Search This Blog

7 Sunnah Hebat



Dalam kehidupan  sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari _*kesilapan*_..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

 Pertama:
*Tahajjud*, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

 Kedua:
*Membaca Al-Qur’an* sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

 Ketiga:
Jangan tinggalkan *masjid* terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

 Keempat:
Jaga *solat dhuha*, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

 Kelima:
Jaga *sedekah* setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

 Keenam:
Jaga *wudhu'* terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwu dhu'. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu' senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

 Ketujuh:
Amalkan *istighfar* setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Andai kita mampu meluangkan masa seharian lamanya di WhatsApp, untuk sebarkan mesej ini tak sampai beberapa saat pun.. Maka sebarkanlah, *moga menjadi saham buat kita di akhirat nanti..*

بارك الله فيكم..

Very nicely written by Ustaz Don Daniyal

Semoga bermanfaat buat kita semua ...

Sumber Gambar :
Pak Google 

Whatsapp Quote Messages

Assalamualaikum & Selamat Pagi kengkawan ... Ada berita baik buat pengguna tegar WhatsApp ... Aku baru tau semalam ... Itu pun pakcik aku yang beritau ... Update kali nie lebih memudahkan mereka-mereka yang ada WhatsApp Group ... Lebih memudahkan perbualan di sesuatu group lah ... Kalau nak guna kat personel pun boleh ...

WhatsApp dah boleh reply mesej satu2! Senang la kita nak refer sape yang tanya dan mesej yang mana ... Kita boleh terus jawab ...


Caranya..

1. Buka mana2 WhatsApp group anda ...


2. 'Highlight' satu mesej ... Bila dah banyak-banyak berborak tu ... Korang highlight ler mana-mana mesej yang korang nak respon ...

3. Tekan button reply (sebelah button ⭐) ... Rujuk gambar kat atas tu ...

Nanti akan kuar macam nie ...

4. Taip mesej dan 'send'..

5. Kalau xde simbol ank panah, sila updated whatapps ...

6. Bergantung jugak pada jenis phone nyer ... Ada skit perbezaan ... 


So sekarang dah senang ler kite nak reply sebarang pertanyaan kat group ... Kalau mesej kat WhatsApp Group tu dah masuk beratus-ratus cam susah nak reply pertanyaan kengkawan kan ... Kang macam tergantung perbualan dalam group tu ... Nak respon mesej personal yang lama-lama pun boleh ...  Sekarang kita dah boleh quote mesej yang kita nak reply ...

Semoga bermanfaat ... Selamat Mencuba ...

CPUV NUFFNANG #83 | DISNEY - ANIMATE YOUR IMAGINATION



Alhamdulillah ... Lewat petang semalam dapat plak kempen daripada DISNEY - ANIMATE YOUR IMAGINATION ... Setelah sedikit kajiselidik didapati kempen kali nie nak ajak kanak-kanak riang berkongsi imaginasi mereka ... Yang terpilih akan dijadikan animasi dan dipertontonkan di Disney Junior ... Nak lebih info boleh ler klik banner-banner kat bawah nie ... Sape-sape yang ada anak-anak yang kreatif tu boleh lah mencuba ... 

Klik banner nie kalau nak maklumat lebih lanjut ...

Klik banner nie kalau nak join ...

Kengkawan kalau ada jumpa iklan DISNEY - ANIMATE YOUR IMAGINATION menari-nari tergedik-gedik kat blog Kisah Hidup Ku & Jom Bercontest boleh ler klik untuk yang berminat jer tau ... Tiada paksaan, tak mo pun tak pe lah ... Sob ... Sob ... Sob ...





Terima kasih #nuffnang  #DISNEYANIMATEYOURIMAGINATION 
#DISNEYJUNIOR #ANIMATEYOURIMAGINATION 
Terima kasih kengkawan ...
Alhamdulillah ...