Search This Blog

Opah Dah Takde ...

Kisah bermula pada Sabtu malam, apabila mendapat perkhabaran Opah aku dimasukkan ke Hospital Batu Gajah kerana mendapat serangan stroke ... Before this pun dah pernah kena, so keadaan kritikal jika mendapat serangan berulang ... Yes kritikal seperti yang telah dijangkakan, akhir nyer malam tu jugak dipindahkan ke Hospital Ipoh ... Keputusan diambil untuk ke Ipoh keesokkan hari nyer ... Suasana hiba malam tu, hingga menyebabkan tak lena tido ... 

Alhamdulillah, selamat tiba di hospital lebih kurang pukul 1 tengahari ... Terus masuk ziarah Opah ... Memang dah tak sedar dan memerlukan mesin bantuan pernafasan ... Keadaan kritikal tapi stabil ... Aku pun tak berapa paham dengan beberapa istilah perubatan nie ... Di paham kan oleh Dr. stroke menyerang terlalu banyak tempat ... Ubat pun tak bleh nak bagi ... Tindakbalas memang sangat teruk; mata & motor 1/9 ... 

Habis waktu melawat pukul 2 petang, kami sekeluarga singgah makan sebelum bertolak pulang ker Gombak ... Sampai agak lewat atas beberapa sebab yang tak dapat dielakkan ... Tambahan hujan mengiringi sepanjang perjalanan ... Elok jer sampai rumah, on WiFi, dapat perkhabaran duka ... Opah dah takde ...


Innalillahiwainnailaihirajiun ... Al-Fatihah ... Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman ... Semoga keluarga tabah menghadapi ujian ... Manusia merancang, Allah juga merancang ... Sesungguh nyer perancangan DIA adalah yang terbaik ... Wallahua'lam ...

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهاُ وَارْحَمْهُا وَعَافِهاِ وَاعْفُ عَنْهاُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهاُ وَوَسِّعْ مُدْخَلَهاُ وَاغْسِلْهاُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ وَنَقِّهاِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ وَأَبْدِلْهاُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهاِ وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهاِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهاِ وَأَدْخِلْهاُ الْجَنَّةَ وَأَعِذْهاُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ أَوْ مِنْ عَذَابِ النَّارِ .

Ya Allah, ampunlah dosanya, limpahkan rahmat kepadanya, selamatkan dia dan ampunkan kesalahannya. Muliakan kedudukannya, luaskan tempat tinggalnya, mandikan dia dengan air, salji dan air sejuk. Brsihkannya daripada kekotoran dosanya sebagaimana dibersihkan pakaian yang putih dari segala kekotoran. Dan gantikan rumahnya dengan rumah yang lebih baik dan pasangan yang lebih baik. Masukkan dia ke dalam syurga dan lindungilah dia daripada azab kubur dan ujiannya serta jauhkan dia dari azab neraka ... Aminnn ...


4 comments:

  1. sedihnya Ya Allah... saya masih ada opah dan jujur saya katakan yang saya sangat2 sayang kat dia sebab dari kecil dia yang asuh saya bila mak saya pergi kerja. dia dah tua dan selalu sakit2. tak dapat saya bayangkan kalau dia dah tak ada nanti :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya ... Sedih ... Sebaik sempat ziarah, klu tak mungkin agak terkilan ... Al-Fatihah ...

      Delete
  2. Innalillah....semoga rohnya di tempat dikalangan orang-orang yang beriman..Acik dah tak ada kedua-dua opah...terasa sangat kehilangan opah

    ReplyDelete