Search This Blog

RAMADHAN DI PALESTIN


RAMADHAN DI PALESTIN



BERSAMA MENGHAYATI RAMADHAN "
SELAMATKAN AL-AQSA, BEBASKAN PALESTIN"


Sertai Kempen Ramadhan di bumi Palestin 1432H melalui Projek-Projek Ramadhan 1432H;


1) Sahur & Berbuka Puasa :
RM 60.002) Sahur & Berbuka di Masjid Al-Aqsa : RM 60.003) Pakej Makanan Sekeluarga : RM 200.004) Pakaian & Hadiah Hari Raya : RM 200.00

ATAU
Sumbangan Umum Tabung Palestin RM5/10/50

Salurkan sumbangan ikhlas anda kepada : AMAN PALESTIN BERHAD
MAYBANK 562263010787
BANK ISLAM 12029010047880
BANK MUAMALAT 12070005133717

Talian hayat projek "RAMADHAN DI PALESTIN";
Tel :
03-8926 7019
03-8925 5371
018 290 3013
012 944 9693
018 291 3501
017 267 2122


Semoga sumbangan ikhlas anda dapat membantu & bersama-sama berkongsi kegembiraan dengan saudara-saudara kita di Palestin bagi menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak. Moga sedekah di bulan Ramadhan yg mulia diberi ganjaran yg berlipat kali ganda & diberkati Allah.


* borang penyertaan boleh didapati secara online & offline di laman sesawang :

TERIMA KASIH SEKIRANYA ANDA TELAH MEMBACA DAN MENYUMBANG

Hubungi;
AMAN PALESTIN BERHAD (719871-K)
Head Quarters (HQ) No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor.
Tel : +603-8926 7019 / 03-8925 5371
Fax : +603-8925 9963
Emel : amanpalestin@yahoo.com
Website : www.amanpalestin.net


atau Dato'/Datin/Tuan/Puan Sdr/ri boleh berhubung terus Pengurus/Perunding cawangan Aman Palestin Berhad di seluruh negara @ kawasan terdekat


Perlis: Cikgu Noor Zamri Ibrahim,


Kedah: Encik Mohd Luttfi Abd Khalid,


Pulau Pinang: Ustaz Budiyonto Unggun,
019 523 5592budi0030@yahoo.com


Perak: Ustaz Khairul Amin Ibrahim,


Negeri Sembilan: Ustaz Mus'ab Norkefli,
013 264 4271mu_alleem@yahoo.com


Damansara: Ustaz Miftahuddin Kamil,


Shah Alam: Encik Mohammad Faizal Mohd Safri,


Melaka: Encik Muhammad Zulfikar Azlam Mohd Shariff,


Johor: Encik Mohd Fauzi Abd. Hamid,


Pahang: Ustaz Mohd Sabri Muda,


Terengganu: Ustaz Mohammad Sirojul Afkar Hamid,
019 913 1535mohdsiraag@yahoo.com


Kelantan: Encik Mohd Salmi Mohamed,
013 356 1967msalmi967@yahoo.com


Sabah: Cik Jumriati Abdullah,


Sarawak: Encik Zainizam Zawawi,

Yang habluminallah, juga habluminnannas ...


Kisah seorang lelaki soleh dan gangguan syaitan

Assalamualaikum warahmatullah dan salam sejahtera, 


RAMADAN kali ini dicemari dengan kes umat Islam ke gereja yang terletak di Petaling Jaya. Senario yang terjadi ini sebenarnya bukanlah perkara yang memeranjatkan kerana isu ini pernah didedahkan sekitar 2008. Namun, kita tidak pernah belajar daripada apa yang berlaku dan membiarkan perkara yang sama berulang. 


Jika dilihat kepada fakta kes, benarkah kita tidak boleh terlalu menyalahkan umat Islam yang hadir ke gereja itu tetapi perlu meneliti aspek seperti mengkaji punca gejala ini timbul? 


Apabila membaca kisah mereka yang ‘terjebak’ kononnya kerana ‘pujukan gereja’ ini, banyak feedback yang menyalahkan pihak PPZ dan Baitulmal yang didakwa tidak peka dengan golongan yang memerlukan dan ‘banyak chekadak’ dengan karenah birokrasi yang ‘menghalang’ mereka yang memerlukan daripada mendapat bantuan yang sewajarnya. 


Kita tidak mungkin dapat menafikan terdapatnya loophole dalam pentadbiran PPZ dan Baitulmal, bak kata pepatah, ‘kalau tiada hantu kak Limah angin yang bertiup, masakan pokok boleh bergoyang’. 


