Search This Blog

SAFI SHAYLA | PAKAR RAMBUT WANITA BERTUDUNG

Rambut adalah mahkota bagi wanita.  Rata-rata wanita sudah pasti mendambakan rambut yang sihat, hitam, lebat dan beralun. Kunci kepada rambut sihat sudah pasti lah keadaan kulit kepala. Masalah kegatalan kulit kepala dan kelemumur akan memusnahkan impian indah setiap wanita. 

Namun kita semua tak perlu risau. Safi Shayla Pakar Rambut Bertudung ada penyelesaian. Dengan perkembangan teknologi yang pesat,  semua masalah ini dapat di atasi dengan mudah.  Jom dapatkan set penjagaan rambut yang terdiri daripada Minyak Rambut Anti Kelemumur,  Syampu Anti Kelemumur dan Masker Rambut. Penggunaan yang teratur dapat menghilangkan kelemumur dan kegatalan kulit kepala.

Sebelum meneruskan bicara, jom kita berkenalan dulu dengan produk-produk nih. Tak kenal maka tak cinta. Dah kenal nanti pasti nak lagi dan lagi. Mana tak nya, wangiiii gitu. 

MINYAK RAMBUT ANTI-KELEMUMUR

Mengurangkan kelemumur, minyak dan kegatalan kulit kepala. Minyak rambut SAFI Shayla menjadikan rambut lebih lembut, licin dan memberikan kilauan rambut dan sihat menawan. Ia mengurangkan kelemumur dengan berkesan, melegakan kulit kepala yang gatal dan memberikan kesegaran kepada kulit kepala dengan sensasi dingin. Lepas pakai minyak nie nanti korang akan rasa sejuk berangin jer kepala. Rambut lebih selesa bersama haruman yang mampu kekal sepanjang hari*.

* 8 jam wangian berdasarkan ujian makmal.


Minyak Organik Habbatus Sauda
Memberikan kelembutan kepada rambut, nutrien, anti-bakteria dan perlindungan matahari.

Minyak zaitun tulen
Memelihara/Memberikan kelembapan kepada rambut kering, kusam atau kerinting.

Ejen anti-kelemumur dan Mentol
Mengurangkan kelemumur, minyak dan kegatalan kulit kepala serta memberikan kesan sensasi dingin dan kesegaran kepada kulit kepala dengan penggunaan berterusan.

SYAMPU ANTI KELEMUMUR

Kulit kepala yang tertutup dalam tempoh lama mengundang peluh yang akhirnya berminyak lalu menyumbang kepada masalah kelemumur. Atasinya dengan Syampu SAFI SHAYLA Anti Kelemumur. Mengandungi Habbatus Sauda serta bahan aktif ZPT dan Menthol yang mencegah kelemumur bermula dari cucian pertama serta haruman yang mampu kekal sehingga 24 jam*.


Micro Bamboo Charcoal 
Arang Buluh Micronisasi adalah bahan semulajadi yang diaktifkan untuk menghilangkan minyak dan bau kepam dari kulit kepala dan rambut. 

Habbatus Sauda
Menghalang pembiakan bakteria, menyihat,  melindungi dan mencantikkan rambut. 

Micro ZPT Complex
Agen anti kelemumur yang berkesan untuk menghapuskan kulat yang menyebabkan kelemumur. 

MASKER PENYEGAR KULIT KEPALA

Masker Penyegar Kulit Kepala Safi Shayla Kawalan Kelemumur dan Itch Free kini dengan Micro Bamboo Charcoal , Minyak Organik Habbattus Sauda dan Mentol membantu mengurangkan kelemumur daripada cucian pertama. Tiada lagi kulit kepala gatal, bau kepam dan minyak diserap agar kulit kepala sentiasa segar. Harummannya juga mampu kekal sehingga 48 jam. Setelah menggunakannya secara teratur kulit kepala bebas kelemumur dan kegatalan kulit kepala hilang.

* Berdasarkan ujian klinikal dan makmal.

PENGGUNAAN

Mula-mula urutkan minyak perlahan-lahan ke kulit kepala sehingga ke hujung rambut . Kemudian biarkan sehingga 3 - 5 minit. Selepas itu, syampu dengan menggunakan Syampu Safi Shayla Anti kelemumur.  Buihkan syampu pada rambut yang basah. Urut dan sebatikan dengan kulit kepala. Kemudian bilas sehingga bersih. Gunakan minyak 1 - 2 kali seminggu. Masker pula diratakan dan diurut pada kulit kepala perlahan-lahan selama seminit. Kemudian bilas. Penggunaan yang kerap bersama syampu dan perapi untuk hasil yang terbaik.

