korang kenalah cari sendiri menatang ape LACTACYD X KOL ENGAGEMENT ... Soweee ...


Kengkawan kalau ada jumpa iklan LACTACYD X KOL ENGAGEMENT menari-nari tergedik-gedik kat blog Kisah Hidup Ku dan Jom Bercontest boleh ler klik, untuk yang berminat jer tau... Tiada paksaan, tak mo pun tak pe lah... Sob... Sob... Sob... 

Terima kasih #nuffnang
#lactacyd #kolengagement
#kisahhidupku #jombercontest
#reviewproduct

RESEPI TAUHU SUMBAT

Korang suka ker tauhu sumbat?  Aku suka lah jugak... Tapi jarang aku buat...  Biasalah bebudak mana suka sayur... Hidangan nie simple jer...  Hidangan yang paling simple tu lah yang paling sedap! Kalau korang suka & minat Tauhu Sumbat ni, bolehlah cuba untuk minum petang nanti ...


  • Bahan-bahan:
    - Tauhu 
    - Timun (dihiris halus) 
    - Lobak merah (dihiris halus) 
    - Taugeh (dicelur)
    - Garam
    - Sos cili 
    - Minyak untuk menggoreng 

    Cara-cara: 
    1. Goreng tauhu hingga perang. 
    2. Tabur garam secukup rasa.
    3. Potong dua dan belah tengah supaya ada ruang untuk disumbatkan dengan sayuran. 
    4. Sumbat tauhu dengan timun, lobak merah, dan taugeh. 
    4. Hidang dengan sos cili.

TAZKIRAH JUMAAT #67 | ORANG YANG BERTASBIH


Nabi Yunus alaihissalam, apabila keluar dari negerinya, baginda menaiki kapal. Lalu kapal tersebut dilanda badai.

Mereka terpaksa mengundi siapakah yang akan dicampakkan ke dalam laut. Lalu, undian itu terkena kepada Nabi Yunus alaihissalam.

Apabila dicampakkan ke dalam laut, datang ikan besar menelan baginda.


Ketika di dalam perut ikan tersebut, baginda sentiasa bertasbih dan berzikir.

Allah ta'ala menyebutkan kisah ini di dalam Al-Qur’an:

فَلَوْلَا أَنَّهُ كَانَ مِنَ الْمُسَبِّحِينَ. لَلَبِثَ فِي بَطْنِهِ إِلَىٰ يَوْمِ يُبْعَثُونَ

"Maka kalaulah ia bukan dari ORANG YANG BERTASBIH, tentulah ia akan tinggal di dalam perut ikan itu hingga ke hari manusia dibangkitkan keluar dari kubur"[Ash-Shaaffat:143-144]

Allah ta'ala sebutkan kesan baik daripada tasbih tersebut

1- Allah campakkan baginda keluar dari ikan tersebut ketika baginda dalam keadaan sakit.

2- Allah tumbuhkan pokok berdaun lebar untuk melindungi baginda yang berada di tanah lapang yang kosong.

3- Allah jadikan kaumnya berjumlah 100ribu atau lebih beriman. Mereka sentiasa bertambah dari masa ke semasa.

Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda: “Doa Zun Nun (Nabi Yunus) alaihissalam ketika berdoa di dalam perut ikan,


Tidaklah seorang  muslim berdoa dengan doa ini  melainkan Allah pasti  memperkenankan doanya.” [Sunan Tirmizi]

Bertasbihlah dan berdoalah dengan perkataan yang  disebutkan Nabi Yunus. Semoga Allah taala  melepaskan semua orang yang beriman daripada segala kesusahan dan mengurniakan mereka segala kebaikan. Ameen

-ARAR-
*Maaf ... Kebanyakan entry ilmiah agama saya perolehi dari pelbagai sumber ... Rasa nak simpan dan nak kongsi dengan kawan-kawan ... Kebanyakkan nyer dari group wasap ... Saya jarang menulis entry ilmiah agama kerana saya rasa saya tak layak menulis dalam bidang tu ... Saya tak mahir dalam bidang tu nanti orang cakap ajaran sesat plak ... Hadis palsu ... Huhuhu ... Maaf ...

Semoga bermanfaat buat kita semua ...