Search This Blog

Pencarian Blog Terkemas 2015!


Tag :

Jom  kengkawan sape2 yang blom join, meh ler join segmen nie ... Mari ler ramai-ramai memeriahkan suasana ... Caranya mudah sahaja ... Klik BaNNeR  jika berminat untuk turut serta ... 

Jangan lupa singgah jalan-jalan kat SiNi & Join contest kat SiNi ...

Jiwa Kacau !!!


Aku dapati sekarang ini ramai sekali orang disekeliling aku nampak begitu tertekan dengan bermacam-macam hal ... Termasuk lah aku jugak tu ...  Ada yang menghadapi masalah cinta, masalah kerja, masalah rumahtangga, masalah pakwe makwe, masalah ekonomi dan sebagainya ... Dengan segala macam tekanan nie ditambah pula dengan Segala Kenaikan 2016 nanti semakin meningkat masalah tekanan jiwa di kalangan masyarakat kita ... Paling memeranjatkan ialah, ada diantara mereka yang menyatakan bahawa mereka begitu tertekan dengan masalah hidup hingga terfikir sampai mahu membunuh diri ... Na’uzubillah ... Lihatlah betapa seriusnya keadaan masyarakat sekarang ini!

Ramai yang meminta pelbagai nasihat dan pandangan untuk menyelesaikan masalah mereka ... Aku nasihatkan diri aku dan kengkawan semua ... Walaupun tertekan @ stress janganlah memilih jalan yang singkat untuk menyelesaikan masalah ... Jangan mengambil tindakan yang akan lebih mendatangkan masalah ... Jangan cari masalah lagi ...
  
Kengkawan semua, dalam entry kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda, 10 Cara Bagaimana Untuk Mendapat Ketenangan Jiwa, terutamanya khusus bagi mereka yang merasakan hidup mereka tidak tenteram dan tidak tenang... Ketahuilah bahawa, agama kita, ISLAM ada memberikan ubat dan penawar dalam merawat ketenangan ... Berikut adalah perkara-perkara atau langkah yang boleh dilakukan untuk mendapat ketenangan jiwa ...
 
  • 1.  Membaca dan mendengarkan al-Quran
  Suatu ketika seseorang datang kepada Ibnu Mas’ud, salah seorang sahabat utama Rasulullah. Dia mengeluh: “Wahai Ibnu Mas’ud, nasihatilah aku dan berilah ubat bagi jiwaku yang gelisah ini. Seharian hidupku penuh dengan perasaan tidak tenteram, jiwa gelisah dan fikiranku kusut. Makan tak enak, tidur pun tidak nyenyak.” Ibnu Mas’ud menjawab: “Kalau penyakit itu yang menimpamu, maka bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat.
  • Pertama, tempat orang membaca al-Quran. Engkau baca al-Quran atau engkau dengar baik-baik orang yang membacanya.
  • Kedua, engkau pergi ke majlis pengajian yang mengingatkan hatimu kepada Allah.
  • Ketiga, engkau cari waktu dan tempat yang sunyi. Di sana, engkau bertafakur mengabdikan diri kepada Allah. Nasihat sahabat Nabi itu segera dilaksanakan orang itu.

Apabila sampai di rumah, segera dia berwuduk kemudian diambilnya al-Quran dan dibacanya dengan penuh khusyuk. Selesai membaca, dia mendapati hatinya bertambah tenteram dan jiwanya tenang, fikirannya segar, hidupnya terasa baik kembali ... Padahal, dia baru melaksanakan satu daripada tiga nasihat yang disampaikan sahabat Rasulullah itu.
 
  
 

  • 2.  Menyayangi orang miskin

  Rasulullah memerintahkan kepada Muslim yang punya kelebihan harta untuk memberikan perhatian kepada orang miskin. Ternyata, sikap dermawan itu boleh mendatangkan ketenangan jiwa. Mengapa? Dalam sebuah hadis menjelaskan bahawa malaikat selalu mendoakan orang yang dermawan: “Setiap pagi hari dua malaikat senantiasa mendampingi setiap orang. Salah satunya mengucapkan doa: Ya Allah! Berikanlah balasan kepada orang yang berinfak. Dan malaikat yang kedua pun berdoa: Ya Allah! Berikanlah kepada orang yang kikir itu kebinasaan.” Daripada hadis berkenaan dapat disimpulkan bahawa orang yang dermawan itu akan memperoleh dua balasan.
 

