Search This Blog

EPAL GALA DAN GRANNY SMITH TERCEMAR OLEH BAKTERIA LISTERIOSIS

Semalam kita dikejutkan dengan berita tentang epal dari Amerika Syarikat yang tercemar ... Aku sedikit alert coz biasa nyer ibu2 akan guna epal gala nie untuk buat puri bagi baby masing-masing ... Jom  baca berita nyer ...
**********
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menyekat kemasukan epal jenis Gala dan Granny Smith dari Amerika Syarikat ke Malaysia kerana dipercayai tercemar oleh bakteria Listeriosis, kata Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata sekatan itu dilakukan oleh Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) selepas notis berkaitan pencemaran itu diterima kementerian dua hari lalu.

"Kita menerima notis daripada Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) Amerika yang memaklumkan tentang insiden pencemaran itu dan difahamkan ia telah menyebabkan 3 kematian dan ramai yang sakit di Amerika dan Kanada," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata kementerian tidak mempunyai bidang kuasa untuk menarik semula epal jenis itu yang telah berada di Malaysia, kerana ia melibatkan soal pemakanan di bawah Kementerian Kesihatan.

Isu berkaitan larangan pengambilan epal terbabit telah tersebar di laman sosial sejak beberapa hari lalu.

Malah sebuah portal media turut melaporkan penularan bakteria itu dikesan di sebuah pusat pemprosesan epal Bidart Bros dekat Bakersfield, California melibatkan epal yang disaluti karamel. – Bernama

********************
Kalau korang nak nie ler die rupe epal gala dan epal granny smith ... Walaupun kemasukan epal nie dah disekat, tapi epal yang dah masuk masih blom ditarik dari pasaran ... So, hati-hati yer kengkawan ... 

Gambar sumber google ...

Aku pun gigih menggoogle ape mende nyer bakteria listeriosis ... Nak jugak tahu kan ... Simptom nyer sama macam kes keracunan yang lain ... Next entry lah ...

Princess Fatiha Masuk Tahun Satu

Ohhh, minggu yang agak sibuk ... Nie baru  sempat nak update cerita ... Minggu nie bermulalah sesi persekolahan tahun 2015, setelah cuti tambahan seminggu diberi ...

Alahai ... Princess ibu nie dah besar ... Masuk tahun satu dah this year ... Oleh kerana cuti lama, dah puas main, maka bebudak nie seperti dah tak sabar nak sekolah ... Bersemangat sungguh, happy jerr semua, termasuklah Fatiha ...

Kusangka kan panas hingga ke petang rupa nyer hujan di tengahari ... Bila tiba saat dan ketika untuk masuk kelas ... Suasana ceria tadi bertukar suram ... Ada genangan air mata ... Aduhaiii, hati ibu plak yang sedih ... Maka bermulalah sesi memujuk dan sesi motivasi ... Alhamdulillah rajuk hanya seketika ... Mujur ada Abang Ngah di tahun tiga buat peneman ...

Waktu pagi; sekolah agama ...
Tengok tu, ceria lagi masa nie ...

Belajar rajin-rajin tau ...

Waktu petang, sekolah kebangsaan plak ...
Ada sedikit takut pada raut wajah nyer ...

Rehat di kantin ...

Buat masa nie bawak bekal ...

Rehat dah habis ... 
Beratur dulu sebelum masuk kelas ...


Sepatut nyer ibubapa tak bleh naik ker kelas ... Ke Sekolah nie pun hanya tiga hari jer dibenarkan masuk, ... Tapi dek kerana amek duit bantuan awal persekolahan, maka dapat lah jengok dia kat kelas ...


OK jer dia ... Cikgu belanja burger + air ... Kaler cantik2 tau ...

CPUV Nuffnang #21 | DiGi Year End Sale


He he he ... Walaupun agak sibuk minggu nih, maklum ler sekolah baru bukak, dapat jugak hadiah dari #nuffnang ... Kali nie kempen yang dijalankan oleh DiGi ...

DiGi Year End Sale 
Dalam kempen yang dijalankan kali ini, banyak pakej-pakej menarik ditawarkan ... Jom terjah ... 




Klik BaNNeR untuk maklumat lanjut ...

Kengkawan kalau ada jumpa iklan nie menari-nari tergedik-gedik kat blog Kisah Hidup KuJom Bercontest boleh ler klik untuk yang berminat jer tau, tiada paksaan ... 

 Terima kasih #nuffnang ... 
Terima kasih kengkawan ... 
Alhamdulillah ...