Search This Blog

Banana Mango Smoothie Bowl

Yuhuuuu... Sunyi sepi jer hujung minggu nih... Buat ape tu? 

Kengkawan mesti ada yang mengalami peningkatan berat badan lepas raya nih kan... Maklum ler open house sana sini... Jamuan raya kat opis lagi... Baju dan seluar mula terasa ketat selepas raya? Huwaaa... Beria-ia kontrol makan masa bulan puasa, masa raya pulun habis semua... Nie tak lama lagi dah nak raya haji plak... 

Hati-hati kengkawan pelbagai penyakit datang menyinggah nanti... Sesuatu perlu dilakukan... Mulakan dengan segera healthy-eating plan korang... Boleh mulakan dengan resepi mudah seperti Banana Mango Smoothie Bowl ini... Hidangan berkhasiat yang amat enak dan sesuai dimakan semasa sarapan pagi...


Bahan-bahan:

- 3/4 cawan mangga beku 
- 2 biji pisang beku
- 1 cawan yoghurt
- 1 sudu besar extra virgin coconut oil
- Strawberi
- Granola
- Bijan hitam
- Kelapa

Cara-cara:
1. Kisar mangga beku, pisang beku, youghurt dan extra virgin coconut oil hingga sebati.
2. Hidangkan dengan topping: hirisan strawberi, bijan hitam, granola dan kelapa.

15 comments: