Search This Blog

Balik Kampung ???

Assalamualaikum dan Selamat Pagi kengkawan ... Korang buat ape ? Ada yang cuti terus ker ? Hehehe ... Kali nie saya nak cerita kisah Hafiz dan teman nyer ... Bukan Hafiz Hamidun ... Bukan pelakon Hafidz Roshdi ... Bukan jugak Hafiz yang bawak awek naik limosin ... Tapi kali saya nak cerita kisah Si Hafiz Penjual Popcorn... Mungkin kisah nie macam lawak bodoh tapi ada sesuatu kat situ... 

Pak Hafiz seorang penjual popcorn bertanya kepada isterinye tentang anak-anak balik beraya ... Nak raya dah kan harus lah depa pun borak pasal raya jugak ... 

Pak Hafiz : Maknye dah call anak-anak balik x raya kali ni?

Isteri : Dah bang, diorang cakap balik rumah mertua ... Yelah kita ni miskin, mertua kaya-kaya ... (Sedih)

Pak Hafiz bangun lalu mencapai hand phonenya lalu call anak-anak nya ...

Isteri : Abg pujuk diorang ke? Apa dia orang kata?

Pak Hafiz : Aku tak pujuk, aku cakap kerajaan jadi beli kebun belakang rumah RM8 juta nak buat highway ... Jadi raya ni semua akan balik sini ... Alhamdulillah ...

Nampak tak ape yang nak disampaikan? Korang kalau nak balik raya saya rasa baik ler ikut giliran ... Jangan ler balik sebab MakPak kaya ... Jangan ler balik sebab nak berebut harta... Kalau ada kaedah lain pun boleh jugak ... Asalkan adil dan tak bergaduh ... Asalkan tak de pihak yang terasa dan berkecik hati menjeruk rasa... Takmo gaduh-gaduh... 

CPUV NUFFNANG #87 | SHELL HELIX 2016



Alhamdulillah ... Subuh-subuh tadi masuk lagi satu kempen daripada SHELL HELIX 2016 ... Aku rase Shell baru melancarkan satu produk nih Shell Helix Ultra ... 


Shell Helix is the first and only engine oil to offer a Free Extended Engine Warranty in Malaysia
We are so confident in Shell Helix Ultra's long-lasting engine performance, that we are offering a free engine warranty of up to 12 years/200,000km, so you can drive with peace of mind.
Haaa ... Kat atas tu sedikit jer penerangan pasal produk terbaru tuh ... Kira nyer dengan penggunaan produk terbaru tu, enjin akan lebih mantop ... Nak tahu lebih lanjut korang gie ler skodeng website SHELL HELIX 2016

Kengkawan kalau ada jumpa iklan SHELL HELIX 2016 menari-nari tergedik-gedik kat blog Kisah Hidup Ku & Jom Bercontest boleh ler klik untuk yang berminat jer tau ... Tiada paksaan, tak mo pun tak pe lah ... Sob ... Sob ... Sob ...


Terima kasih #nuffnang  #shellmalaysia #shellhelix2016 #shellhelixultra
Terima kasih kengkawan ...
Alhamdulillah ...

NUZUL AL-QURAN & LAILATUL QADAR

Semalam kita semua bercuti sempena Nuzul Al-Quran ... Korang tau ker ape tu Nuzul Al-Quran ? Kebetulan plak tadi anak aku ade tanya aku pasal perkara nih ... So, aku pun gigih ler menggoogle pasal mende nih ... Meh ler kita baca ... Semoga maklumat nie berguna untuk kita semua ...

Nuzul Al-Quran


Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga  seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:
Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)
Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqanbererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.
Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:
”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran
Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.
Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah  SWT
Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)

Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan  berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan  bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.
Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.
Sebagai kesimpulannya marilah kita sama-sama menghayati nuzul al-Quran ini sebagai suatu peristiwa besar yang penuh makna dan hikmah. Kita seharusnya melihat al-Quran itu sebagai ‘kitab induk’ panduan Ilmu pengetahuan untuk memajukan manusia seluruhnya. Memajukan manusia yang lebih penting adalah memajukan umat Islam terlebih dahulu melalui penguasaan ilmu pengetahuan dan teknologi. Membaca al-Quran itu adalah suatu ibadah. Sekarang bolehlah kita panjangkan ‘membaca’ al-Quran itu kepada menganalisa, mengkaji, menyelidiki dan mencari rahsia ilmu pengetahuan di dalam al-Quran dan seterusnya menghasilkan penulisan-penulisan yang akhirnya memajukan dunia ini dan khasnya memajukan umat Islam dan seterusnya mengeluarkan umat Islam dari belenggu kelemahan dan penghinaan.

Sumber : SiNi