Search This Blog

Patahnya Sebelah Sayap

Aku dah terjebak ... Bila dah terlayan, maka haruslah tengok dan tengok lagi ... Korang layan tak drama nih ? Dah episod ke berapa ntah ler ...

Drama nie mengisahkan tentang seorang gadis kampung bernama Alisha (Ummi Nazeera). Alisha menjalinkan hubungan cinta dengan Amzar (Izzue Islam). Pada awalnya hubungan cinta yang terjalin tiada masalah. Alisha sentiasa membantu keluarga Amzar ketika Amzar keluar mencari peluang pekerjaan. Amzar bercita-cita untuk menjadi seorang peguam. Akhirnya Amzar berjaya lulus temuduga dan diterima bekerja sebagai seorang peguam di sebuah firma guaman.
Alisha adalah individu yang paling gembira bila impian Amzar untuk menjadi penguam akhirnya tercapai. Alisha telah membeli beberapa helai kemeja untuk Amzar pakai untuk ke tempat kerja. Amzar yang komited pada kerja, berjaya memenangi kesnya yang pertama. Kejayaan itu diraikan bersama Alisha di kedai makan kegemaran mereka. Amzar mengambil peluang itu untuk melamar Alisha dan akibat terlalu gembira dengan kejayaan Amzar, Alisha menerima lamaran tersebut tanpa sebarang syarat. 
Selesai meraikan kejayaan Amzar mereka berdua bergegas pulang menaiki kereta Alisha yang dipandu oleh Amzar. Kebetulan ketika itu hujan turun dengan lebatnya. Kerana terlalu gembira mereka asyik bergurau senda menyebabkan Amzar terlanggar sesuatu ketika cuba mengelak sebuah kereta yang datang dari arah bertentangan. Amzar dan Alisha tidak pasti apa yang mereka langgar disebabkan oleh hujan lebat ketika itu. Amzar membuat keputusan untuk turun dari kereta dan melihat apa yang dilanggarnya. Setelah kembali semula ke dalam kereta, Amzar menyatakan bahawa dia terlanggar sebuah tong besar. Namun hal yang sebenar dirahsiakan dari Alisha.
Beberapa hari selepas kejadian itu, Alisha terbaca dalam surat khabar mengenai sebuah kes langgar lari. Dia yakin kes itu ada kaitan dengan malam kejadian sewaktu dia dan Amzar berada dalam kereta. Kemudian datang pula sekumpulan anggota polis ke rumah dan menahannya. Alisha menjadi suspek utama kes langgar lari itu.
Pada awalnya Amzar telah berjanji untuk membela Alisha namun bila kes dibicarakan Amzar menyepi dan membiarkan Alisha bersendirian. Alisha dijatuhi hukuman dua tahun penjara akibat kes langgar lari tersebut.
Dua tahun kemudian, Alisha akhirnya dibebaskan. Dia mula bekerja sebagai tukang cuci di pejabat Kuzairi (Aeril Zafrel). Tanpa diketahuinya bahawa Kuzairi adalah suami kepada mangsa langgar lari Amzar.
*****
Ada seorang alim bertanya pada saya, "Apa yang lebah akan cari bila dicampak ke dalam sampah?". Saya jawab, "Dia akan mencari madu,". Orang alim tu bagitau, "Tidak sebaliknya dia akan cari bunga terlebih dahulu, kemudian baru akan datangnya madu". Pastu dia tanye lagi, "Apa yang terjadi apabila lalat dicampakkan ke dalam taman yang dipenuhi dengan bunga?". Saya jawab, "Pasti lalat akan mencari sampah". Kemudian orang alim tu bagitau, "Jadilah kamu seperti mata lebah walaupun ditunjuk akan keburukan seseorang kepada kamu, tetap kamu mencari kebaikannya, sebaliknya janganlah kamu jadi mata lalat walaupun ditunjuk seribu kebaikan seseorang kepada kamu, kamu masih lagi mahu mencari keburukan orang lain,".

Saya tak nak kamu ambil ilmu ini sebagai maklumat tapi ambillah ilmu ini untuk amal dan sampaikan .
Semoga Allah s.w.t. bagi taufiq dan hidayah Nya ...

#amirahbalqis

**********
Menarikan ... Sape2 yang berminat, jangan lupa tonton drama bersiri ini di Slot Samarinda pada setiap Isnin hingga Rabu jam 10:00 malam hanya di TV3 ...


3 comments:

  1. Mek pun trjebak sama ! Benci giler dengan amzar !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah selama nie tgk izzue islam berlakon baik jer ... Kali nie sakit plak hati ...

      Delete