Para pembaca yang mana merupakan peminat setia produk Safi Shayla meh ler cepat cepat dapatkan mana-mana produk dengan harga RM35 ke atas boleh ler dapat bag We Bare Bears (limited edition). Cute lah sangat, berebut anak2 nak pakai. Bergaya dah depa Raya Haji ari tu. Alhamdulillah. Jadilah buat anak2 gembira, rambut ibu plak wangiii, kepala pun dah tak gatal. Yeaayyy. Hehehe. 

#safishayla 
#SAFIMalaysia 
#SAFIShaylaWBB 
#safiblogger 
#gengkotakhitam 
#haircare 
#webarebears 
#limitededition 
#WBB      
#rm 
#rushmedia




DAULAT TUANKU!


DAULAT TUANKU!
DAULAT TUANKU!
DAULAT TUANKU!

Merafak Sembah Dan Setingi-tinggi Ucapan Tahniah

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin AL-Mustafa Billah Syah Ibni Al marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah

Sempena Pertabalan Sebagai Yang Di-Pertuan Agong XVI pada hari ini 30 Julai 2019

Sembah Takzim.

Safi Balqis OxyWhite - Hydrating Lotion


Wanita dan kecantikan tidak dapat dipisahkan, bak irama dan lagu. Sejak sekian lama Safi banyak membantu wanita menjaga kecantikan kulit wajah. Banyak produk dikeluarkan sesuai dengan pelbagai peringkat umur.  

Terkini, Safi akan mengeluarkan produk baru lagi iaitu SAFI BALQIS OXYWHITE - HYDRATING LOTION 100ML.

Aku berpeluang menggunakan produk terbaru tersebut. Teruja sangat sebab aku memang pengguna setia Safi sejak dulu lagi, sejak aku remaja. Yang aku ingat masa tu Safi dalam bekas tutup berwarna hijau. Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydrating Lotion adalah gabungan formulasi penyegar dan pelembap. Mudah sangat sebab dalam satu langkah yang ringkas sahaja aku dah dapat menjaga kulit wajah namun memberikan kesan lembapan yang optimum. 

Kebetulan plak dua minggu lepas anak aku dimasukkan ke hospital akibat daripada jangkitan kuman kat paru-paru. So keadaan masa tu memang agak kelam kabut. Nak urus yang di rumah, nak jenguk yang di wad. Dalam semua kena pantas dah tentu produk nie membantu. Comel jer nak letak dalam bag. Takkan nak bawak selambak pi hospital kan. Nak guna pun pantas jer.



Losyen ni bertindak:
  • Memberikan 2x penghidratan*dan kesegaran dengan satu penggunaan.
  • Meningkatkan rintangan perlindungan kulit untuk mengunci lembapan secara mendalam dan optimum sepanjang hari dengan 5 jenis Hyaluronic Acid
  •          Macro Hyaluronic Acid
  •          Nano Hyaluronic Acid
  •          Bio-Hyaluronate
  •          Oligo-Hyaluronic Acid
  •          Super Nano Hyaluronic Acid

  • Mudah meresap ke dalam kulit tanpa meninggalkan kesan melekit.
  • Mencegah kulit menjadi gelap akibat radiasi infrared (IR) dengan pelindung IR.OXYWHITE = NANO OXYGEN + NANO BIOWHITE

Nano Oxygen membebaskan oksigen tambahan ke dalam epidermis kulit agar segar, bermaya dan berseri manakala Nano BioWhite memperlahankan kesan pembentukan pigmentasi untuk tona kulit sekata dan cerah sempurna.

Cepat dan senang nak cantik dengan Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydrating Lotion ni. Gabungan penyegar dan pelembap memudahkan mereka yang sibuk bekerja dan mementingkan masa. Saya suka sebab ringkas dan mudah nak dibawa ke mana-mana. Nak dapatkan pun mudah sebab produk Safi biasa nya ada di mana-mana pasaraya. Beli online pun boleh kot sekarang nih. Walaupun saya surirumahtangga kulit wajah juga harus dijaga.

#SafiBalqis 

#SAFISKINSTORY
#safiMY 
#safihydrationlotion
#safihydratinglotion