Search This Blog

Kata Luqman

Berkatalah Luqman mengajar anaknya ilmu yang datang dari sisi Tuhan Yang Maha Mengetahui:

“Hai anak-anakku, janganlah engkau sekali-kali mempersekutukan Tuhanmu dengan apa sekalipun, kerana mempersekutukan Allah satu kezaliman yang sangat besar, dan bersyukurlah kepada Tuhanmu kerana kurniaan-Nya. Orang yang mulia tidak mengingkari Penciptanya kecuali orang yang kufur.

“Apakah tidak engkau perhatikan, apa yang Allah bentangkan bagimu apa-apa yang ada di langit dan di bumi daripada kebaikan yang amat banyak?

“Maka engkau menikmati kehidupan ini lantaran kurniaan-Nya, penuh keamanan, keimanan dan kebaikan yang melimpah ruah, di taman dunia yang subur mekar dengan bunga-bungaan serta tumbuhan yang berseri-seri.

“Jangan engkau berlaku derhaka terhadap ibu dan ayahmu dengan apa jua sekalipun, melainkan apabila mereka menyuruhmu derhaka kepada Yang Maha Berkuasa, maka Allah mewasiatkan dirimu; berbuat baiklah dengan mereka. Justeru, jangan engkau mengherdik mereka dengan perkataan mahupun perbuatan dibenci.

“Hai anakku! Andainya ada sebutir biji sawi terpendam di dalam batu, pasti ketahuan jua oleh Tuhanmu Yang Maha Melihat, Allah Amat Mengetahui segala sesuatu, zahir mahupun batin atau apa yang engkau sembunyikan di dalam dadamu.

“Dia memerhatikan dirimu dalam kepekatan malam, semasa engkau bersolat atau tidur lena di belakang tabir di dalam istana. Dirikan solat dan jangan engkau berasa ragu untuk melakukan perkara makruh, dan melempar jauh segala kejahatan dan kekejian.

“Dan bersabarlah di atas apa yang menimpa dirimu kerana yang demikian itu menuntut kepastian kukuh daripadamu dalam setiap kejadian dan urusan.

“Jangan engkau berjalan sombong serta takbur, Allah tidak meredai orang yang sombong dan takbur."

Banjir ....

Selepas penat berekspedisi di Sungai Besar, kami sekeluarga pulang ke Gombak Setia dengan gembira ... Puas hati sebab matlamat tercapai ... Sebelum tu kami singgah makan di Mee Udang Banjir, Tanjung Karang ... 

Silalah nikmati hidangan di bawah kengkawan ...

Mee Udang Banjir, Tanjung Karang
 
Hmmm, Sodappp ehhh ... Jemput makan kengkawan ...
 
Bismillah ... "Allahumma bariktana fima rozaktana wakina azabannar ..."
 
Adik makan mee jugak ... Peminat setia mee ...
 
"Ibu, nak mee .... " "Ibu, nak lagi .... "
 
Sekian terima kasih ...

Ekspedisi Ke Sungai Besar ...

Entri banyak gambar daripada isi ....
Hujung minggu lepas kami ker Sungai Besar lagi ...
Tujuan sebenar nak beli baju sekolah dengan kos yang agak murah di sana ...
Sambil2 tu en. somi terchenta berpeluang memancing ...
Anak2 membuat kecoh ...


Sejauh mata memandang ....
 
Adik n Abah di tepian sawah ...
 
Tepian bendang ...