Ya Allah, tak dapat nak cakap ape-ape masa terima perkhabaran duka nie ... Terus sebak dada mengalir air mata ...
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ، وَعَافِهِ، وَاعْفُ عَنْهُ، وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ، وَوَسِّعْ مُدْخَلَهُ، وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدْ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَما نَقَّيْتَ الثَّوْبُ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَاراً خَيْراً مِنْ دَارِهِ، وَأَهْلاً خَيْراً مِنْ أَهْلِهِ، وَزَوْجاً خَيْراً مِنْ زَوْجِهِ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَعَذَابِ النَّارِ
Ya Allah, ampunilah bagi Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, kasihanilah dia, selamatkanlah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kedudukannya, perluaskanlah tempat masuk (kuburnya), sucikanlah dia dengan air, salji dan air sejuk, bersihkanlah dia dari dosa-dosa seperti Engkau bersihkan kain yang putih dari kekotoran, gantikanlah dia rumah yang lebih baik dari rumahnya, ahli keluarga yang lebih baik dari ahli keluarganya dan pasangan yang lebih baik dari pasangannya, masukkanlah dia ke syurga dan hindarilah dia daripada azab kubur dan azab neraka.
Kehilangan insan mulia buat rakyat Kelantan dan umat islam seluruhnya ... Kehilangan pada malam Jumaat ... Sama-sama kita doakan semoga insan terpilih ini damai di sana ... Semoga segala amalan di terima Allah dan perjuangan tidak sia-sia ...