Search This Blog

Selamat Hari Lahir Abang Ngah

SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-9 DIUCAPKAN KEPADA PUTERA KE-2 KAMI MUHAMMAD DANIAL FATHULLAH B. SHAHDAN

 
Selamat Hari Lahir Abang Ngah ... Semoga sentiasa sihat n ceria selalu. Abang Ngah dah besar, kena jadi budak baik, dengar cakap ibubapa, jangan cepat marah, hormat orang tua, jangan degil .... Belajar rajin-rajin biar jadi orang pandai. Yang paling penting Jangan Lupa Solat ...


Semoga membesar dengan sihat walafiat ... Tak mo sakit kepala dah ... Semua orang risau ... Semua orang susah hati ... Ikuti kisah nyer kat Danial Sakit Kepala ...

 
Berani budak nie pegang ular ... Abang Long pun tak mo, aku lagi ler ...

Ya Allah, Kau terangilah hati anak-anakku dalam mendalami ilmu dunia & akhirat.. Kau jadikanlah mereka anak-anak yang soleh & solehah, yang menjaga solat dan agamanya.. menjaga kebajikan kedua ibu bapanya.. menjaga kebajikan mereka yang memerlukan.. tidak sombong dan pandai menjaga diri.. Amin ...

HARI KE 4-SEKOLAH DITUTUP, KHAMIS 22 OKT 2015.


Ekoran jerebu, semua sekolah di Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya , Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis, serta beberapa daerah lain iaitu Bentong, Kuching, Samarahan, Sri Aman dan Betong ditutup lagi hari nie ... Kira nyer hari nie dah masuk hari ke empat sekolah ditutup ... Kalau ikutkan minggu nie adalah minggu peperiksaan akhir tahun ... Habis lah semua tertunda ... Bebudak pun dah bosan ... Nak main kat luar ibu nyer bising ...Dalam keadaan cuaca yang sebegini kita digalakkan  minum air yang banyak serta kurangkan aktiviti luar ... Pakai topeng jika terpaksa melakukan aktiviti luar @ ke tempat kerja ...