Selamat Hari Lahir Janna Iman... Genap setahun dah hari nie... Semoga sentiasa sihat dan ceria selalu... Alhamdulillah membesar bagai johan, walaupun saiz kecil molek, tapi sel-sel otak berhubung dengan jayanya...
Perkembangan yang amat cepat aku rasa... Belum setahun dah pandai jalan... Sekarang nie makan buah or biskut semua nak pegang sendiri... Gigi pun dah banyak, gigit pun sakit woo... Sifat takut ngan orang tu masih ada... Alhamdulillah masih meneruskan penyusuan susu ibu, Insyaallah akan berjuang hingga akhirnya...
Curi-curi menggayakan spek mata Putra...
Aktiviti memanjat tangga di rumah uwan... Masa nie belum pandai berjalan lagi... Kegemaran dia lah tu, jenuh nak perati sepanjang masa, takut terjatuh...
Nie masa memula nak berlatih berjalan... Hahaha, excited bukan main yang lain tu...
Dah start memanjat sofa, jenuh kena perhati sepanjang masa...
Ya Allah, Kau terangilah hati anak ini dalam mendalami ilmu dunia & akhirat... Kau jadikanlah dia anak yang solehah, yang menjaga solat dan agamanya... Menjaga kebajikan kedua ibu bapanya... Menjaga kebajikan mereka yang memerlukan... Tidak sombong dan pandai menjaga diri ... Ameen ...
Kisah-kisah Janna sebelum nih dari dalam kandungan sehinggalah menjenguk dunia...
⬇⬇⬇