Search This Blog

CPUV NUFFNANG #73 | VOLKSWAGEN TACTICAL SALES



Alhamdulillah ... Nuffnang agak bermurah hati nampak nyer bulan nie ... Hari nie dapat lagi kempen terbaru dari Volkswagen Tactical Sales ... Aku rase volkswagen ada buat sales ... 

Kengkawan kalau ada jumpa iklan VOLKSWAGEN cam nie menari-nari tergedik-gedik kat blog Kisah Hidup Ku & Jom Bercontest boleh ler klik untuk yang berminat jer tau ... Tiada paksaan, tak mo pun tak pe lah ... Sob ... Sob ... Sob ...

Terima kasih #nuffnang #volkswagen ...
Terima kasih kengkawan ...
Alhamdulillah ...

FB Ada Emoticon Baru

Dah dua tiga hari dah ... FB ada emoticon baru... Bunga bunga... Comel... 



Kalau klik like tu kan ... Nanti keluar lah pelbagai pilihan emoticon ... Kalau korang pilih emoticon bunga purple tu kan nanti kan berterbangan bunga bunga kat wall FB korang  ... Macam kat bawah nih ...


Aku suka ... I like ... Comel jer ...
Masa hari kejadian kan asyik tekan emoticon munge munge tu jer ...
Huhuhu ...


Jujur Lah Seadanya



Biasakan Sifat Jujur dan Jauhi Dusta

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَيْكُمْ بِالصِّدْقِ فَإِنَّ الصِّدْقَ يَهْدِي إِلَى الْبِرِّ وَإِنَّ الْبِرَّ يَهْدِي إِلَى الْجَنَّةِ وَمَا يَزَالُ الرَّجُلُ يَصْدُقُ وَيَتَحَرَّى الصِّدْقَ حَتَّى يُكْتَبَ عِنْدَ اللَّهِ صِدِّيقًا وَإِيَّاكُمْ وَالْكَذِبَ فَإِنَّ الْكَذِبَ يَهْدِي إِلَى الْفُجُورِ وَإِنَّ الْفُجُورَ يَهْدِي إِلَى النَّارِ وَمَا يَزَالُ الْعَبْدُ يَكْذِبُ وَيَتَحَرَّى الْكَذِبَ حَتَّى يُكْتَبَ عِنْدَ اللَّهِ كَذَّابًا



Dari Abdullah bin Mas'ud ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Hendaklah kalian bersikap jujur, kerana kejujuran itu akan membawa pada kebaikan, sedangkan kebaikan akan membawa kepada syurga. Tidaklah seorang bersikap jujur dan selalu berbuat jujur hingga ia ditulis di sisi Allah sebagai orang yang jujur. Dan hendaklah kalian menjauhi sikap dusta, kerana kedustaan itu akan membawa pada kekejian, sedangkan kekejian akan membawa kepada neraka. Dan tidaklah seorang berbuat dusta dan selalu berdusta hingga ia ditulis di sisi Allah sebagai seorang pendusta." (HR Tirmizi No: 1894)


Pengajaran:

1.  Berlaku jujurlah kerana sifat jujur membawa kebaikan dan setiap kebaikan membawa ke syurga

2.  Orang yang sentiasa bersikap jujur nescaya jujur itu akan menjadi tabiat dan akhlaknya.

3.  Setiap kita perlu menjauhi sikap dusta dan bohong. Pendustaan dan pembohongan merupakan perbuatan dosa dan maksiat akan membawa kepada neraka.

4.  Orang yang selalu berdusta, nescaya sifat berdusta dan berbohong itu akan menjadi kebiasaan dan akhlaknya. 

Jadilah kita seorang yang membiasakan diri dengan sifat jujur dalam kehidupan. Jangan sekali-kali kita membiasakan perbuatan berdusta kerana dibimbangi Allah menetapkan sifat itu kekal dan menjadi kebiasaan kita ... Semoga kita semua sentiasa di bawah rahmat Ilahi ....

*Maaf ... Kebanyakan entry ilmiah agama saya perolehi dari pelbagai sumber ... Rasa nak simpan dan nak kongsi dengan kawan-kawan ... Kebanyakkan nyer dari group wasap ... Saya jarang menulis entry ilmiah agama kerana saya rasa saya tak layak menulis dalam bidang tu ... Saya tak mahir dalam bidang tu nanti orang cakap ajaran sesat plak ... Hadis palsu ... Huhuhu ... Maaf ...