Search This Blog

FENOMENA AIR PASANG DI PELABUHAN KLANG

Mohon laluan info terkini ... Sila panjang kan peringatan kepada saudara sahabat kita yang berpotensi untuk bersedia hadapi keadaan ini ... Sama-sama kita berdoa agar tiada kejadian buruk akan berlaku ...

Banjir pasang-surut di beberapa kawasan di Pelabuhan Klang ... Air pasang yang tertinggi dengan bacaan 5.6M ...

JADUAL AIR PASANG DRPD JP S:-

18HB SEPT 2016 ~ 5.6M
19HB SEPT 2016 ~ 5.5M
20HB SEPT 2016 ~ 5.5M
21HB SEPT 2016 ~ 5.2M

PENDUDUK DIMINTA SUPAYA BERWASPADA DAN MENGAMBIL LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN JIKA BERLAKU LAGI BANJIR AIR PASANG TINGGI SEPERTI YANG DIJANGKAKAN





Sumber :
👍 Group Wasap 👍

CPUV NUFFNANG #101 | DOVE HAIR CARE RANGE

Alhamdulillah ... Permulaan untuk September 2016 ... Kali nie dapat kempen daripada Dove ... Rase nyer ramai yang dah tahu, Dove mengeluarkan banyak jenis produk ...
Kali nie kempen untuk produk penjagaan rambut ... Meh baca, aku malas nak translate ...

Turn to Dove hair care for products that nourish hair day after day. From shampoo to hair masks and styling products, we’ve got everything you need for nourished, beautiful hair.

With Dove hair care products, beautiful hair is more than just gloss and promises. It’s real, nourishing care that lasts. It’s care you can trust. Since the most beautiful hair is healthy hair, we’ve combined advanced hair care science that delivers both instant results and progressive nourishment for hair that gets better and better over time. So there’s no more choosing between hair looking great and being cared for.
Nie antara produk penjagaan rambut yang dikeluarkan oleh Dove ...

Treating damage, quenching dryness, restoring vitality to ageing hair – whatever you need to bring the best out of it. Lift and volumise fine hair, moisturise and define curly hair, add fullness to thinning hair: we’ve got it covered.

And to keep that care going right to the end of your routine, we’ve created styling products that nourish as well as keep your hair looking amazing.

Whatever your hair needs, there’s a product from Dove Advanced Hair Series to perk it up. Explore the range here…

Aku suka jugak produk keluaran Dove nih terutama produk penjagaan kulit ... Hand lotion ker ... Body lotion ker ... Memang best ... Lembut & wangi ... Errkk, tapi harga cam mahal lah skit ...


Kengkawan kalau ada jumpa iklan Dove menari-nari tergedik-gedik kat blog Kisah Hidup Ku dan Jom Bercontest boleh ler klik untuk yang berminat jer tau ... Tiada paksaan, tak mo pun tak pe lah ... Sob ... Sob ... Sob ...

Terima kasih #nuffnang
#dovehaircare #dovemalaysia
#kisahhidupku #jombercontest
#reviewproduct
Terima kasih kengkawan ...
Alhamdulillah ...

RESEPI SAMBAL

  • 3 Lagi Resipi Sambal Yang Semua Peminat Makan Pedas Wajib Tahu ... Kena Cuba Ni! Memang tak sah makan nasi kalau tak ada sambal-sambal ni ... Nak tahu bagaimana caranya untuk sediakan Sambal Tempoyak, Sambal Gesek dan Air Asam? Senang saja, tonton video ini:

  • SAMBAL GESEK
  • Bahan-bahan: 
    - 3 sudu besar ikan bilis 
    - 2 biji cili merah
    - 10 biji cili padi 
    - 1 biji bawang merah 
    - 2 ulas bawang putih
    - 1 inci belacan 
    - 1 biji limau 
    - ½ sudu teh garam 
    - ½ sudu teh gula

    Cara-cara:
    1. Tumbuk kasar ikan bilis, cili merah, cili padi, bawang merah, bawang putih, dan belacan.
    2. Goreng sehingga garing.
    3. Masukkan garam dan gula, perahkan jus limau, dan gaul. 4. Hidang!

  • SAMBAL TEMPOYAK
  • Bahan-bahan: 
    - 4 biji cili merah (dihiris)
    - 8 biji cili padi (dihiris) 
    - 4 sudu besar tempoyak 

    Cara-cara: 
    1. Tumbuk cili merah dan cili padi sehingga lumat.
    2. Masukkan tempoyak dan gaul.
    3. Hidang!

  • AIR ASAM
  • Bahan-bahan: 
    - ½ cawan air asam jawa
    - ½ inci belacan bakar 
    - 5 biji cili padi (dihiris)
    - ½ biji bawang besar (dipotong)
    - ¼ biji tomato (dipotong dadu) 
    - 1 biji cili merah (dihiris)
    - ½ sudu teh garam 
    - ½ sudu teh gula 
    - 1 biji limau

    Cara-cara: 
    1. Gaul asam jawa dan belacan hingga sebati.
    2. Masukkan cili padi, cili merah, bawang besar dan tomato, dan gaul. 
    3. Masukkan garam dan gula, perahkan jus limau, dan gaul.
    4. Hidang!