Search This Blog

Best Nyer Tido ...


Best nyer dia orang nih tido ... 
Oooppsss yang hujung sana tak tido lagi, leka nengok tv ... 
Semenjak beli kelambu moden nih ... Dia orang nih berebut-rebut nak tido lam kelambu ... 

Tips untuk Ramadhan yang bermakna dan diredhai ...

1. Uruskan masa :

Umar al-Khattab: Puasa bukannya sekadar menahan makan dan minum, bahkan daripada dusta, perkara batil dan lagha (sia-sia) [Ibnu Abi Syaibah]
  • Gariskan objektif yang ingin dicapai daripada Ramadhan.
  • Susun jadual harian dan mingguan dengan memperuntukkan waktu khusus bagi amalan rohani dan kebajikan.
  • Elakkan perkara sia-sia dan membuang masa.
  • Kawal kegiatan menonton tv dan bersembang. Sediakan alternatif seperti vcd berfaedah, filem dokumentari, kuiz, aktiviti berkumpulan untuk mengisi masa anak-anak.
  • Jaga waktu agar tidak banyak dihabiskan dengan tidur, memasak mahupun membeli belah.
  • Manfaatkan waktu di mana sahaja (mendengar kaset al-Quran, zikir dan lain-lain)
  • Siapkan keperluan Hari Raya dan lain-lain sejak awal supaya I’tikaf pada 10 akhir Ramadhan tidak terganggu.

2. Kawal perbelanjaan :

Hai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah pada setiap kali kamu ke tempat ibadah (atau mengerjakan sembahyang), dan makan dan minumlah, dan janganlah kamu berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan. [al-A’raf: 31]

· Kurangkan aneka ragam dan kuantiti juadah berbuka. 
· Elakkan pembelian juadah yang mahal. 
· Elakkan pembaziran. 
· Bentuk kesepakatan suami isteri berkenaan belanjawan Ramadhan dan Hari Raya (makan minum, jemputan tetamu, pakaian, hadiah dan ziarah)

3. Tingkatkan rohani dan amal :

Rasulullah s.a.w: “Sesiapa yang mendekatkan diri kepada Allah dengan satu kebaikan semasa Ramadhan, sama seperti seorang menunaikan satu fardhu pada bulan yang lain. Sesiapa yang menunaikan satu amalan fardhu dalam bulan ini, sama seperti seorang menunaikan 70 fardhu pada bulan yang lain”. [Ibnu Khuzaimah]

· Ulangkaji fadhilat Ramadhan bersama keluarga. 
· Lakukan perubahan dalam susunan dan perhiasan rumah untuk menyemai rasa gembira menyambut Ramadhan di jiwa anak-anak. 
· Wujudkan suasana baru sebagai implikasi kepada puasa, solat dan tilawah al-Quran. 
· Susun agar seboleh-bolehnya solat fardhu berjemaah di masjid dan takbir pertama bersama imam. 
· Rangsang dan galakan anak-anak untuk berpuasa, tilawah al-Quran dan solat di masjid mengikut kesesuaian umur. 
· Komitmen dan konsisten dengan sahur dan qiamullail sebelum fajar. Zaid bin Thabit berkata: Kami bersahur bersama Nabi s.a.w, kemudian Baginda bangkit bersembahyang. Zaid ditanya: Berapa lama antara sahur dan azan (subuh)? Beliau menjawab: Kadar bacaan 50 ayat (al-Quran).[Diriwayatkan oleh al-Bukhari] 
· Berhimpun sesama keluarga untuk bertadarus al-Quran dan halaqah ilmu. 
· I’tikaf pada 10 akhir Ramadhan. Jika tidak berupaya untuk I’tikaf penuh, setidak-tidaknya untuk tempoh malamnya. 
· Banyakkan sedekah terutama secara tersembunyi. Latih juga anak-anak untuk berjimat dan menderma. 
· Banyakkan istighfar dan taubat. 
· Banyakkan doa khususnya semasa berpuasa dan ketika berbuka. “Seorang yang berpuasa memiliki doa yang tidak ditolak ketika berbuka” (Ibnu Majah) 
· Jaga solat nawafil khususnya dhuha dan rawatib.

4. Baiki keperibadian diri :
Rasulullah s.a.w: “…Puasa adalah pendinding. Pada hari seseorang kamu berpuasa, jangan dia bercakap keji dan meninggikan suara. Jika seseorang memaki atau bergaduh dengannya, katakan: Aku berpuasa…” [al-Bukhari]

· Hayati tuntutan ibadat yang sebenar (khusyuk semasa solat, puasa anggota daripada yang haram, tadabbur al-Quran dll) 
· Semai akhlak mulia daripada amalan-amalan Ramadhan (amanah, sabar, pemaaf, menjaga lidah, syukur nikmat, prihatin, pemurah dll). 
· Lakukan mujahadah an-nafs (melakukan qiamullail, menahan marah, menjaga pandangan dll). 
· Peruntukkan waktu untuk menambahkan pengetahuan melalui pembacaan, hafalan dsb. (waktu yang digunakan sebelumnya untuk sarapan pagi, makan tengahari dan minum petang boleh dimanfaatkan) 
· Latih diri dengan kehidupan yang sistematik (bangun sebelum fajar, makan yang berjadual dll) 
· Tingkatkan mutu kesihatan dan kecergasan melalui puasa (kawal kuantiti dan gizi makanan)

5. Eratkan hubungan :

Rasulullah s.a.w: “Adakah aku beritahu kamu perkara yang lebih afdhal daripada darjat puasa, solat dan sedekah?” Mereka menjawab: Ya, wahai Rasulullah. Baginda bersabda: “Memperbaiki hubungan sesama (kamu). Kerosakan hubungan merupakan pembinasa (agama)”. [Ahmad, Abu Daud & at-Tirmizi]

· Suburkan kasih sayang suami isteri dan selesaikan sebarang ketidaksefahaman. 
· Banyakkan aktiviti bersama keluarga (qiamullail, sahur, tadarus al-Quran, menyiapkan juadah, berbuka, terawih dll) 
· Hantar ucapan puasa dan raya demi mengeratkan silaturrahim. 
· Hadiahkan juadah berbuka kepada jiran bagi menjalin hubungan. 
· Adakan majlis berbuka untuk sanak saudara, jiran tetangga, teman sekerja, rakan masjid dll. dalam suasana iman dan mesra. 
· Peringati umat Islam dalam doa. Pohon pertolongan dan pelihara (agama, nyawa, kehormatan, harta dan tanah air mereka). 
· Sumbang bantuan kepada umat Islam yang memerlukan. 
· Boikot barangan keluaran musuh umat Islam (barangan Yahudi dan AS) sebagai protes penindasan saudara seIslam.