  • Pertama, dia mendapat ganjaran atas apa yang diberikannya kepada orang lain.
  • Kedua, mendapatkan limpahan ketenangan jiwa dan belas kasihan daripada Allah.
  
  • 3.  Melihat orang yang di bawah, jangan lihat ke atas

Ketenangan jiwa akan diperoleh jika kita senantiasa bersyukur atas segala pemberian Allah meskipun tampak sedikit. Rasa syukur itu akan muncul apabila kita senantiasa melihat orang yang keadaannya lebih rendah daripada kita, baik dalam hal kebendaan, kesihatan, rupa, pekerjaan dan pemikiran. Betapa banyak di dunia ini orang yang kurang beruntung. Rasa syukur itu selain mendatangkan ketenangan jiwa, juga ganjaran daripada Allah.
 

  • 4.  Menjaga silaturahim

Manusia adalah makhluk yang perlu menjalinkan hubungan yang baik dengan manusia lain. Pelbagai keperluan hidup takkan mungkin boleh diraih tanpa adanya bantuan daripada orang lain. Dalam hadis Rasulullah diperintahkan untuk tetap menjalin silaturahim sekalipun terhadap orang yang melakukan permusuhan kepada kita. Rasulullah bersabda bahawa silaturahim dapat memanjangkan umur dan mendatangkan rezeki. Hubungan yang baik di dalam keluarga, mahupun dengan tetangga akan menciptakan ketenangan, kedamaian dan kemesraan. Hubungan yang baik itu juga akan meleraikan sifat dengki, buruk sangka, iri hati, besar diri dan sebagainya.
 

  • 5.  Banyak mengucapkan “La hawla wa la quwwata illa billah

Sumber ketenangan jiwa yang hakiki bersumber daripada Allah. Oleh itu, hendaklah kita selalu menghadirkan Allah dalam segala keadaan, baik dalam keadaan senang ataupun susah. Kuatnya hubungan kita dengan Allah akan membuatkan jiwa seseorang itu menjadi kuat, tidak mudah goyah. Apabila kita lalai mengingati Allah, maka ia membuka peluang bagi syaitan mempengaruhi fikiran kita.
 
  
 

  • 6.  Mengatakan yang haq (benar) sekalipun pahit

Hidup ini harus dijaga agar senantiasa berada di atas jalan kebenaran. Kebenaran harus diperjuangkan. Pelanggaran terhadap kebenaran akan mendatangkan kegelisahan. Ketenangan jiwa akan tercapai apabila kita tidak melanggar nilai kebenaran. Sebaliknya, pelanggaran terhadap kebenaran akan berpengaruh terhadap ketenangan jiwa. Lihat saja orang yang kerap melakukan maksiat dalam hidupnya, mereka akan berasa gelisah walaupun nampak senang dan ceria.
 

  • 7.  Tidak ambil peduli terhadap celaan orang lain asalkan yang kita lakukan benar kerana Allah

Salah satu faktor yang membuat jiwa seseorang tidak tenang adalah kerana selalu mengikuti penilaian orang terhadap dirinya. Seorang akan memiliki pendirian kuat jika berpegang kepada prinsip yang datang daripada Allah.
 

  • 8.  Tidak meminta kepada orang lain

“Tangan di atas (memberi) lebih mulia dari tangan di bawah” adalah hadis Rasulullah yang merangsang setiap mukmin untuk hidup berdikari. Tidak bergantung dan meminta-minta kepada orang lain kerana orang yang berdikari jiwanya akan kuat dan sikapnya lebih berani dalam menghadapi kehidupan. Sebaliknya, orang yang selalu meminta-minta menggambarkan jiwa yang lemah.
 

  • 9.  Menjauhi hutang

Dalam sebuah hadis, Rasulullah dengan tegas mengatakan:  “Janganlah engkau jadikan dirimu ketakutan setelah merasai ketenangan!” Sahabat bertanya: “Bagaimana boleh terjadi seperti itu!”
  Sabdanya: “Kerana hutang.” Begitulah kenyataannya. Orang yang berhutang akan senantiasa dihantui ketakutan kerana dia dikejar-kejar untuk segera membayarnya. Inilah salah satu faktor yang membuat ramai orang mengalami tekanan jiwa. Rasulullah juga mengatakan: “Hendaklah kamu jauhi hutang kerana hutang itu menjadi beban fikiran di malam hari dan rasa rendah diri di siang hari.”
 