Mungkin badan berkaitan seperti Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) perlu memainkan peranan yang agresif dalam membantu golongan yang memerlukan lebih-lebih lagi seperti ibu tunggal dan saudara baru. Mereka ini kadang-kala tiada tempat bergantung dan amat mudah dipujuk serta dipengaruhi apabila ada pihak lain yang menghulurkan bantuan walaupun mempunyai agenda yang tersendiri. Bagi saudara baru pula, barangkali pemahaman terhadap agama Islam masih nipis dan mudah goyah apabila dihasut dengan perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam. 


Ditambah pula dengan layanan yang istimewa serta diberi kemudahan tempat tinggal dan juga wang sara hidup. Pada sisi lain pula, ketua kampung, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Ahli Jawatankuasa (AJK) masjid dan surau serta jiran tetangga sendiri perlu prihatin akan kondisi serta kualiti hidup jiran mereka. 


Jika kita mengetahui ada yang memerlukan bantuan, laporkan kepada pihak berkaitan jika mendapati mereka amat daif agar diberi bantuan sewajarnya. Sebaliknya, jika umat Islam yang sudah mendapat bantuan masih cenderung untuk ke gereja atas sebab tamak dan ingin hidup senang, maka waktu inilah kita perlu memerangi golongan ini kerana Islam adalah agama yang bertimbang rasa dan bertolak ansur. Jangan hanya pandai menuding jari menyalahkan orang lain kerana ketika satu jari menuding ke arah pihak lain, lagi tiga jari menuding ke arah diri kita sendiri hingga terleka untuk muhasabah diri terhadap apa yang berlaku. Mereka yang ‘terjebak’ ini seolah-olah tidak punya pilihan lain dan ‘terpaksa’ membutakan hati dengan menerima tawaran tersebut. 


Tidakkah mereka yang menerima jemputan itu terfikir langsung, adakah hidangan yang disediakan untuk berbuka puasa itu halal? Pihak gereja mungkin boleh memberitahu mereka dengan mengatakan makanan itu halal, tetapi adakah ia benar-benar halal dari segi proses dan penyediaan makanan itu sendiri? Bukan kita mahu berburuk sangka, tetapi sikap berhati-hati adalah lebih baik. Bukan juga kita mahu menyalahkan mereka yang membuat tawaran, tetapi perkara yang paling penting ialah, kita sendiri yang bertanggungjawab membuat pilihan dalam hidup kita. Selagi iman kuat di dada, walau apa yang terjadi tidak mungkin umat Islam berpaling daripada rahmat Ilahi, sekalipun ada yang mengatakan bahawa kemiskinan membawa kekufuran


Amat malang sekali jika mereka yang lemah imannya, termakan pujukan dan lebih rela ‘menggadaikan’ akidah hanya untuk kelangsungan hidup yang lebih mewah selesa. Terlintas pula di hati, apabila terdetik perbandingan antara agama sendiri dengan agama lain, contohnya, “Baguslah agama Kristian ini, dapat makan free, dapat duit lagi blab la bla...”, lalu, bagaimanakah status akidah kita kerana kehilangan kepercayaan terhadap agama kita sendiri? Bagaimanakah tahap kepercayaan kita terhadap agama kita selama ini? Ikhlaskah kita terhadap agama yang diturunkan walaupun secara baka kepada kita selama ini? 


Berkenaan mereka yang ‘terjebak’ dengan ‘pujukan gereja’ ini, Laman-Seri teringatkan sebuah kisah yang sering kita dengar apabila membicarakan tentang keikhlasan. Kisah ini ditulis oleh Imam al-Ghazali dalam Ihya’ Ulumuddin. 




Seorang lelaki soleh mendapat berita mengenai sebatang pokok yang menjadi sembahan orang ramai di sebuah kampung. Ðengan semangat amar makruf nahi mungkar, lelaki itu mengambil sebilah kapak dan bercadang untuk pergi menebang pokok yang menjadi sembahan orang ramai. 


Ði pertengahan jalan, dia bertemu dengan syaitan yang menyamar sebagai seorang lelaki. Syaitan menghalangnya dan berlakulah pergelutan. Lelaki soleh itudengan mudahnya dapat mengalahkan syaitan tersebut. Syaitan tidak berpuas hati lalu berlakulah pergelutan demi pergelutan yang tetap dimenangi oleh lelaki soleh itu. 


