Search This Blog

Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

UPSR Hanya Pembaris


Hari ini, pasti ramai anak-anak bersama ibu bapa yang akan bergembira dengan keputusan UPSR masing-masing. 

Tahniah! Tak salah untuk bergembira kerana usaha keras telah dibuat sebelum, semasa dan selepas peperiksaan (doa).

Eh, kenapa pula adik yang duduk menyendiri itu berduka?
Tak dapat 6A?
Tak mengapa. Apa sahaja keputusannya yang penting adik telah berusaha.

UPSR Hanya Pembaris.


Apa fungsi pembaris? 
Untuk mengukur panjang sesuatu objek, contohnya kertas, kadbod, kertas warna dan sebagainya. Sekali sekala digunakan untuk membuat garisan.

Boleh ke pembaris ukur tinggi adik?
Tak sesuai. Lebih baik gunakan pengukur ketinggian boleh laras biasa dilihat di klinik.

Boleh ke pembaris ukur ukurlilit perut adik?
Tak sesuai. Lebih baik gunakan tali tape yang mak guna untuk menjahit baju.

Boleh ke pembaris ukur panjang jalan?
Tak sesuai. Lebih baik gunakan pembaris gelek beroda yang biasa diguna untuk tar jalan.

Begitu juga UPSR.

UPSR hanya mengukur KEPANDAIAN adik untuk 4 subjek. Ada banyak lagi subjek yang tak dikira dalam UPSR walaupun adik belajar berbelas subjek dalam 6 tahun.

Mungkin kalau subjek UPSR adalah Pendidikan Seni, Muzik, Pendidikan Kesihatan, Pendidikan Islam, dan Bahasa Arab, adik dah dapat 5A!

Tidak dapat A tak mengapa, tetapi pastikan adik BELAJAR. 

Adik mungkin tak dapat A matematik, tetapi adik tahu mengira duit baki selepas membeli roti john. Maknanya adik BELAJAR.

Adik mungkin tak dapat A bahasa Melayu, tetapi adik boleh mengirim surat kepada atok opah di kampung. Maknanya adik BELAJAR.

Adik mungkin tak dapat A Sains, tetapi adik tahu torch light yang tidak menyala perlu ditukar bateri. Maknanya adik BELAJAR.

Adik mungkin tak dapat A Bahasa Inggeris, tetapi adik boleh menunjukkan jalan kepada pelancong yang bertanya arah. Maknanya adik BELAJAR.

Menggunakan ilmu lebih baik daripada hanya tersimpan sebagai memori.

Teruskan belajar. Tak kisahlah tiada A sekalipun, kerana ilmu dicari untuk diamal bukan sekadar cantik diusung atas sekeping sijil.

#copypaste 
( khusus untuk anak-anak didik)
Nyai Mariani Ujud

CAJ RAWATAN HOSPITAL KERAJAAN


Setelah rakyat kecoh dengan segala macam kenaikan, kita digemparkan pula dengan berita kenaikan caj hospital kerajaan ... Caj Rawatan Hospital Kerajaan Seluruh Negara Akan Dinaikkan 50% Mulai Januari 2017 ... Ohhh, apekah ??? Mujurlah segala kenaikan hanya melibatkan kelas 1 dan kelas ke-2 sahaja ... Caj rawatan kelas ke-3 masih kekal tidak berubah ...

Lepas nie ape plak nak naik agak nyer??? Kos sara hidup semakin meningkat ... Rakyat semakin gelisah ...

MENU SEMPENA MINYAK NAIK


Hari nie harga minyak naik... Minyak petrol,  minyak diesel & minyak masak semua pun naik... Paling terkesan kat aku kompem ler kenaikan harga minyak masak... Tetiba ada plak yang hantar menu-menu tanpa menggunakan minyak... Maka harus lah aku abadikan kat blog supaya tak hilang... Senang nak rujuk... Huhuhu... 


Ahad
Ayam Panggang + Kangkong 
            Celur + Sambal Belacan

Isnin
Ikan Kembung Masak Asam 
            Rebus + Kubis Rebus + Sambal 
            Belacan Mangga

Selasa
Ikan Cencaru Bakar + Kacang 
               Panjang Celur + Air Asam
Rabu
Ikan Kembung Masak Pindang +
Kangkung Celur + Sambal Belacan

Khamis
Ayam Panggang/Ayam Kukus + Bendi Celur + Sambal Kicap
Jumaat
Ikan Kembung Bakar/Kukus + Pecal + Air Asam

Sabtu
Sotong/Udang Bakar + Terung Bakar + Sambal Belacan

*Jenis ikan tu boleh ditukar ikut selera korang...

Huhuhu... Tahan ker korang makan tanpa minyak... Semakin slim ler nanti ... Semoga betmanfaat untuk kengkawan semua...