  • 10.  Selalu berfikir positif

Mengapa seseorang mudah berasa tertekan? Salah satu faktornya kerana dia selalu dibayangi fikiran negatif, selalu mencela dan menyesali kekurangan diri.
 
  

  Padahal, kita diberikan Allah pelbagai kelebihan. Ubahlah fikiran negatif itu menjadi positif. Ubahlah ungkapan keluh kesah yang membuat muka berkerut, badan lemas, ubahlah dengan ungkapan senang. Bukankah di sebalik kesulitan dan kegagalan itu ada hikmah yang boleh jadi pengajaran?
 
Sumber Rujukan : Tulisan Ustaz Mohd Zawawi Yusoh
  
Aku harap entry ini sikit sebanyak memberikan panduan kepada mereka-mereka yang bermasalah dalam mencari ketenangan jiwa dan kebahagiaan hidup, insyaAllah. Harap-harap dapat dijadikan panduan buat diri aku sendiri dan juga kengkawan semua ...

TAZKIRAH JUMAAT #43 | SOLAT DHUHA


Ruang waktu dan waktu afdal

Sesuailah dengan namanya dhuha yang bermaksud pagi. Jadi ruang waktunya bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fikah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing yakni kira-kira dua meter. Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya dapat difahami bahawa batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7 pagi hingga 1 petang.

Berkenaan waktu afdalnya pula iaitu ketika sinar matahari kian panas berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam. Rasulullah s.a.w. menjelaskan: “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).

Justeru, waktu sedemikian eloklah dilaksanakan solat tersebut, apatah lagi pada saat itu badan memerlukan ‘rehat sebentar’ setelah penat bekerja. Maka disarankan juga sekiranya masa tersebut diisi sekadar empat hingga lima minit dengan sujud menyembah Ilahi sama ada di rumah atau di tempat kerja dengan syarat tidak mengetepikan perkara-perkara atau urusan yang wajib dan utama daripada yang sunat ...


Cara melaksanakannya

Banyak bahan media cetak yang boleh dirujuk bagi mengetahui cara melakukan solat sunat Dhuha ini merangkumi bacaan-bacaan dalam solat hinggalah dalam sujud dan doa setelah selesai ibadat tersebut ...

Cuma secara asas dan mudahnya berdasarkan hadis-hadis Nabi, solat sunat Dhuha ini dilakukan seperti solat-solat lain, cuma bacaan yang dianjurkan Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. (Riwayat al-Hakim)

Namun begitu, perkara (bacaan dalam solat) ini adalah sesuatu yang subjektif dan tidak statik.Maka tidak perlulah hanya terikat dengan kaifiat tertentu dan bacaan tertentu. Apa yang penting, solat tersebut diniatkan dengan betulsyarat-syaratnya dipenuhi dan rukun-rukunnya disempurnakan sebaik-baiknya. Begitu jugalah dengan doa selepas solat tersebut.

Doa yang disarankan

“Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu, keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu, kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu “.
” Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”


 




Kepada orang yang tidak menghafal surah-surah yang disarankan iaitu surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. Bacaan solat boleh dibaca apa-apa surah yang penting niat kita adalah IKHLAS untuk Allah SWT, bukan kerana berkehendakkan harta dan rezeki yang banyak tetapi salah satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah…
Kita rujuk kepada Hadith Qudsi yang mengatakan, Firman Allah, “ Wahai anak-anak adam (sebut-sebutkan) zikirkan akan AKU selepas sembahyang subuh barang sekejap dan selepas sembahyang asar barang sekejap, maka AKU cukupkan engkau apa yang ada diantara dua waktu tersebut maka apabila naik matahari sembahyang dhuha sebanyak lapan rakaat”
Pada rakaat pertama bacalah ayatul kursi kerana ayutul kursi terlalu banyak keistimewaannya, semasa suruh itu diturunkan beribu-ribu malaikat sebagai perantaranya. Didalamnya juga terkandung KURSI (kerajaan) ALLAH yang sangat besar meliputi 7 lapisan langit dan bumi. Ada 95 buah hadis yang menerangkan akan fadhilat ayutul kursi.
Rakaat kedua bacalah surah Al-Ikhlas sebab surah Al-Ikhlas merupakan 1/3 dari Al-Quran. Surah yang cukup besar maknanya sebab mengandungi sifat-sifat Allah yang Esa dan siapa Allah yang sebenar iaitu yang tidak beranak juga tidak diperanakkan dan tidak ada yang serupa denganNYA. Dua surah ini sudah cukup bagi yang tidak menghafal surah yang disarankan.
Berkenaan doa… boleh baca doa mana-mana yang berkaitan tetapi lebih afdal baca doa solat dhuha yang khusus… doa itu sememangnya cukup baik dan sempurna untuk memohon keberkatan rezeki dari ilahi… Manakala bilangan rakaat pula adalah mengikut kemampuan. Bila masa terhad dengan kerja seharian boleh dilakukan dengan 2 rakaat dan bila waktu cuti lakukanlah dua-dua rakaat sehingga 4, 6 atau 8 rakaat dan boleh sehingga 12 rakaat. semua mengikut kemampuan… Amal yang sedikit dan istiqamah (berterusan) adalah lebih baik dari amal yang banyak tetapi jarang-jarang… fikir-fikirkan… semoga dengan membudayakan solat dhuha, kita akan lebih disayangi oleh Allah SWT dan sentiasa didalam naunganNYA.. Ameennn ...

