Search This Blog

Aidilfitri 2016

Alhamdulillah Rabu lepas bersamaan dengan 6 Julai 2016 semua umat Islam menyambut Syawal setelah sebulan berpuasa ... Kami sekeluarga beraya di Gombak kali ini ... Syok ??? Biasa biasa jer ... Alhamdulillah semua adik beradik aku bali, so gegak gempita jugak ler rumah uwan dengan keletah anak masing-masing ... Seawal 8.30 pagi semua nyer bergegas ke surau berdekatan untuk menunaikan semayang raya ... Malas nak cite banyak2 meh ler nengok gambar-gambar tak semenggah kami ...

Borak-borak ... Makan-makan ... Sambil menunggu jemaah surau bertakbir ...

Menyambut ketibaan jemaah ...

Salam ngan Mak Abah ...

Anak-anak bersalaman ...

Sambil menunggu sedekah daripada PokCik dan MokCik ...Terima kasih ...

Lepas habis aktiviti bersalam-salaman sambil mengumpul duit raya ... Maka harus lah diadakan sesi bergambar ... Inikan raya ...

Keluarga Besar Kami ...

Free style ...

Mak ngan Abah aku ...
Semoga dikurniakan kesihatan yang baik dan sentiasa dibawah rahmat Ilahi ...

Keluarga Along ...

Kami Sekeluarga ...
Panas weiii ...

Keluarga Faizal ...

Keluarga Faiz ...
Insyaallah ada pertambahan ahli tahun depan ...
Alhamdulillah ...

Lepas habis sesi bergambar , kami sekeluarga bergerak balik ke Jengka 17 ... Agak lewat jugak lebih kurang pukul 11 pagi ... Raya di Jenka pun biasa-biasa jer ... 

Masa nie dah nak gerak balik ke Gombak ...

Putra nak merajuk dah ...

Bergambar lah selagi boleh ...
Senyum ... Senyum 

Alhamdulillah kerana diberi kesempatan beraya bersama dengan orang-orang yang aku sayang ... Semoga kita semua sentiasa dibawah rahmat Ilahi ... 
Lepas tu ... Lepas tu ... Lepas tu ...
Hmmm ...

SALAM AIDILFITRI 2016M/1437H


Selamat Hari Raya diucapkan kepada semua saudara-mara, kawan-kawan tak kira di mana jua anda berada ... Ampun dan maaf andainya terkasar bahasa, tersilap bicara, terpinjam harta-benda, terumpat bila-bila; semoga dimaafkan ...

Semoga Syawal kali ini menjadi Syawal yang terindah buat kita semua ...
Maaf Zahir Batin dari kami sekeluarga ...

Dalam kita bergembira jangan lupa pada mereka-mereka yang telah tiada dan mereka-mereka yang teraniaya ...



#‎PrayForGaza‬
 #PrayForPalestine
#PrayForSyria
#PrayForMalaysia 
‪#Save‎Gaza
‪#‎SavePalestine
#SaveSyria 
#SaveMalaysia

Amalan Sunat Selepas Kelahiran Zuriat

Image result for Amalan Sunnah Selepas Kelahiran Zuriat

1. Azan dan iqamat
-Anak lelaki di azan pada telinga kanan dan iqamat pada telinga kiri.
-Anak perempuan di iqamat hanya pada telinga kiri.
Sabda Rasulullah diriwayat oleh Baihaqi dan Ibnu Sunni dari Hasan bin Ali: “Sesiapa yang melahirkan anak maka hendaklah ia melakukan azan di telinga anaknya yang kanan serta iqamat pada telinga kiri, nescaya anak tidak dicabuli oleh Ummu Sibyan (jin perempuan yang mengganggu kanak-kanak)”

2. Membaca ayat Qulhuwallah (surah al-Ikhlas) dan ayat 36 surah al-Imran.
-Rahsia dan kelebihannya adalah agar anak dihindari daripada gangguan dan tipu daya syaitan, menandakan kehebatan alam semesta ciptaan Allah, mengajar syariat Islam (melalui kalimah syahadah) dan menanamkan kalimah mulia dalam hati.

3. Memberi nama yang baik
-Nama yang baik adalah nama-nama yang ada hubung kait dengan Islam atau pengertian yang indah.
Tegas Rasulullah diriwayat oleh Muslim: “Nama-nama kamu yang kamu paling disukai oleh Allah ialah Abdullah dan Abdul Rahman”

4. Tahnik (Belah Mulut)
-Menggunakan buah tamar yang dimamah lumat dan disuapkan sedikit kepada bayi dan gerakan ke kanan dan ke kiri.
-Ini bertujuan untuk mendidik bayi agar mudah menyusu dan menjana sifat taqwa, kesejahteraan dan kefasihan lidah.

5. Cukur rambut
-Sunat mencukur rambut bayi ketika bayi berusia 7 hari.
-Berat rambut ditimbang sama dengan nilai emas atau perak dan disedekah dengan nilainya kepada fakir miskin..
-Bercukur boleh melebatkan rambut, menguatkan kulit kepala, menyuburkan pancaindera (mata, penglihatan, pendengaran dan deria bau).
-Adalah dilarang membuat jambul.
Rasululah s.a.w menegaskan dari Abdilah bin Omar r.a berkata (hadis riwayat al-Sahihain) : “Rasululah s.a.w telah melarang meninggalkan rambut bertompok-tompok”

6. Aqiqah
-Sunat melakukan aqiqah ketika bayi berusia 7 hari.
Dari Samrah bin Jundub r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda (hadis riwayat Abu Daud): “Tiap-tiap bayi itu tergadai dengan aqiqahnya. Disembelih kambing atau biri di hari yang ketujuh dan dicukurkan rambut serta diberi nama ke atasnya”
-Anak lelaki disunatkan sembelih dua ekor kambing atau biri-biri dan satu ekor bagi anak perempuan (kambing atau biri sampai umur seperti untuk korban).
Dari Habibah binti Maisarah (hadis riwayat Abu Daud):”Ia pernah mendengar Rasululah s.a.w berkata untuk lelaki dua ekor kambing yang sama besar dan untuk perempuan seekor kambing”
-Daging aqiqah digalakkan di masak gulai manis dan tulangnya tidak dipatahkan.
Sabda Rasululah (hadis riwayat al-Baihaqi): “Dari Aisyah r.a yang sunat dua ekor kambing yang sekupu (sama besar) untuk bayi lelaki dan bayi perempuan seekor dimasakkan secara berangkai-rangkai dan jangan dipatah-patahkan”