Search This Blog

Perkembangan Si Kecik ...

Macam kepandaian dah sekarang nih ... Satu persatu dikeluarkan nya ... Hehehe ... Best tengok gelagat nyer ... Paling pandai menyakat Abang Ngah ... Asyik nak gadoh jer keje nyer ...Kepandaian yang terbaru pandai membina ayat-ayat mudah .... Alhamdulillah ... Nyanyi pun pandai ... "Insyaallah ... Insyaallah ..." ... Maher Zain ghitu, khelasss ...

 Nak ikut Abang Ngah gie sekolah ...
"Nak gie olah ..."

 
Nak main sama2 ngan abang2 nyer ...
"Jom ... Jom ..."

 
Makan nak suap sendiri ... 
Sikit masuk banyak yang bersepah-sepah ...

 
Pandai nak pakai tudung dah ... 
Tapi kejap je lah ...

 
Pandai nak melawa ...
Kadang2 mintak pakai gincu ...

Alhamdulillah atas kurnian yang tidak terhingga ini ...
Permata berharga ...

PERBINCANGAN TENTANG HALANGAN IBU UNTUK MENJAYAKAN PENYUSUAN

 
Pengumuman penting bagi kengkawan yang menetap di Pantai Timur ... 
Terutamanya di Terengganu Darul Iman ... 
Sebarang pertanyaan sila hubungi org kat bawah tu eak ...
Saya tolong kengkawan jer ...

________________________________________________________________

HARI: SABTU

TARIKH: 19 FEBRUARY 2011
 
TEMPAT: TEPI LAGOON, MASJID TENGKU TENGAH ZAHARAH, KUALA IBAI, KUALA TERENGGANU (MASJID TERAPUNG)

MASA: 0900-1200
 
TAJUK: PERBINCANGAN TENTANG HALANGAN IBU UNTUK MENJAYAKAN PENYUSUAN

Minta tolong edarkan poster ni ye...


Regards,
Sharifah Nurul Ain Engku Mokhtar
QasehBonda Trading,
HP: 0179000395

Perompak Kereta ....

Aku dapat e-mail nie tadi ... Rase nyer bagus jugak kalau dapat kongsi ngan kawan2 semua ... Hati2 kawan2, macam2 boleh berlaku ... Nauzubillah ...
__________________________________________________________
http://t2.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQTfw27UFMNVkBQ-GSzSTLk-MxLhwJnkzfLP25DbpPFKgqcCYEtDA

Perhatian geng2 semua:Cara baru perompak kereta

Baru minggu lepas malam Jumaat saya parking kereta diparking awam. Semasa nak balik kerumah saya terperasan ada pelekat kat cermin belakang kereta saya. Bila saya tanggalkan pelekat tu kat rumah, rupa2nya cuma resit pam minyak . Tak lama lepas itu saya terima email ini.
 
" AMARAN DARI PIHAK POLIS - BERHATI2 PADA KERTAS YANG MELEKAT PADA CERMIN BELAKANG KENDERAAN ANDA"
 
-- CARA TERBARU UNTUK MENCURI KERETA ( INI BUKAN GURAUAN ) Sedarlah semua! Tolong sebar2kan... ... . Kita berjalan menghampiri tempat parking, membuka kerata dan masuk kedalamnya. Kita start engine kereta dan bersedia untuk berundur.
 
Bila kita melihat cermin belakang untuk melihat kawasan belakang, kita dapati ada kertas yg melekat ditengah2 cermin belakang menghalang pandangan kita.. Jadi kita parking balik kereta, buka pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas (atau apa jua benda) yang menghalang penglihatan kita tadi.
 
Bila anda sampai dibahagian belakang kereta, pada masa itulah pencuri itu akan keluar dari tempat sembunyinya, masuk kedalam kereta dan memecut pergi.Dia mungkin akan merempuh anda dengan laju semasa mereka melarikan kereta anda.
 
Perasan tak kaum hawa? Saya pasti beg duit kita masih didalam kereta. Jadi sekarang pencuri memperolehi kereta kita, alamat rumah kita, duit kita, dan kunci2 kita. Rumah kita dan kesemua identity kita telah diperolehi!
 
 
BERHATI-HATI DENGAN CARA BARU YANG DIGUNAKAN
 
Jika kita melihat ada kertas melekat pada cermin belakang kita, teruskan memandu. Tanggalkan kertas itu kemudian. Dan bersyukur kerana anda membaca email ini.
 
Saya harap anda akan hantar email ini kepada kawan2 dan keluarga, terutama wanita. Kesemua maklumat peribadi dan pengenalan diri yang berada di beg tangan anda sudah tentu tidak mahu jatuh ketangan orang lain.
 
Zaman la mcm2 boleh jadi. Kena banyak beringat