Wallahua'lam ...

#Entrylamayangdiulang ...
#Maaftakjumpacarituanpunya ...

LAILA HILANG ...

Dah dekat dua minggu Laila hilang ... Tak tau gie mana ... Aku memula syak orang ambik ... Coz dah besar nie Laila pandai merayau-rayau ... Dah ler cantik jelita ... Bulu pun gebu-gebas ... Badan dah munggil ... Ehhh, macam iklan Beuty Kaseh plak ... Nyampah Mak tau ...

Sambung balik cerita Laila ... Nak dijadikan cerita minggu lepas BigBoss bersih skit-skit semak samun kat belakang tu ... Kang jadi hutan belantara plak ... Sambil tu tengok pokok petai yang baru ditanam ... Happy sesangat bila tengok dah tumbuh daun baru ... Makna nyer hidup ler tu ... Yang mengejutkan, BigBoss terjumpa rangka binatang ... Huwaaa ... Disyaki rangka kucing ... Disyaki Laila ... Damailah dikau di sana ... 



 

Nie gambar Laila masa memula ambik tu ...

Putra teruja sangat dapat pegang Laila ... Tak takut pun ...

Nie gambar dah besar skit ...

Sebelum kehilangan tu memang dah besar lagi dari nie ... Memang cantik jelita ... Anak dara lah kata nyer ... Sob ... Sob ... Sob ...

Nie pokok petai yang kami tanam ... Dah bercambah daun nyer ... Petai nie nanti pokok nyer ketot jer ... Hybrid lah kata nyer ... Nak makan petai nanti leh terus petik ... Huhuhu ...

Sekian ... Terima kasih ...

Segala Kenaikan 2016

Menempuh Tahun 2016 yang sukar ... 2016 pasti akan menjadi satu cabaran yang amat getir buat kita semua rakyat Malaysia yang berpendapatan sederhana dan rendah ... RM50 seperti bernilai RM5 apabila keluar berbelanja barang keperluan ... Tahun 2015 pun dah nyawa-nyawa ikan ... 2016 nanti tak tahu lah cam ner ... Tu tak masuk lagi kenaikan harga minyak yang kata nyer terapung ... Peh tu kang naik plak harga barang-barang lain ... Semoga kita semua dapat menempuh segala cabaran ini dan diberi rezeki tambahan untuk menampung segala bebanan kekurangan ... Kita semua nampak nyer kena berusahalah mencari dan meneroka peluang baru agar ada sinar bahagia yang lebih baik ... Sesungguhnya ada rahmat disebalik setiap kejadian ... Huhuhu ... Berdoalah ... kerana ia adalah senjata utama kita dan doa insan marhain yang dizalimi ... InsyaAllah, walaupun kita tidak dapat mengubahnya pada masa kini, diharapkan anak cucu kita tidak merasai apa yang kita rasai ... 

Berkuatkuasa 1 Jan 2016: 

 - Subsidi Beras Nasional Super Tempatan dengan kadar hancur 15% (ST15/ S15) dimansuhkan (kuatkuasa 31 Dis 2015) dengan harga RM23.00 berbanding harga selepas subsidi RM17.50. 

 - Pelupusan subsidi bil elektrik, yang dahulunya diperuntukkan sebanyak RM150 juta untuk golongan miskin bagi bil elektrik yang berjumlah kurang dari RM20. 

