Search This Blog
Kata Adjektif dan Ayat Majmuk
Kejadian berlaku hampir setiap malam ...
Situasi nie berlaku malam semalam ...
Arahan telah diterima ...
Bina ayat majmuk menggunakan kata adjektif ...
"Ibu, tolong Luqman buat ayat" ...
"Aiyooo lah ...“
Kejap jd cikgu math ... Kejap jd cikgu tadika ...
La nie jd cikgu BM plak ...
Sebaik ler ibu nie masih ingat apa die kata adjektif dan ape dia ayat majmuk ...
Kena semak kengkawan, nanti kena tanya takde lah kelam kabut ...
Layan kan aje ... Grrrr ...
*****
Sila semak yer kengkawan ...
Kata Adjektif :
Kata Adjektif ialah kata yang menerangkan sifat sesuatu kata nama seperti
benda, orang, tempat, keadaan dan sebagainya. Kata Adjekfit juga dikenali sebagai Kata Sifat.
benda, orang, tempat, keadaan dan sebagainya. Kata Adjekfit juga dikenali sebagai Kata Sifat.
Contoh : nakal, garang,besar, tebal, lurus
Ayat Majmuk :
Ayat Majmuk ialah ayat yang mengandungi dua atau lebih ayat-ayat tunggal disambungkan oleh perkataan Kata Hubung seperti dan, atau, kecuali, tetapi, sambil, seraya dan lain-lain. Ayat Majmuk nie pun sebenar nyer ada banyak jenis , kengkawan kena semak sendiri lah .... Kang panjang nar plak entry nie, jadi cikgu BM plak ibu nie ...
Contoh : Razak mengambil sebuah buku cerita lalu membaca buku itu.
Sumber : Pak Google ...
TAZKIRAH JUMAAT #9 : SOLAT SUNAT DHUHA
سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Solat Sunat Dhuha boleh dianggap sebagai rasa terima kasih seseorang hamba kepada Allah SWT atas segala berkah hidup yang diberikan-Nya.
Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan solat ini tanpa keuzuran dan umat Islam amat dituntut melakukannya. Abu Hurairah pernah berkata: “Rasulullah SAW berwasiat kepadaku tiga perkara agar jangan ditinggalkan puasa tiga hari tiap bulan, dua raka’at Dhuha dan Witir sebelum tidur.”
Daripada Abu Dzar r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah masing-masing di antara kamu setiap pagi bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu. Maka tiap kali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, dan setiap takbir adalah sedekah. Menyuruh kebaikan adalah sedekah, mencegah keburukan juga adalah sedekah. Dan sebagai ganti daripada itu semua, cukuplah mengamalkan dua rakaat solat Dhuha.” (HR Ahmad, Muslim dan Abu Daud)
.
Paling banyak yang dikerjakan oleh Rasulullah ialah lapan rakaat dan paling banyak yang disabdakan oleh baginda ialah 12 rakaat. Paling sedikit yang boleh dikerjakan adalah dua rakaat.
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Wahai anak Adam! Janganlah sekali-kali kamu malas mengerjakan empat rakaat solat Dhuha, maka akan aku cukupkan keperluanmu sehingga waktu petang.” (HR Al-Hakim dan At-Tabrani)
Cara Mengerjakan Solat Dhuha
Solat ini boleh dilakukan sekurang-kurangnya dua rakaat sehinggalah 12 rakaat, tetapi yang paling banyak dikerjakan oleh Rasulullah ialah lapan rakaat.
Niat Solat Dhuha
2. Antara surah-surah yang dianjurkan ulama ialah:
.
a. Solat sunat Dhuha dua rakaat:
i/ Ayat al-Kursi 10 kali dan Al-Ikhlas 10 kali atau;
ii/ As-Syams dan Ad-Dhuha. atau;
iii/ Al-lail dan Al-Insyirah.
.
b. Solat Dhuha lebih daripada 4 rakaat;
i/ Solat Pertama : As-Syams dan Ad-Dhuha.
ii/ Solat Seterusnya : Surah al-Kafirun dan Al-Ikhlas
3. Semasa sujud terakhir bacalah sebanyak 40 kali:
.
.
4. Selepas memberi salam, bertasbihlah 10 kali:
5. Berdoa
Subscribe to:
Posts (Atom)