Search This Blog

Amaran Pesawat TUDM Terbang Rendah


Wahai warga Kuala Lumpur dan Selangor ... Meh aku nak kabor ... Nanti nanti korang jangan terkejut plak ... Kelmarin depa call aku suh beritau korang ... Depa nak terbang rendah ... Haaa, jom baca ...

>>>>>>>>>><<<<<<<<<<

Tentera Udara Diraja Malaysia meminta orang ramai di sekitar Lembah Klang supaya tidak panik apabila melihat pesawat terbang rendah pada 24, 25, 26 dan 29 Februari ini. TUDM dalam satu kenyataan berkata, beberapa pesawat pejuang, pengangkut dan helikopter akan membuat terbang lintas di ruang udara Lembah Klang sempena istiadat Penganugerahan Panji-panji Skuadron oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.

''Istiadat akan melibatkan penganugerahan panji-panji kepada Skuadron Nombor 16, 17, 18 dan 20 bermula 24 hingga 26 Februari untuk raptai dan istiadat sebenar pada 29 Februari di Pangkalan Udara Subang,'' katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Pesawat-pesawat TUDM yang akan terlibat dalam penerbangan rendah antaranya Pesawat Su-30MKM, Hawk, F/A-18D, MiG-29N, C130H, Beechraft, Helicopter EC725 dan Nuri.
Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak cemas dan risau sekiranya melihat pesawat-pesawat TUDM terbang rendah di sepanjang tempoh tersebut.

>>>>>>>>>><<<<<<<<<<

Korang nanti pada tarikh-tarikh tu jangan kalut plak ... Bila pesawat terbang rendah kompem bunyi bising ... Jangan korang ingat nak perang plak ... Hehehe ... Yang pasti nyer mesti anak aku sendiri yang kalut ... Putra mesti kalut nak tengok jet pejuang ... Haisshhh ... Hehehe ...

Aplikasi Aduan Majlis Perbandaran Selayang

Aplikasi aduan Majlis Perbandaran Selayang dibangunkan untuk memudahkan penduduk Selayang membuat dan menyemak aduan. Melalui aplikasi ini, aduan boleh dihantar dalam bentuk gambar beserta lokasi GPS. Ini membolehkan MPS menerima aduan dengan lebih tepat cepat serta dapat memberi maklumbalas dengan lebih berkesan.

Pengguna aduan MPS boleh mengguna ID Pengguna dan Kata Laluan yang sama untuk aplikasi ini. Pengguna baru perlu membuat pendaftaran di link berikut http://goo.gl/DfZXSc

Untuk maklumat lanjut sila layari http://www.mps.gov.my 
atau Hotline MPS 03 - 6138 9898 @ 1 800 222 677

Aplikasi Aduan MPS juga boleh diakses melalui telefon bimbit ... Pengguna boleh download aplikasi tersebut untuk menggunakannya ...

Pengguna perlu memasukkan ID Pengguna dan Kata Laluan ... 
Pengguna baru perlu mendaftar terlebih dahulu ...


Pengguna boleh membuat dan menyemak aduan yang telah dibuat ... 

Aduan yang boleh diterima oleh Majlis Perbandaran Selayang adalah mengenai Alam sekitar, Bangunan, Bencana Alam, Bonggol, Cukai Taksiran, Haiwan, Halangan, Jalan, Kakitangan Majlis, Kemudahan Awam, Kerja Tanah, Lampu Jalan, Landskap/ pokok, Longkang, Masalah Papan Tanda, Mesin Meletak Kenderaan, Padang Permainan, Pasar Malam, Penguatkuasaan, Penyelenggaraan, Permohonan Lesen, Pesuruhjaya Bangunan(COB), Pusat Siber MPS dan Sampah ...

Aku alert pasal mende-mende nih pasal aku tinggal dalam kawasan di bawah selenggaraan MPS ... So, kalau ape-ape jadi senang aku nak buat aduan ... Selalu nyer pasal sampah dan anjing liar ler ... Semoga dengan ada nyer kemudahan nie persekitaran akan menjadi lebih bersih ... Diharap MPS juga dapat menjalankan tugas dengan lebih efektif ... Cuma masalah sampah nie memerlukan anjakan minda pengguna-pengguna ... Aku tengok masih ramai yang tak kisah buang sampah merata-rata ... Penuh longkang ... Lagi teruk kalau lepas pasar malam @ pasar tani ...

Sekian bebelan aku kali nie ... Semoga bermanffat ...

Buku Rahsia

Hai kengkawan semua ... Korang buat ape hari nie ?? Hehehe, nak tanya nih ... Korang-korang masa kecik-kecik dulu ada simpan rahsia tak ? Mesti ada kan ... Mesti ada di antara korang yang ada buku rahsia@diari ... Segala macam mak nenek tulis dalam tu kan ... Sampaikan lirik lagu pun nak tulis dalam tu ... And yang paling banyak mesti lah pasal secret admire kan ... Pasal musuh ketat pun mesti banyak kan ... Bila dah besar skit siap reka bahasa rahsia ... Huhuhu ...

Tadi pagi ada masa terluang skit ... Lepas selesai sidai kain semua, aku masuk bilik Fatiha ... Lipat kain skit, lepas tu aku kemas meja study dia ... Tak sepah sangat coz Fatiha nie pandai kemas sendiri ... Sekalikan dalam pada aku susun sana sususn sini tu aku terjumpa RAHSIA ... Senyum jer aku teringat kita dulu-dulu ... Aci tak nak baca ...


Tu dia kecik-kecik dah ada buku rahsia ... Jeng jeng jeng ...


Ohhh, ini rupa nyer rahsia dia ... Terkesima kejap ... Syok sendiri kejap ... Huhuhu, sebaik tak de tulis nama pakwe ...


Yerrr ... Ibu pun sayang Fatiha@Adik@Kakak ... Huhuhu ... Belajar rajin-rajin biar jadi orang pandai ...  Yang paling penting Jangan Lupa Solat ... Semoga menjadi muslimah sejati bila dah besar nanti ...

Ya Allah, Kau terangilah hati anak-anakku dalam mendalami ilmu dunia & akhirat .... Kau jadikanlah mereka anak-anak yang soleh & solehah, yang menjaga solat dan agamanya ... Yang menjaga kebajikan kedua ibu bapanya ... Yang menjaga kebajikan mereka yang memerlukan ...  Tidak sombong dan pandai menjaga diri ... Amin ...