Akhirnya syaitan mengaku kalah, tetapi ia menukar strategi. Ia membuat satu tawaran kepada lelaki soleh itu. Syaitan akan memberikan satu dinar emas pada setiap pagi sekiranya lelaki itu membatalkan niatnya untuk menebang pokok sembahan orang ramai di kampung itu. Lelaki soleh itu termakan tawaran syaitan, lalu pulang ke rumah. 


Keesokan paginya, bangun sahaja daripada tidur, lelaki soleh itu mendapati ada sekeping dinar emas di bawah bantalnya. Benar, syaitan telah menunaikan janjinya. Begitulah seterusnya pada hari kedua. Ðinar emas tersedia di bawah bantalnya. Tetapi pada hari ketiga, apabila lelaki itu bangun keesokan harinya, dia mendapati tiada dinar emas di bawah bantalnya. Ternyata, syaitan sudah mula menipunya dan lelaki itu berasa sangat marah. 


Berang dengan perlakuan syaitan yang menipunya, lelaki soleh itu mencapai kapaknya untuk meneruskan niat awalnya untuk menebang pokok simbahan. Ði pertengahan jalan, syaitan yang menyamar itu menghalangnya lagi dan berlakulah pergelutan. Kali ini lelaki soleh itu kalah dengan mudahnya. Ðia bangun dan cuba mengalahkan syaitan sekali lagi, tetapi dia tetap kalah. Malah dicubanya kali ketiga, namun dia tetap juga kalah. 


Ketika itu dia bertanya kepada dia kalah dan adakah lawannya sudah semakin gagah? Syaitan menjawab, “Engkau kalah kerana kali ini niat kamu untuk mencegah kemungkaran bukan lagi kerana Allah, tetapi kerana dinar emas.” 


Ya, lelaki itu mengakui dia menjadi lemah kerana niatnya kali ini sudah tidak ikhlas. Terbuktilah bahawa keikhlasan itu adalah satu kekuatan dan kehormatan


Itu cerita lama, tetapi masih relevan. Sekarang ini tiada lagi syaitan yang menyamar, sebaliknya wujud syaitan di kalangan manusia sendiri. 


Orang yang ikhlas itu kuat hatinya 


Apakah yang dapat disimpulkan daripada kisah ini? Ya, orang yang ikhlas itu kuat. Kuat fizikalnya dan kuat juga hatinya, tidak termakan pujukan dan kebal dengan godaan. Bayangkan saja jika telah banyak ‘termakan budi’ menerima makanan, tempat kediaman, bantuan kewangan dan lain-lain daripada pihak yang berkenaan, siapa tahu suatu hari nanti jika pihak berkenaan sogokkan pula dengan al-Kitab versi Melayu, mampukah mereka menolaknya? 


Mungkin ada yang mempersoalkan kenapa kita perlu gusar dengan pengaruh agama lain sekiranya kita percaya umat Islam itu teguh iman dan jati dirinya. Pendapat ini mungkin ada benarnya. Tetapi kegusaran itu juga bertempat; bukan sekadar bimbangkan iman umat Islam semata-mata, tetapi juga kegusaran mengenai pengaruh agama lain yang mengugat, mencabar dan memperlekeh kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan dan kedudukannya tidak patut ditenggelami oleh syiar agama lain. 


Taktik dan strategi syaitan amat licik, hulur dahulu rentap kemudian. Ðulu dia pakai dinar emas di bawah bantal. Sekarang dia guna ang pau sampul surat berisi wang, majlis makan malam (di gereja pulak tu!), tempat perlindungan selesa (siap ada air-cond lagi, FOC!), kad ATM, belanja perubatan, belanja pendidikan, percutian luar negara dan macam-macam lagi. 


Perbuatan mengeksploitasi kemiskinan seseorang untuk menukar agama seseorang adalah bertentangan dengan prinsip hak asasi di dalam Islam – “Islam is the religion of unspoiled nature. It is prohibited to exercise any form of compulsion on man or to exploit his poverty or ignorance in order to convert him to another religion or to atheism”. 


Ðan sekiranya semua orang ikhlas dan jujur memikul amanah, pasti tiada yang tercicir dalam pengagihan wang zakat dan bantuan daripada Baitulmal. Ikhlas itu penting, bukan sahaja dalam solat dan puasa, tetapi ikhlas itu teras dan asas dalam semua ibadah, baik yang berupa fardu ain mahupun fardu kifayah. Yang habluminallah, juga habluminnannas


Marilah bersama-sama kita renungkan kembali dan membaiki kesilapan kita.