Search This Blog

SELAMAT HARI LAHIR BIGBOSS



Ya Allah, panjangkan lah umur suamiku, agar dapat kami bersama-sama mendidik Anugerah dari-Mu,  meniti usia tua bersama ... Ya Allah, berikanlah nikmat kesihatan yang baik untuknya agar dia dapat mencari rezeki buat kami sekeluarga; melindungi kami sekeluarga ... Ya Allah, Kekalkanlah HATInya hanya buatku hingga ke Jannah; lindungilah suamiku daripada segala tipu muslihat dunia ini ... Amin ...

Ya Allah bagi Mu segala kepujian dan kesyukuran sebagaimana layak untuk Mu dengan kebesaran kekuasaanMu dan kemulian wajahMu dan ketinggian kemulianMu yang bilamana Engkau menjadikan dia sebagai suamiku …


Ya Allah Engkau jadikanlah dia penyejuk mataku dan pembantu untuk aku mentaati Mu … Ya Allah Engkau jadikanlah aku sebagai penenang untuknya dan penasihat yang diberkati … Ya Allah Engkau kasihkan aku kepadanya dan kasihkanya kepada aku … Dan rezekikan kami zuriat yang soleh@solehah yang menjadi kebaikan kepada agama dan dunia …

Ya Allah tutupilah keburukanku padanya dan tutupilah keburukannya kepada ku … Dan perlihatkanlah kepadaku kebaikannya dan redhakan aku apa yang telah Kamu beri kepadaku dan berkati aku padanya … Ya Allah permudahkanlah ia bagi ku dan permudahkan urusanku bersamanya dan jauhikanlah aku keburukannya ... Jadikanlah aku berpuashati dengannya dan dia berpuashati denganku … Ya Allah berikanlah petunjuk kepadanya sebagaimana yang Engkau kehendaki dan redha …

Ya Allah perkenankanlah ...
Ya Allah perkenankanlah ...
Ya Allah perkenankanlah ...

Bismillah...Dengan nama Allah yang Maha Melindungi, Berilah keberkatan dalam setiap langkah perjalanan dan kerja yang kami lakukan hari ini. Lindungi kami, anak-anak kami dan keluarga kami daripada segala bahaya dan penyakit. Engkau Maha Pemberi, berikan kami rezeki yang melimpah ruah melalui jalan yang disangka atau tidak disangka-sangka yang penuh barakah... Ya Allah... Yang telah menyatukanku dengan suami ku dengan ikatan yang sah, peliharalah dan suburkanlah cinta kami sebagai mana kami cinta padaMU dan RasulMu... Dan lindungilah cinta kami dari godaan syaitan.







SALAM AIDIL ADHA 2018


Esok kita seluruh umat Islam akan menyambut Aidil Adha ... Tak de persiapan ape2 pun ... Just guna baju raya lepas jer ... Buat semua ... Harap maaf atas salah dan silap terlanjur kata ... Kami beraya di sini jer ... Kepada sahabat2 yang pulang ke kampung halaman, hati-hati di jalanraya ...

Saat berderai jatuh titisan air mata suci IBRAHIM melihatkan keteguhan iman anaknya ISMAIL dikala itulah bermula sejarah agung ERTI SEBUAH PENGORBANAN ...
Semoga aku dan BigBoss berpeluang menjadi Tetamu Allah bersama-sama ...



Di sini saya kongsikan sedikit maklumat untuk ingatan kita bersama ...

Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji ... Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah ... Merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia ... Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri ... Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban ... Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah ...

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat kedua.

Pada kebiasaannya solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit berbanding solat sunat Aidilfitri. Hikmahnya dicepatkan sedikit waktu solat sunat Aidiladha adalah bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri pula adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakat menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid. 

Manakala bagi Aidiladha, hikmat disunatkan makan selepasnya supaya makanan yang mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang berkat. Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.

Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.

Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.

Tahniah Pasukan Bola Sepak Bawah 23 Tahun Negara


Alhamdulillah! Tahniah Pasukan Bola Sepak Bawah 23 Tahun Negara yang menang dengan mengejutkan Juara Bertahan Korea Selatan 2-1 dalam Perlawanan Bola Sepak Sukan Asia 2018 di Stadium Si Jalak Harupat, Bandung, Indonesia.

Dua gol menerusi Safawi Rasid meletakkan Malaysia ke Pusingan Suku Akhir dengan berbaki satu lagi perlawanan menentang Bahrain. Dalam perlawanan sebelumnya, Malaysia juga menang 3-1 ke atas Kyrgyzstan.

Malaysia mendahului pasukan lawan seawal minit ke-4 hasil jaringan Safawi Rasid. Selepas itu pasukan lawan menggandakan serangan namun gagal membolosi gawang Malaysia, sebaliknya Safawi Rasid sekali lagi bertindak cemerlang menggegarkan gawang Korea Selatan pada minit ke-45. Terkejut kerana ketinggalan, pasukan Korea Selatan meneruskan serangan. Pemain skuad Piala Dunia 2018 diturunkan. Gawang Malaysia akhirnya dibolosi pada minit ke-87. 

Tahniah juga buat jurulatih Datuk Ong Kim Swee!

#MalaysiaBoleh !