BELANJAWAN SELANGOR 2017

Hari tu kita dah sibuk memperkatakan pasal Bajet 2017 yang telah dibentangkan oleh PM yang korang sayang tu...

Hari nie aku nak korang tengok plak Belanjawan Selangor 2017 ... Aku bagi carta jer eak ... Kalau nak Ucapan Pembentangan Belanjawan 2017 Negeri Selangor. Membangun Bangsa, Memakmur Negeri ...






















































Kenaikan Elaun Ketua-Ketua Kampung & Komuniti di Negeri Selangor.

Kenaikan peruntukan Ahli Dewan Negeri & bantuan khas kewangan sebanyak 2 bulan gaji untuk penjawat awam.

Ada banyak lagi sebenar nyer...  Korang leh skodeng kat Mohamed Azmin Ali (@AzminAli)

#SmartSelangor 
#SelangorKu

Sentuhan Selamat & Tak Selamat

Saya dapat video nie daripada group wasup ... Comel sangat ... Isi pun mantap ... Saya kongsikan kat sini agar semua mendapat manfaat ...



Kami mengalu-alukan ibu-bapa dan guru-guru untuk berkongsi video ini dengan anak-anak serta murid-murid agar mereka tahu batasan tubuh badan mereka yang boleh dan tidak boleh disentuh oleh orang lain. Video ini juga menerangkan langkah-langkah yang patut diambil oleh anak-anak sekiranya hak mereka dicabuli. Video yang diilhamkan oleh team MAP ini sangat menarik dan mudah untuk difahami oleh kanak-kanak seawal umur 4 tahun. 

Kami juga menggesa kepada para ibu khususnya untuk tidak mengambil ringan sekiranya anak anda ada mengadu atau bercerita tentang perkara yang tidak sepatutnya dilakukan terhadap mereka. Jangan biarkan sehingga terlambat! Selamatkan anak-anak kita. Mereka merupakan tanggungjawab dan amanah buat kita.

#saynoto2P
#saynotochildgrooming
#tubuhsayamaruahsaya


Mothers Against Pornography

HOSPITAL SULTANAH AMINAH JOHOR BAHRU TERBAKAR


اِنّا لِلّهِ وَاِنّا اِلَيْهِ رَاجِعُوْن. & SALAM TAKZIAH

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَها وَارْحَمْها وَعَافِها وَاعْفُ عَنْها، وَأَكْرِمْ نُزُلَها، وَوَسِّعْ مَدْخَلَها، وَاغْسِلْها بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّها مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ اْلأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْها دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِها، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِها، وَأَدْخِلْها الْجَنَّةَ، وَأَعِذْها مِنْ عَذَابِ الْقَبر.
ALFATIHAH
ﺑِــــــــــﺴْﻢِ ﺍﻟَّﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـﻢ*
ﺃٌﻟﺤَﻤْﺪُﻟِﻠَّﻪِ ﺭَﺏِ ﺍٌﻟْﻌَﻠَﻤِﻴﻦَ *
ﺍٌﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍٌﻟﺮَّﺣِﻴْﻢِ *
ﻣَﻠِﻚِ ﻳَﻮْﻡِ ﺍٌﻟﺪِّﻳْﻦِ *
ﺇِﻳَّﺎﻙَ ﻧَﻌْﺒُﻮْﺩُ ﻭَﺇِﻳَّﺎﻙَ ﻧَﺴْﺘَﻌِﻴْﻦُ *
ﺇٌﻫْﺪِﻧَﺎ ﺍﻟﺼِّﺮَﻁَ ﺍٌﻟْﻤُﺴْﺘَﻘِﻴْﻢُ*
ﺻِﺮَﻁَ ﺍٌﻟَّﺬِﻳْﻦَ ﺃَﻧْﻌَﻤْﺖَ ﻋَﻠَﻴْﻬِّﻢْ*
ﻏَﻴْﺮِﺍٌﻟْﻤَﻐْﺾُﺏِ ﻋَﻠَﻴْﻬِﻢ*
ْ ﻭَﻻَ ﺍٌﻟﻀَّﺂﻟِّﻴﻦَ*
ﺁﻣِـــــــــﻴﻦ*

Mendapat cerita Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru terbakar ... Kebakaran bermula dari wad kecemasan ... Melarat ke wad bersalin ... Ya Allah kesian nyer dia orang ... Mesti kalut pekerja dan pesakit ... Orang tua, kanak-kanak@bayi, orang bersalin ...

Kabar mendukacitakan diterima ... Ada kematian ... Sekarang nie dah ada 6 kematian, 4 perempuan & 2 lelaki ... Kita sama-sama doakan yang terbaik ... Semoga dipermudahkan urusan dia orang kat sana ... Maklumat lengkap dan sahih kita tunggu berita ...

Gambar Ihsan kengkawan & Jabatan Bomba ...