Search This Blog

Cam ner nak buat eak kengkawan ???

Alhamdulillah, Putra genap dah setahun sebulan ... Semakin gembira & ceria ... 
Banyak perkembangan2 yang positif ...

Besar nyer kuasa Allah s.w.t ... Budak kecik nie pun dah paham ape kita cakap ... Sekali tengok jer dia dah ingat ... Hari tu aku & family kan ada jalan-jalan kat Putrajaya, tengok Redbull Air Race, haa masa tu lah first time Putra tengok kapal terbang secara live ... Selama nie main kapal terbang atas lantai, tapi semenjak daripada tu, Putra tau lah kapal terbang tu boleh terbang ... Huhuhu ... Banyak lagi lah aksi2 yang membuatkan ibu "Eeeee, geram nyer ..."


Putra pun dah pandai terima arahan-arahan ringkas ... Dia dah tahu, ape tu sikat rambut, gosok gigi & buang pampers ... Haaa, pandai anak ibu ... Jari telunjuk pun runcing jer nak tekan handphone@tab ...

Aksi nak gosok gigi ler konon tu ...



Cuma sekarang nie aku ada masalah ngan diet die ... Putra xmo makan, disuap nasi, dibuang ... Macam2 lah aku try,makanan berat memang xmo lansung ... Biskut ngan buah jer yang dia nak ... Hmmm, cam ner nak buat eak kengkawan ??? Aku nie nampak jer anak dah empat, ada jugak mende2 yang aku tak khatam lagi pasal bebudak nih ...

Comot makan cekelat, bukan Cadbury tau ...


Errkkk, dah setahun lebih nie, bile anak ibu nak pandai jalan nie ?? Aku target raya nanti dah pandai jalan dengan jaya nyer ... Misi aku sekarang nak ajar anggota badan kita, cam mata hidung kaki tangan dan lain-lain ... Semoga anak ibu berjaya ...

Itu je lah buat masa nie ... 
Dah lama tak wat entry pasal Putra, tak tau nak cite ape ... 
Ok, bye ...


Meraung-raung ... Ape ntah die nak, Abang kacau kot ...



Dah pandai minum pakai straw ... Good job ...

Video Suspek Kes Penggal Kepala Budak ...


Semalam aku menonton berita ... 
Terkejut dengar berita kanak-kanak kena penggal kepala ... 
Semakin hari semakin kejam manusia ... 
Apa lah salah budak kecik berusia dua tahun tu ???


Mohon hubungi Balai Polis berdekatan jika ternampak atau mengetahui dimana lokasi suspek ...
Isshhh ... Kejam betul lah ...

**********
Kes Bunoh Membabitkan Kanak-Kanak.

Pada 29.5.2014 jam 9.00 malam, pihak polis telah menerima satu panggilan telefon dari orang awam, memberitahu telah ternampak seorang lelaki, sedang cuba untuk melemaskan seorang kanak2 di tepi Sg. Klang berhampiran dengan Station KTM Jalan Tun Sambathan, Kuala Lumpur.

Bertindak dari maklumat tersebut sepasukan polis yg tiba di tempat kejadian telah menemui seorang kanak2 berusia lebih kurang 2 tahun 6 bulan, di dalam keadaan tertiarap lengkap berpakaian, mengalami cedera parah dibahagian belakang kepala pecah akibat hentakkan dan kepalanya terputus dari badan. Turut ditemui ditempat kejadian pecahan ceramic bersama kesan2 darah dan sepasang selipar disyaki milik suspek.

Siasatan polis telah berjaya mengesan ibu mangsa berusia 32 tahun, tidak mempunyai pekerjaan hidup secara gelandangan di Bandaraya Kuala Lumpur. Keterangan ibu mangsa menyatakan semasa melepak bersama rakannya di tgkt 4 Kotaraya pada jam 3 petang, ibu mangsa telah pergi ke tandas, sambil meminta kawannya yg sama2 melepak untuk mengawasi anaknya. Lebih kurang 5 minit, sebaik keluar dari tandas, ibu mangsa mendapati anaknya telah tiada bersama-sama rakanya yg sedang melepak. Ibu mangsa bersama-sama rakan cuba mencari anaknya di sekitar bangunan kota raya tetapi gagal menemui anak mangsa.

Hasil dari maklumat awam, seorang saksi ternampak seorang lelaki dipercayai berbangsa India, sedang mendukong seorang kanak-kanak menyusuri Sg. Klang. Orang awam berkenaan turut melihat lelaki berkenaan merebahkan kanak-kanak berkenaan, sambil menghempaskan sesuatu ke kepala kanak-kanak berkenaan dan melakukan sesuatu dileher kanak-kanak tersebut.

Melihat kejadian itu orang awam bersama beberapa orang awam bergegas untuk menyelamatkan kanak-kanak berkenaan sebaliknya lelaki tersebut terus memukul kepala kanak2 berkenaan. Sewaktu saksi berkenaan menghampiri tempat kejadian lelaki berkenaan melarikan melarikan diri dan terjun ke dalam Sg. Kelang. Orang awam yg cuba menangkap lelaki berkenaan menyusuri Sg. Klang bagi mengekori lelaki yang berada di dalam Sungai Klang, dan nampak lelaki tersebut tengelam timbul, terus hilang dibawa arus dan mempercayai lelaki berkenaan lemas dibawa arus Sg. Kelang.
Pihak polis yg dimaklumkan mengenai maklumat ini telah menjalankan gerakan pencarian ke atas lelaki yang dimaksudkan. Gerakan pencarian dihentikan disebabkan keadaan cuaca semakin gelap.

Siasatan ditempat kejadian, pihak polis berjaya mengesan pergerakan mangsa ( kanak-kanak ) sedang diekori oleh seorang lelaki berkulit gelap yg disyaki suspek yg bertanggung jawab melarikan kanak-kanak tersebut.

Kes ini dikelasifikasikan sebagai kes bunoh yang disiasat di bawah sek. 302 Kanun Keseksaan. Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital HKL utk dibedah siasat.

Motif mengenai kejadian masih disiasat. 


**********