 - Pelupusan subsidi minyak masak sebanyak RM950 juta yang pasti akan meningkatkan harga minyak masak (sawit). Kesannya sudah tentu amat besar ke atas harga makanan. 

 - 5 buah konsesi tol akan termasuk PLUS akan menaikkan harga tol setelah lanjutan MOU yg berakhir 2018. - perkhidmatan ERL dari KL Sentral ke KLIA/KLIA2 akan dinaikan dari RM35 kpd RM55. 

 - kenaikan tambang LRT dan Monorail sebanyak 102% dan 40% (kuatkuasa 2 Dis 2015). 

 - kenaikan tambang KTM Komuter sebanyak 58%. kenaikan bermula dgn RM0.04/km sehingga max RM7.10/km (kuatkuasa 2 Dis 2015). 

 - Pengurangan 95% peruntukan dlm Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWPM) drp RM200j kpd RM10j. 

 - Pengurangan peruntukan Kementerian Pengajian Tinggi yg menyaksikan belanjawan dikurangkan sebanyak RM2.4b kpd RM1.378b. Jangkaan yuran pengajian akan meningkat dan biasiswa akan dikurangkan/hapus. 

Aku amat berharap korang tak lupe ape yang terjadi nih ... Masa pilihanraya nanti ubahlah ... Ramai yang dah muak sebenar nyer ... Lemas dah ... Rimas dah ... Aku harap kita semua tidak tertekan sangat ... Aku dapat bayangkan dengan segala macam kenaikan nanti akan bertambah lah segala macam gejala yang tak betul ... Korang jangan ler buat mende-mende yang tak senonoh tu ... Kalau rase dah stress sangat tu sujud lah mohon pada Yang Maha Esa ... 

INGAT !!! UBAH SEBELUM PARAH ...

GRRR ... STRESS MAK TAU ...


Jangan lupa singgah jalan-jalan kat SiNi & Join contest kat SiNi ...

KAKI KOMEN NOVEMBER2015 #KISAHHIDUPKU ...


Sekejap sangat rase nyer dah masuk Disember ... Bulan terakhir dalam tahun nie ... Haaa jom kitatengok kaki komen blog nie bagi bulan November 2015 ... Meriah nyer ... Ada yang baru ... Ada yang masih kekal ... 

Terima kasih ler kat korang semua ... Yang rajin datang singgah + komen kat blog aku nih ...

Jom terjah blog dia orang plak ...

1.  adianiez AIDA (24)
2.  Ms. Kejupenyet (10)
4.  Diana Rashid (5)
5.  Sheila Adziz (5)
6.  Afidah Azmi (4)
7.  Yana Yani (4)
8.  Maria Firdz (3)
10.  Aynal M (2)

Tak lupa jugak buat silent readers (perasan cam ramai orang datang sini) ... Terima kasih bebanyak korang-korang ... Jom blogwalking blog-blog hebat di atas ...

Yang tak tersenarai jangan kecik hati plak ... Nie saje suke-suke ... Yang nak masuk senarai rajin-rajin berbicara ... Jangan ler sepi tanpa berita ...

Korang nangis tak ??




Pernahkah kita bersedih tertinggal sembahyang?
Pernahkah susah hati terlewat mengerjakannya?
Pernahkah terasa rugi tertinggal jemaah mendirikan sembahyang?
Pernahkah kita risau hati lalai di dalam sembahyang?
Pernahkah terasa berdosa tidak beradab menghadapi Tuhan?

Jawapannya ada pada diri kita sendiri
Setiap orang boleh menilai dirinya
Tanyalah diri, kita akan dapat jawapannya
Bila dapat jawapannya engkau kenal diri engkau
Bila engkau kenal diri engkau, engkau kenal siapa engkau
Kalau engkau kenal diri engkau
Engkau tidak akan nampak lagi kejahatan orang lain

Begitulah beberapa pertanyaan yang kita ajukan
Sebagai contoh untuk bertanya diri sendiri
Yang tidak disebutkan kita datangkan atau fikirkan
Tentu kita juga akan dapat jawapannya

Cara ini adalah salah satu cara buat kita menilai diri
Jika kita mahu menilai diri sendiri
Lebih-lebih lagi jika hendak membaiki diri
Tapi berapa ramaikah orang boleh ikut jalan ini?!